October 05, 2009

hari ini dalam hidupku

hari ini.
menghabiskan sisa-sisa waktu ditawau
lagi 4 HARI???

kenapa bila kita lepak2 dan buang masa
cepat bebeno masa berlalu kan?

hari ini.
pergi facial.
menghabskan masa dua jam kat sana
hbs je facial
lepak kat kedai makan

mama bertanya kat waiter tuh

kak ros dah datang ?

belum lg kak. tak lama lg datang dia tuh

setelah meng-amik order waiter tuh pon berlalu pergi.

sapa tuh kak ros ma?

org yg goreng pisang goreng kat sini.
kesian dia tuh dik.

napa ma?

dia ada ank 5, masa mengandungkan ank bongsu dia suami dia lari tinggalkan dia, lari dgn janda ada ank 5.

uinaaa.. kejam jahat jgak suami dia.
mcm mana plak mama kenal dgn dia.

masa mama makan kat kedai nie hari tuh, mama nmpk muka dia penat.
mama tegur lah tanya
"napa muka penat nie dik, bnyk kerja ke?"
satu soalan jak mama tanya. truss dia luahkan dari awal sampai akhir.
hari tuh mama bg jgak sedekah kat dia. kerja sehari kat sini kerja dpt rm10 , kalau sebulan gaji dia rm30.


kesiannya maa..

tuh lah, mungkin takda tempat meluahkan perasaan.

ermmm.. betol tuh. kadang2 kita perlukan tempat meluahkan apa2 kan ma.

hari tuh ada kawan papa nak cari org kerja kat office kerja kemas2 office gaji rm600, tp rupa2nya dia passport tak dpt lah kerja.

*tiba2 datang budak2 comot berkaki ayam minta sedekah time kami dok makan*

aku hanya geleng2 kan kepala tanda tak mahu bg sedekah

ma, adik trauma nie sama peminta sedekah

hari tuh mama nmpk. ada ibu kat bazar ramadhan naik van. pastuh kuarkan budak2 mintak sedekah kat bazar ramadhan ramai2.

adik lg teruk nie. ada masa kat mesir tuh. ada budak sampai jilat2 cium2 tangan adik sampai atas. mintak sedekah. sampai tertolak kat pintu kereta2 org arab. dua org bdk. truss smpai skrng hilang dah nie simpati adik pada budak2 mcm nie.

susah jgak percaya jgak kadang2 nie.

oyaa , mama. si ***** (jiran aku) ensemnya sudah nie maaa.. masa adik hantar laptop, dia yg amik

a'ah. makin handsome. manners pon ada dah skrang. hari tuh masa mama pergi rumah dia beraya ada mama jmpa dia.

iyaaa.. tuh lah ingt lg dulu adik gadoh jak hari2 ngn dia nie.

dah besar katakan. mama ada no tefon dia nie. nak ke?

haa? haha. takpa2 tahun depan jumpa lg.

*aik, lajunya mama dari aku* hahahahha


bila blk tuh kami singgah ke dapur. mama nak cari kak ros tuh

akak blk dulu yaa.
*sambil salam*
slamat hari raya.
napa lambat hari nie?

ank sakit kak.
kenapa awal betol blk?

lama sudah kakak makan kat sini



komentar faz:
JOM BERSYUKUR
dgn apa yg kita ada.
tolonglah org-org yg memerlukan
hargai lah org-org yg ada di sekeliling kita
sebelum kita kehilangan satu-satu
dari hidup kita
tanpa kita sedari


No comments: