April 07, 2010

AKU JATUH CINTA !! :)

rasanya entry kali ini akan agak panjang.
jadi amaran keras kepada sesiapa yang tak bersedia untuk menghabiskan masa dan tenaga baca entry kali ini.
sila undur diri sebelum terlajak membaca.
(dah warning awal-awal dah nie sebelum terjebak membaca)
tekan butang pangkah diatas hujung belah kanan tuh. :)


jarang-jarang dah aku berjaga bergini lewat tanpa rasa mengantuk.
ini semua salah NESCAFE!
aku baru je telan satu gelas nescafe.
disebabkan aku betol betol jarang sejarang joran minum air nescafe.
mata terbeliak macam gold fish nak dekat 5 pagi nie.
tanpa rasa mengantuk.
tenaga full blast i tell you!!
kalau dapat keluar rumah sekarang untuk merentas desa pon aku sanggup.
hari exam semakin dekat.
tapi kesedaran diri itu semakin kurang.
sebab aku rasa tahun ini kemalasan tahap luar biasa sikit dari tahun lalu.
:"(

pang pang pang
tamparan wanita untuk diri sendiri yang semakin malas.
tapi aku bertekad untuk jadi rajin dah.
tapi kalo tekad tekad. tapi tak buat pon sama je takda kesan.

minggu lalu aku berhempas pulas fikir macam mana nak jual diri.
(wow ayat bom tak?)
sampai tak taw lah nak pikir apa kelebihan yang aku ada.
aku takda apa-apa saham yang boleh dijual. adeh.

maksud tersirat : nak kena buat karangan pasal diri sendiri, dan kena naikkan diri sendiri.
bagi aku memang mencabar gilak nak hempas pulas sampai terpulas otak aku pikir.
satu perenggan pon tak buat buat lagi.
walaupun dah diusulkan untuk mengarang tuh dah dekat dua minggu.
pecah otak aku pikir APA NAK TULIS NIE.

kalau ikutkan hati jiwa raga dan baldi aku tulis :

Aku tak punya cita-cita. dalam hidup aku tak pernah impikan apa-apa, dambakan untuk jadi apa-apa. suatu ketika dulu, kalau di sekolah atau sesiapa tanya pada aku. Nak jadi apa?jawapan aku bg berdasarkan cita-cita pelik atas niat nak sakitkan hati cikgu ataupun ikut cita-cita orang yang aku minat sebab aku tak taw nak jadi apa-apa.Oleh yang sedemikian, aku berlayar ikut arus. Jika ke kanan arus itu bawa, ke kanan lah aku ikut. jika tak ada arus. aku hanya akan berhenti dan menunggu dari arah mana-mana arus yang akan tiba. Tapi tak sangka betul arus itu bawa aku sampai ke Mesir.
sebelum sampai ke mesir.
AKU.....
  1. tak tahu mesir berada di benua mana. ingatkan kat benua Asia, rupanya Afrika.
  2. Mesir rupanya "EGYPT"
  3. piramid rupanya kat Mesir. ahaha
Tiga fakta Ajaib nie dah membuktikan AKU TAK PERNAH tahu pon pasal negara ini dan aku LEMAH PENGATAHUAN AM
Suatu ketika dahulu dizaman purba kala. Aku tak tergambar pun nak berada diluar negara.
tapi sekarang aku dah berada jauh beribu-ribu batu dari TAWAU.

kalau dulu aku cuma bertanya pada diri sendiri
KENAPA NAK JADI DOKTOR ?
KENAPA AMIK PERUBATAN ?
KENAPA MESTI MESIR ?

kalo dulu, aku sendiri pon terfikir fikir.
kenapa itu.
kenapa sini.
kenapa kenapa kenapa

tapi setelah setahun setengah berada ditempat orang, menumpang kasih mak cik jual sayur dekat zagazig. (aku suka tegur mak cik - mak cik yang jual sayur )
mungkin dulu aku hanya orang yang mengikut arus.
tapi kali ini aku ingin menjadi arus yang membawa orang lain berlayar.
aku ingin jadi SOMEBODY. tak nak jadi ANYBODY.
dulu aku tak pernah mencintai ilmu, melainkan addmath,math ngn seni.
tapi disini aku timbul perasaan ingin belajar walaupun malas.
tapi disini aku ingin mencari.
ingin tahu.


KENAPA AMIK PERUBATAN ?
persoalan bentuk KENAPA aku itu berubah.
aku jatuh cinta dengan ilmu. serius aku tak tipu.
kenapa itu terjadi begitu.
kenapa ini terjadi bergini.
Bagi aku ilmu perubatan itu ilmu yang indah.
aku tak perlu pandang jauh jauh. nak kaji benda yang jauh jauh.
seindah indah ciptaan tuhan dalam diri sendiri pon tak kaji lagi.

KENAPA NAK JADI DOKTOR ?
kenapa Allah bawa arus aku ke sini?
doktor. Aku nak tolong org. apatah lg org-org kat negara perang.
aku nak ikut MERCY ke apa. yang tolong-tolong sekali di negara yang perang semua tuh.

KENAPA MESTI MESIR ?
mesir. sekarang cara otak aku berfikir ada lain sikit dari dulu.
ikut point of view berbeza.
mungkin ada baik buruknya duduk sini.

sekarang aku rasa.
Aku nak buat sesuatu untuk AGAMA AKU.
Aku nak buat sesuatu untuk NEGARA AKU.
Aku nak buat sesuatu untuk MASYARAKAT.

yang penting aku nak buat sesuatu. sebab aku tahu aku boleh !

sekarang aku nak corak-kan arus hidup aku sudah.
tak nak ikut arus.

Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri.
jadi nothing is impossible.
biar kita rancang apa kita nak jadi.
mungkin apa kita rancang itu tak terjadi.
kalau berubah. Allah ada rancangan lain yang lagi bagus dan baik lagi untuk kita.
amik pengajaran! jgn lemah smngt!

fuuuh ayat semangat semacam!!
tapi masih malas :(
dah dah faz pergi belajar!
aku nak kurangkan kemalasan aku nie.
:)
dan org yang baca.
selamat belajar

4 comments:

ammo said...

Nice post =)

just keep going forward and never look back. try to set in your mind what you want to achieve. from the way i see it(from your blogposts la. xknl pn spe faz nih), you'll do just fine future dr. =)

edoraemon said...

waaa.. terharunya baca. jiran kay tulis. :D tq jiran kay!!

ammo said...

hehe keep updating ur posts. sronok btol bce makhluk aneh (again tak knl pn. tp trase nk pggl bgitu. hoho)punye blog.

best2.kah3.

edoraemon said...

waaa.. terharu terharu ko kata mcm tuh.
walaupun ko kata aku makhluk aneh.
tp ko buat aku tak tido mlm.
ye lah aku nie pantang kena puji.
trus kaki semua tak dpt gerak. ahahaha