September 14, 2009

saya tahu

saya tahu,
memaafkan adalah perkara mulia.
hanya di bibir saya bisa memaafkan
tp hati saya tidak dapat melupakan.

Saya tahu,
kepercayaan itu penting
tp saya perlukan waktu bertahun-tahun
Untuk membina kepercayaan
Dan hanya beberapa detik sahaja
kau perlukan untuk menghancurkannya


Saya tahu,
banyak org membuang saya dari hidup mereka
tp saya sedar
Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya


Saya tahu,
tindakan saya melukakan mereka
tp saya tidak pandai berlakon bila hati saya
amat terluka

Saya tahu,
diri saya tidak memberikan manfaat kepada sesiapa
saya tidak seperti mereka
tp biarlah saya menjadi sy

Saya tahu,
Bahawa orang-orang yang saya kasihi
Perlu diutamakan daripada diri saya sendiri
Kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya…


Saya tahu,
senyuman ini adalah palsu,
Bahagiakanlah orang lain walaupun diri saya merana…


Saya tahu,
saya ialah sumber kekuatan dia,
walaupun saya sedar sy tidak sekuat dia,
biarlah sy berlakon menjadi kuat,
walaupun di hati kekuatan saya sudah hilang.






FAZLIANA EDORA
080790

2 comments:

~0~ said...

saya tahu saya....saya...saya...ye saya cik dora...

. said...

hahaha..
:P