April 26, 2010

HISTOLOGY

warkah kali ini.
warkah ka? hehe

aku lakar dalam kelas histology,
ketika otak ini hanya tinggal sisa baki 10% untuk berfungsi.
setelah sejam setengah duduk sampai terkuar urat, doktorah plak tak menunjukkan reaksi kata sesi kelas kali ini akan tamat.
aku duduk diantara cik lalat dan puan dugong.
muka aku memandang doktorah seakan kusyuk.
aku, konon konon nya tengah menyalin segala nota yang terkuar dari mulut doktorah.
sambil kepala meng-angguk angguk
serius i tak tell u lagi.
nie yang i nak tell u nie.
yang i tak paham sepatah haram pon apa yang terkuar dari mulut doktorah.
sebab kusyuk menulis warkah ini.
waaa.. semangat waja nya doktorah ini , mengajar.
(tgh memandang reaksi doktor mengajar)
ohh, kejamnya aku.
s

disuatu pagi, bukan pagi semalam atau hari ini.
tetapi pagi yang sudah lepas dan terlepas.
aku bangun pagi. buka dua bijik mata. dengan reaksi muka yang semasam muka cuka expired.
pagi itu, hanya bibir yang tebal ini hanya mampu tersenyum kelat.
sebijik gigi pon tidak aku tunjukkan.
lidah pulak tegang. tiada sepatah haram pon aku berkata kata.
aku hanya mampu terdiam hari itu.
menunjukkkan reaksi muka seakan-akan.
"wanita bugis yang misteri"

bad mood pagi itu.
mungkin kah disebabkan mimpi ngeri yang aku terima malam itu.
mungkin kah aku baru dapat tahu berita yang merobek-robek dan mengoyak-kan jiwa raga aku ini.
mungkin kah?
aku pon tidak tahu
(fuh, touching noh!)

NO..NO.. AKU BUKAN NAK BUAT ENTRY PASAL AKU di post kali ini.

jadi, nak disambungkan cerita.
la ... la ... la ...
(bejalan kakki ke kuliah dengan muka kelat)
pergi kuliah hari itu, belajar.
ada beberapa pihak yang sedar
ke-bad-mood-tan aku di pagi yang mulia itu.
(terharu doh!)
lepas je tamat kuliah, aku ingatkan ingin berlari lari comel dan ayunya balik ke rumah.

akan TETAPI.
si A (nama sebenar) mengajak aku untuk pergi makan makan di KFC.
mood yang BAD BAD itu berevolusi.
kaching!
ke mood yang COOL sedikit.
SEBAB DAPAT MAKAN FREE

YE .. YE .. YE ..

onion head


jadi LA .. LA .. LA ..
kami mulakan gerakkan ke destinasi yang ingin dituju.
sambil pegang tangan.
si A, dia masih lagi tersenyum gembira, seperti baru menang loteri.
KENAPAKAH?

BURPPP..~

habis sahaja aku makan.
dia cerita.dia ada penyakit.. yang boleh diubati, tapi susah diubati.
dan dia baru dapat tahu sumber kewangan dia telah di sekat atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.
dan tidak dapat bayar yuran pengajian medic.
RM28 000 utk setahun.

PANG .. PANG .. PANG ..
satu tamparan ayu aku terima di jiwa aku masa itu.

aku baru diuji dengan benda remeh, aku hanya mampu tersenyum kelat pada orang sekeliling aku.
dia,
nikmat kesihatan ditarik.
sumber kewangan ditarik.
banyak dia hilang. tp dia mampu lagi tersenyum bahagia.
macam tiada apa apa yang berlaku.

faz,
kalau kita diuji oleh Allah, kerana Allah rindukan rintihan kita. suara kita mengadu kepadanya.
kenapa kita perlu cari manusia? mengadukan pada manusia.
Allah kan ada faz, mengadulah padaNYA. Hanya Allah yang dapat bantu kita, dalam setiap masalah yang kita hadapi.


*aku terdiam*


biarlah orang nak buat apa, orang nak kata apa kat kita faz, yang penting Allah tahu.
Allah maha mengatahui, pihak mana yang benar, pihak mana yang betul.
bila kita diuji dengan sesuatu. Allah tahu kita mampu menghadapinya, sedangkan Allah dah yakin kita mampu menghadapinya, kenapa, kita tidak?
Tinggi mertabat orang yang diuji oleh Allah. Bersyukurlah dengan kesihatan yang kita ada sekarang. kita mampu melihat keindahan sekililing dengan dua biji mata kita ini, dapat gerak ke sana.. ke sini.. dengan tubuh badan yang sihat.

bukan pesanan pihak penaja :
jangan sesekali rasa terbeban dengan ujian yang Allah berikan pada diri kita.
sebaliknya kita seharusnya rasa BERSYUKUR, kerana diberi ujian oleh Allah.
kalau kita tidak diuji oleh Allah, mungkin kita akan lebih jauh dariNYA.