August 26, 2009

jom berpuasa!~

suasana : malam di temani,
bunyi :
air hujan turun ke bumi
serius aku suka hujan. walaupun bermain d tgh2 hujan boleh menyebab kan sakit dan demam. tp mungkin sbb bunyi dan bau hujan tuh buat aku rasa tenang dan damai. tp sedih nie setahun kat Mesir aku dok tertunggu2 hujan turun. memang jarang kalo tak silap aku sepanjang aku duduk kat sana tuh baru 2 kali je hujan!

dua tiga menjak nie
entah kenapa
aku pon tak taw kenapalah aku dok sedih memanjang. (simpati kat diri sendiri) sad~
dok emo mcm org yg ada masalah emosi
sejak mula bulan ramadhan nie
tak tentu pepasal emo semcam jak nie
huhu
jom kita kaji lebih mendalam "kenapa aku dok mengalami masalah emosi nie?"
setelah siasatan lanjut yg aku jalan kan terhadap diri sendiri. aku dapati...
3 fakta kenapa aku jadi emo sejak bulan posa:
  1. sbb smlm minyak panas masa goreng ikan utk makan sahur terpercik kat muka. siap mcm nak tumbuh mcm bisul nie kat situ (damn u minyak!kat muka lg tuh!) salah? : ikan tuh
  2. kreadit ada rm1 jak sejak hari jumaat. nak kol org tak dpt. dpt sms-ing org jak. nasib baik sms 1 sen jak. setelah 3 hari dok aktif sms. kreadit baru 50 sen. salah? : kreadit sikit
  3. org menipu. kalo dah ada tunang/gf tuh mengaku je lah. dari kata kawan jak bertambah buat aku sakit hati jak sbb tipu.


malas dah nak fikir2 benda2 emo nie
yg penting posa2. jum ber-amal2.
misi terbaru: kumpul pahala aku yg sikit nie. huhu
esok belum tentu lg dpt berpijak d bumi Allah nie
sejak beberapa hari nie
banyak kisah2 org meninggal dunia d wawarkan.
rasa seram sejuk kalo d renung2 kan .
ajal maut memang di tangan tuhan
al-kisah 3 story yg aku nak crita

kisah pertama
cerita d petik dari afif punya blog

KANGAR: Dua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbunuh manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang lampu di bulatan Pesiaran Jubli Emas di sini awal hari ini. Menurut jurucakap polis, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 12.50 pagi tadi dikenali sebagai Muhammad Syafiq Izuddin Mohd Baharum dan Edgar Emerald Frederick, kedua-dua pelajar tahun pertama berusia 19 tahun. Katanya Muhammad Syafiq Izuddin, yang berasal dari Pontian, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Edgar, dari Miri, Sarawak, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di sini pada 6.20 pagi tadi. Tiga pelajar yang cedera parah ialah pemandu kereta,Calvin Kabin Chong dari Ranau, Sabah, Naisardian Shah Mohammad dari Kota Kinabalu, Sabah dan seorang pelajar perempuan Aini Ftihan Mohd Sabilan dari Johor. - Bernama
komen faz : kawan2 aku punya kawan telah meninggal dunia edgar dan calvin. kalo tak silap hari khamis yg lalu d sbbkan eksiden nama dia Calvin org ranau si aire penah bgtaw kata calvin peernah datang masa birthday aku last year jadi kira kawan lah jugak. walaupun kenal mungkin sekejap tp aku tumpang sedih. bayangkan umur baru 19 thn sudah pergi meninggal kan dunia. mcm2 lg dia belum terokai dan blajar.


kisah kedua

nie kisah aku dengar masa aku berjalan2 merayap2 dgn dina,hadi,inn,ayu,sheila,sith,dewi ngn bf dia d ONE BORNEO KK
masa nak dekat blk tuh tinggal aku, dina dan Ayu.
si ayu nie pergilah cerita al-kisah kawan dia yg baru2 meninggal masa diorang dok orientasi kat ukm minggu2 lalu
d sebabkan h1n1.

budak tuh dok aktif je masa petang tuh berjalan2 dan gelak2 ketawa.
malam masa si arwah meninggal
kira2 jam 3 pagi.
kawan dia sorang je sedar kata dia dok sesak nafas.
dia mati di depan kawan dia sorang jak tuh sbb kawan dia tuh sedar dia sesak nafas mlm tuh.
awal2nya (menurut sumber pencerita) kawan dia dok gelakkan kawan dia sesak nafas sbb ingtkan nak main.
cuba bayangkan, kita satu2nya org yg menyaksikan rakan kita meninggal tp kita tak sedar kata dia dah nak meninggal.


kisah ketiga

nie cerita pasal rakan ayah aku meninggal berbulan2 yg lalu
tp aku teringat blk.
punca kematian : stroke
apa tuh stroke?
stroke berlaku apabila otak kita berlaku disturbance blood supply kat otak secara tiba2 yang mengakibatkan otak tidak dpt berfungsi. dan bleh menyebabkan kematian dan sistem saraf tidak berfungsi buat selama-lamanya.
aku bukan nak cerita pasal cara-cara dia mati ke apa.
tp kesian kat rakan ayah aku punya bini ke 2.
dah seminggu lepas kematian tuh. ayah aku p kol nak tanya keadaan bini ke 2 dia tuh.
rupa2nya bini ke 2 dia langsung tak tahu kata suami dia dah meninggal seminggu.
1st-2 dia ingt ayah aku saja je nak buat lawak. memang pedih2..
memang kesiankan. huhu

itu je lah kisah aku nak sampaikan dari poket aku nie
"kepada rakan2 dan family.
slamat menyambut ibadah puasa.
manfaat kan lah bulan ramadhan sbb time nie lah bnyk pahala.
jgn dok pikir raya jak."
(terasa mcm nenek2 plak bagi nasihat kepada cucu2)
hehe


Begitulah yang digambarkan dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Khuzaimah,
" Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan.."






penghargaan semasa duduk d kk seminggu to :-
  1. parents dina dan dina kerana tumpangkan rumah
  2. abah dina kerana hari2 bawa pergi urus biasiswa
  3. ibu dina kerana masakkan hari2 semasa berada d sana, dan bg kuih yg aku suka
  4. azmie kerana temankan urus biasiswa dan pergi mrsm

No comments: