April 29, 2010

i mengandung.

Serius i tak tipu, ini bukan cerita yang i nak jaja di majalah mangga, i dah lama pendamkan kandungan i nie. Semakin hari semakin besar, i ingatkan i nak pendam sorang sorang. Tapi i rasakan seperti lurah berdendam pulak di jiwa i ini, setelah sekian lama memendam isu yang terpendam ini. Apatah lagi sejak masuk musim panas, nafsu makan i pon melonjak lonjak naik dari hari ke hari. Serius i tak tahu nak buat apa sudah sekarang. Makin hari makin jelas, i risau orang lain akan sedar akan kekembangan ini. Tapi i tak tipu, i tak tahu nak buat macam mana dah. Kepala ini dah buntu! Final exam pulak around the bucu, lagilah kepala i jadi runsing. Dah lama i simpan kadungan lemak ini. Bertahun tahun! tak pandai nak tunjuk simptom kekurangan. Semakin besar adalah. hee~

OK, sebenarnya i sahaja nak buat cerita bom nuclear, Cuak tak korang time baca? sebab memang i tengah bosan, dan i tahu u-orang pon tahu kata i dah tak ada facebook kan. Tuh lah salah satu faktor.

Hari ini hari , ermm. ok i lupa hari ini hari apa. ohya Rabu, tadi petang i pergi makan dekat rumah wee,dila dan melly. Puan Dugong masakkan laksa. YEAH! dimana ada makanan free, disitulah i akan berada. MOTO baru i untuk musim panas ini. Btw, Cik lalat jangan jeles ! sebab i dapat makan laksa, hihihi (ketawa sambil tutup mulut). Sepanjang lepak kat rumah diorang, i kumpul ilmu. Ilmu hitam sehitam warna kulit i ini! hihihi, no-lah i kumpul ilmu pasal orang orang Thailand. Sebab wee adalah orang Thailand.

Once upon a time,kat Thailand bukan kat Tawau ada hantu POOP (i tak tahu macam mana nak eja, jadi entam je lah).u-orang pernah tak tengok cerita Body Jumper, cerita hantu Thailand yang lawak ala-ala seram yang tahap lucu tapi tak seram. Kalo dah tengok, i nak ceritakan pasal hantu tuh lah! kalo tak tengok korang google lah, insyaAllah tak jumpa. hihihihi. Sambung cerita pasal hantu POOP tuh, Hantu tuh mesti perempuan, dan dia makan organ organ dalaman budak budak yang cuma ada kat Thailand je. Wee cerita kat i kata memang betol betol wujud, dia rasa lah, sebab ada orang kat kampung dia pernah kena. seram tak? seram tak? korang pecaya?

Sebenarnya itu je i nak ceritakan. hehe. Ohya post kali ini i sahaja buat dalam bentuk karangan dan guna kata ganti diri "i", sebab i nak tonjolkan image ayu dalam post kali ini. hihihihihi.

monolog dalaman: fuh penat jugak jadi ayu nie! ahahahaha. aku teringin dowh nak jadi puitis! berbagai bagai tektik dah aku guna. tektik try n error macam tektik jawab math kalo tak taw fomula tapi conggak sampai penuh kertas jawapan dan tawakal je!tektik tuh pon dah cuba. tapi aku bukan jiwa puitis! sebab tak pandai berbahasa. jadi cobaan menjadi ayu lah plak. wee~

2 comments:

Wanie Azeera said...

hahah wanie tgk cite tuh! hantu merasuk orang lawa-lawa utk menggoda. high taste betul. btw, u mengandung? amalkan susu ibu utk anak ye :P

edoraemon said...

hahahha!
tuh lah tapi best kan cerita tuh wanir.
:P

i make sure i bagi susu ibu utk lemak lemak i