June 28, 2009

hidup nie btol2 tak dpt di sangka2kan

perjalan hidup aku
tak penah aku rancang walau selalu berangan2
dari kecik sampai besar aku suka termenung & bermonolog dalaman sendiri

masa zaman2 thn 3
aku plg malas nak pergi sekolah sbb bnyk d buli.sejak berpindah semula ke SABAH.mcm2 alasan buat kat mama utk elak diri nie berada di dlm bilik darjah.
antara alasan kat mama :

1. "ma, adik tak sedap hati lah"
2. pura2 berak lama2
3. menyorok bawah kerusi
4. pura2 tertido sambil wat muka kiut

tp mama , taw je mcm mana anknya menipu, ke, sedih ke. sentiasa memahami anaknya, tp masa darjah 3 kes buli bejaya d selesai kan thanx to mama.

masa zaman tadika , darjah 1,2,3,

1. cita2 aku nak jadi power rangers pink
2. power ranger paling muda yg terpilih
3. dpt kawin ngn ultraman

tp memang lah aku nie sentiasa bercita2 nak jadi watak dalam tv.
angan2 memang luar biasa. aku pon kekaguman ngn diri sendiri

bila naik ke zaman darjah 4,5,6
nie lah zaman aku tgk org sekeliling aku ,
diorang punya kakak, abg
diurang cerita kata spm tuh susah. sub sains mesti gagal.sub math apatah lg takda org penah lulus tp alhadullillah aku A1 sub tuh masa skolah menengah walau tak penah revise. pastuh sure masuk f6 den kerja,pastuh kawin dapat anak jadi suri rumah
aku pon time tuh dah berangan2 aku akan jadi seperti itu
angan2 di minda ketika itu:

1. hidup aku bakal gagal masa pmr, tp tetap bleh masuk f5, cukup2 makan spm, amik stpm dan trus gagal dan kerja.pastuh kawin.
2. penah plak aku terfikir nak jadi paramugari ngn model. angan2 aku tak penah jauh. sbb dpt rasa tahap nie dah bagus

sepanjang aku d sekolah rendah 2 kali aku d tumbuk oleh budak lelaki
nama diorang : syafiq ngn safuan. akan aku cari lelaki2 tuh

bila masuk je skolah menengah
ini aku mula lah merepek masa nak isi borang2 pasal cita2
aku sengaja letak nak jadi

1. doktor mayat (tak wujud pon pekerjaan doktor mayat)
2. doktor pakar sakit jiwa

zaman nie nakal je lebih. niat masa tuh nak sakitkan hati cikgu2 yg baca. haha. waktu nie aku memang nak p skolah utk berkawan je. takda langsung niat utk blajar. tp tak d sangka2 pemalas2 aku dapat plak result OK time pmr.
truss aku berpindah ke mrsm.
kat situ aku blajar bercita2 sbb kat sanaa di kelilingi oleh org yg bercita2
misi aku berubah,

  1. . aku memang nak amik akitek atau engineering. sbb aku terlalu minat kat math,add math,phy, ngn seni.
  2. . aku memang berikrar takkan minat2 benda2 yg nak kena hapal2 nie.

tp walau bercinta2 tinggi time spm pon malas blajar , mcm biasa.. hehe. sapa yg btol2 penah tinggal sebilik,serumah atau berjiran ngn aku tahu betapa malasnya aku nak sentuh buku sampai ke skrang. result pon taklah bgus mana.
memang takda harapan lah nak amik bidang aku skrang. tp takdir Allah utk aku.
aku ter-terbang kat mesir, amik course yg aku tak sangka akan blajar, apatah lg pe ke bumi ambia nie dan dpt biasisiwa.. teringat kembali masa zaman f5, bila ustad nazri mula berbicara tentang mesir, aku trus pergi tido kat klass, unless masuk bab2 kawin baru aku bgun dan dengar .hehe
skrang aku berjaya buat diriku ini jatuh cinta dgn medik. dan menjadi lemah dlm bab2 math plak skrang
hidup ini memang tak penah di sangka2kan. tp setiap
Jalan yg Allah bg kita itulah yg terbaek untuk kita.

jalan hidup walau org kata senang je, tp jalan hidup sesetgh org je org tahu apa yg telah aku lalui.
dan aku harus bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan utk aku.
andaian org selalu buat utk aku

1. nampak je badan mcm atlet konon2nya tp bila diorang tgk aku lari, konfem diorang tarik blk kata2 tue
2. nampak je aku cam tak matang tp seawal tadika 2 aku mama aku cop aku sbgai matang dgn apa yg kami lalui
3. nampak je muka aku mcm aktif bersukan tp sbnrnya campak bola pon aku tak pandai
4. nmpk je muka aku nie penyabar tp sbnrnya aku nie kuat komplain
5. nmpk je aku hitam tp sebenarnya aku puteri lilin
6. nmpk je aku nie bnyk cakap dan peramah, tp itu memang btlol pon
7. nmpk je aku manja dgn org2 tertentu tp aku nie pandai ubah jadi matang depan adik2 aku
8. nmpk je skrang nie kadang2 image control ayu tp sebenarnya betapa kasarnya aku. haha
(sejak datang mesir aku terpaksa control skit perangai dari skolah menengah ngn zaman matriks kalo tak memalukan sabah je aku nie tunjuk sifat pelik2. haha)



abg daus pernah bg AWARD kata aku nie manusia plg banyak berckp yg penah dia tgk.
GB penah ckp aku nie main ckp lepas jak kalo berckp
nana tag aku sbgai Gosip Girl. hehe

No comments: