March 02, 2010

ini post serius.

versi serius.
bersedia kah kamu?
p/s: ini cuma pendapat aku. takda kena mengena dengan pihak mana-mana. walaupun pihak itu terasa. jgn terasa. sbb aku bukan kata kat kau! :)

ada beberapa persoalan bermain-main di onak pemikiran aku yang beberapa pihak telah soal aku.
1)kenapa kaum adam dan hawa perlu bergaul.
2)tak cukup kah bergaul dengan kaum sejantina.

sebab memang dari kecil2 cili benggala lagi.
aku telah bergaul dengan kaum berlainan jantina.
adik-beradik aku ramai lelaki. 4 hero.
dan jiran tetangga yang sebaya aku pon semua lelaki.
susah nak jumpa golongan hawa yang sebaya aku d Taman Ria 5, Tawau
itu.
Golongan mak cik- mak cik tuh ramai jgak.
kalo tak pecaya sila hubungi mak aku utk keterangan lanjut tentang sejauh mana kejantanan aku time zaman-zaman ribena sampai remaja.

bergaul dengan kaum berlainan jantina tak salah kan?
macam mana kita nak kembangkan pimikiran kita,
buah pemikiran lelaki dan perempuan.
sungguh i tell u.
kadang-kadang bagai langit dan bumi berbeza pon ada.
cth dalam b e r c i n t a
(aku selalu menjadi kaunselor org2 bercinta)
lelaki : kenapalah perempuan tidak pandai bersyukur. aku dah tegur dia. sbb aku sayang dia. aku nak dia berubah. kenapa dia tak dapat terima?
wanita : kenapalah lelaki itu tidak pandai bersyukur. tidak dapat terima aku se-ada-nya. kenapa perlu kongkong. nak ubah aku? tidak cukup aku bg nya.?
see see.
apa yang kita buat tuh.
tindakan kita itu.
lain orang.
lain cara dia tafsir.
sedangkan kaum sejantina kita bleh tafsir lain. apatah lagi kami berlainan jantina.

dalam bab-bab masa depan.
untuk berkerja nanti. (spesifik kepada doktor)
jom bawa minda nie berfikir jauh.
sampai ke waktu utk berkerja.
kalau sekarang tidak pandai bergaul dengan kaum berlainan jantina.
nanti nak rawat kaum berlainan jantina, mcm mana?
Di hospital tuh,
bukan nya ada spesifik,mcm tandas awam.
hospital ini, utk lelaki
hospital itu, utk perempuan
kalo tak bergaul, macam mana nak ada social skill?
nak rawat pesakit lain jantina pon malu-malu.
nak soal diorng pon malu-malu.
tp kan ada buku?
buku, ilmu bleh dapat.tp dengan membaca takkan dapat pengalaman.
takkan dengan membaca sahaja seseorang itu boleh menjadi doktor, engineer, dll.
perumpamaan.
ada org bertanya kat kita.
macam mana rasa laksa itu?
mcm mana kita nak terangkan dgn org yg tak pernah makan laksa tuh mcm mana rasa laksa itu.
kita mesti suruh dia rasa dulu kan.
laksa itu.
explain bagai nak terbalik bumi pon. selagi dia tak rasa mcm mana rasa laksa itu dia tidak akan tahu rasa sebenar laksa itu.

maksud yang aku ingin sampaikan ini.
tanpa pengalaman ,
kita tidak akan paham.
kita tidak akan rasa.

skop lain plak.
dari segi berkawan.
kenapa perlu duduk dgn spesifik "geng" sahaja.
tak salah kan tegur org yg berlainan dari group kita.
entah-entah bnyk ilmu yg bleh kita dapat dari mereka.
jgn rasa diri hebat. jgn rasa diri ini lagi bagus dari mereka.
jangan nilai orang itu dari pemakaian mereka.

KAU berpakaian kemas, elok, rapi, tertutup berbanding dia.
TAPI, di belakang kau kutuk cara dia.
DEPAN, kau jeling dia.
KAU rasa kau ber-ilmu dari dia.
adakah ini bukti dan tiket KAU untuk mengatakan kau HEBAT dari dia.
AKU, KAU bukan pemberi hidayah pada sesiapa.
ilmu dia lebih tinggi dari kita.
bukankah cara kau,tunjuk KAU itu SOMBONG, RIAK .
siapa kita untuk nilai sesorang itu.

mcm mana kita. nak LAWAN golongan yahudi.
bila kita tidak bergaul.
tidak tahu cara pemikiran pihak lain.
cara pemikiran diorng.
ikut otak kita dan org seperti kita.
boleh kah kita membuka minda kita.?
berfikir jauh dari benda yg kita bleh terfikir.

