June 30, 2015

Ramadan ke 10

Dan pada Ramadan ke 10 ini, aku berada di Tanah air aku,
lebih kepada tanah kelahiran aku. 
Aku berada di Tawau.
Depan masjid Al-kauthar, lokasi spesifik.

Aktiviti aku waktu tu? 
Tolong kawan-kawan agihkan juadah bubur untuk berbuka selepas usrah bersama adik-adik GSD.

Muncul seorang kanak-kanak lelaki. Tepuk siku aku.

*toleh*

“ya dik?”

“kak seringgit?”

“boleh bah dik, tp kakak ada syarat” *senyum*
“apa kak?”
“adik puasa?”
“puasa bah kak” *senyum*
“bahh, syaratnya bacakan surah al-fatihah, kaka kasi rm1, kalau 3 Qul kakak kasi rm 5”
“erm. Ndakpa la” *jalan berlalu pergi*
aku pon gerak sorang, Jalan ke depan.


Ke arah adik-adik gsd yang lain untuk agihkan bubur di tepi jalan raya.

Dan aku disapa sekali lagi.

“kak rm 1”
“buleh ba, bacakan Al-fatihah ya?”

“malu.. kak.. bapa saya sakit nie..”
“takpa.. sakit apa bapa adik? Cakapla sm kakak. Kakak doctor” *senyum*
“err.. eehhh” *muka terkejut* … “takpala kak”
dan adik tu berlalu pergi untuk kali ke 2.

Setelah selesai tugas membahagikan bubur bersama adik-adik. Aku gerak bersama Salam dan dua orang lagi adik usrah yang masih berada di sekolah rendah. 
Kami ke arah masjid, Tugas agihkan bubur untuk hari itu telah pon selesai.
Jd untuk kali 3, muncul adik lelaki tadi menyapa.

Adik td : kak.. seringgit?

aku : boleh ba nda salah, kita baca Al-fatihah sama-sama ya? Abang kt tepi kakak nie ajar ya?
Adik tadi : kak maluuu..

Adik tadi : eee.. malu baaa

Salam : abang dulu lagi teruk dik, form 5 baru mau belajar mengaji.ba marilah kita baca sama-sama.. pelan-pelan yaa.. Bismillahirrahmani..

Adik tadi : “nirrahim

Salam : Alhamdulillahi rabbil

Adik lelaki tadi : alamin, *sehingga habis al-fatihah, adik tu balas hujung-hujung”

Aku : naaa.. kan boleh. Kakak bagi seringgit nie. Sebab kamu berani usaha! Hehe, lepas nie bleh ikut abang Salam pulak solat Jemaah di masjid.

Adik td : nda boleh kak. Bapa sy nda kasi.

Salam : nama siapa?

Adik lelaki td : Ahmad

Salam : baik. Nanti jumpa lagi.

Selang beberapa langkah kami berjalan ke depan. Adik tadi muncul lg menyapa.

Adik : kak. Mau cuba lg skali.

Aku : ba mari kita ramai-rama baca al-fatihah sama-sama.

Tp kali nie dia baca Al fatihah, bacaan dia berbeza. Suara dia menggeletar. Lebih menjiwai walaupun sedikit tersangkut-sangkut.

Hati aku rasa waktu itu?
Sebak. Sikit lagi aku nak nangis dengar dia baca bersama kami.

Kami jalan berdua berborak sampai ke depan pintu masjid.

Adik td : kak.. napa kamu kasi bubur?

Aku : sebab mau dapat pahala, kalau kita kasi bubur nie, Bilamana orang berbuka dengan bubur nie. Kita akan dapat pahala puasa orang yg berbuka itu pulak.

Adik td : ooohh begitu pulak.

Aku : jumpa minggu depan, kakak setiap sabtu ada nie di masjid nie, jumpa lagi insyaAllah! next time solat jemaah di masjid pulak jom!


Bila aku jalan jauh ke depan. Bersama-sama adik-adik GSD.

Terdengar jeritan dia dari jau.“KAKKKK!!” sambil lambai tangan dan bibir tersenyum.

Kerana peristiwa ini, buat aku tersenyum seharian.
Dapat seorang rakan baru.

Salam ramadan dari Tawau.

*fuuuhh fuuhhh*
Tiup habuk dari blog setelah setahun tak buka.

GSD : Geng Street Dakwah. (geng-geng budak sekolah menengah dan rendah lepak untuk mengenal agama dan tuhan)

Ps : ada ke lagi insan yang baca blog aku nie? ahaha