BOIKOT.BOIKOT.
memkhinzir buta.
kenapa ko boikot.?
sbb org itu boikot. aku nak boikot jgak.
org itu akan pandang sinis kat aku kalo aku tak boikot.
KENAPA KENAPA
kita di negara Islam.
barang, teknologi dan even facebook itu barangan yahudi.
sedarkah kita?
mcm everything yg kita guna itu adalah barang bukan umat islam yg buat.
bukan-kah org yg kerja2 dekat kfc dan kilang2 yg tersenarai dalam boikot2 itu
org negara kita. org bangsa kita sendiri.
secara tak langsung. bukankah kita jatuhkan ekonomi kita sendiri.
kenapa tidak BUKA MATA.
PANDANG.
GUNA CARA LAIN.
tp ikut cara secara membabi buta. (kan aku dah mula guna perkataan kasar)
bak kata abid.
gunalah teknologi mereka utk melawan mereka.
fikir cara baru.
fikir tektik baru.
kembangkan minda kita.
jgn berfikir secara satu point of view.
kalo mcm tuh.
sejauh mana kita dapat melangkah ke depan.

bergaul pon berpada-pada.
ingt agama. ingt batas.
ingt Allah.
semuanya bergantung pada NIAT.
INI APA AKU PIKIR.
KAMU BAGAIMANA?
:)

10 comments:

airainara said...

inspiring. =)

edoraemon said...

:)
thanx aina~

Anonymous said...

aku rasa kau lebih membuka skop kau pada segi duniawi.kau perlu ingat,berapa ramai sangat hubungan lelaki perempuan zaman sekarang yang betul-betul mengamalkan macam kau cakap.alasan je konon social skill.alah bisa tegal biasa.tak perlu untuk 'praktis' sekarang.semua itu hujah syaitan semata-mata untuk buat manusia leka.ingat,jin syaitan pernah bersumpah untuk buat apa cara sekalipun supaya manusia nampak yang mereka buat semuanya sudah betul.tak perlu terkejar-kejar nak memahami hati lelaki selain suami.sedar kah bila kita bercakap dgn lelaki;zina mata,zina mulut.bila melangkah kearah tempat perjumpaan;zina kaki.belum lagi rasa rindu,walaupuun kawan mesti ada rasa rindu kepada kawan lelaki kan;maka zina hati.kita hidup tak lama,zina-zina kecil ni yg akan menggelapkan hati kita.kau kata bergantung pada niat.cuba kau cek betul-betul balik,betul ke niat kau utk berkawan dengan lelaki semuanya kerana Allah,kerana agama?jika betul maka alhamdulillah.sama-sama tidak lalai,sama-sama mengingati antara satu sama lain.kau buat semua tu?jika buat,bagus.jika tidak,tepuk dada tanya iman.pa kata kau buka pendapat-pendapat ulama atau hadis-hadis tntg ini sebelum kau mengulas lebih lanjut perkara ini.jangan ulas menggunakan nafsu semata (:

Julie Padasian said...

ko dpt inspirasi dari mana tulis post ni fuz? 1st time ko serius. haha..

edoraemon said...

to tanpa nama.

ok mungkin kau dibesarkan dgn ilmu agama. tp kau mesti ingt.
tak semua manusia didunia nie beruntung macam kau.Dapar didikkan dari kecik.
ada yang masih tercari-cari pasal agama.
terlalai-lalai dan ter-awang2 dgn kehidupan duniawi ini.
aku sendiri pon masih belum cukup ilmu di dada.
tp kalo nak tunggu ilmu cukup di dada. nak sampaikan apa yg kita rasa. sampai mati pon kita takkan berjaya kumpul semua ilmu di dunia.
itu bukan salah mereka kan.
dari kita tak tentu arah.
mengutuk diorng. sana sini.
kenapa bkn kita sendiri tarik diorng ke jalan yg benar.~
jgn salahkan mana2 pihak tak tentu arah dgn sifat mereka.

dari hbs airliur kutuk mana-mana pihak.
bukan kah lebih baik kita ajak mereka kembali ke pangkal jalan.

tak semua manusia beruntung.
:)
ini semua hanya kata-kata.

apa hak kau nak kata hujah2 aku adalah hujah syaitan.
aku manusia. yang menaip setiap perkataan yg aku tulis nie lahir dari pendapat aku, apa aku rasa.

takpa.
lain manusia ada pendapat sendiri.
rambut sama hitam. hati lain-lain.

POST NI aku tidak tunding jari pada mana-mana pihak~ cuma penadapat, dan hanya pendapat.

kay anis said...

manusia akan berubah. akan bertukar ke arah yg lebih baik. itu pasti. walau bukan sekarang. namun masa itu tetap akan tiba kelak. kerna setiap apa yg terjadi memberi pengalaman dan mengajar manusia utk berfikir walau sejenak. manusia yg berubah semata2 utk memuaskan hati org lain, nescaya tidak akan kekal perubahan itu. biarlah mereka berubah kerana Allah dan istiqamah dgn perubahan itu. beri mereka masa.

wow! sejak bile aku pandai berkata2 nih? haha~

'hanya mendiskribsikan kata2 yg sering dikumat-kamitkan oleh kotak hati kecil ku yg sebelum ini hanya bermonolog sendiri.'

wahhhh~~ puitis sudah..

AuLiA said...

realiti..

edoraemon said...

kaay. anda sungguh berpuitiiss!
ehehe

julis.
aku ada serius dia. kena kena pada masa. ehee


aulia? mana 1 yg realiti?
:P

Dyau said...

aura ke-serius-an mmg d rasa.. amat laen dgn post2 sblm ni..

Menarik. ;-)

amad said...

awesome. just, awesome :)