April 09, 2010

ini post satu warna


imbau kembali
post yang lalu.
aku berkata-kata semangat bagai nak rak terbalik.
penuh dengan semangat yang muncul pada jam 5 pagi.
mungkin sebab terlalu banyak minum nescafe.
semangat itu luar biasa dari biasa.
tapi habis sahaja tulis post itu...
chatting dekat ym sampai matahari bernyinar-nyinar di tingkap sampai silau bijik mata.
aku amik keputusan untuk beradu. takut esok paginya di kuliah,tercetus tragedi mati shahid time doctor mengajar didepan. tak pasal pasal.
jadi aku mengambil keputusan yang bijak!
yakni : aku hempaskan kepala diatas bantal yang keras berwarna pink.
sambil memeluk teddy bear yang empuk.
terbaring, termenung
setengah jam jugak aku terbaring tanpa tujuan macam tuh.
sebab badan dah penat. cuma mata ini degil.
tak terpejam pejam! ini semua salah NESCAFE lagi. aku pun tak tahu kenapa aku anti betol dengan nescafe nie. :)
pagi itu aku pening pening nyamuk.
tak dapat pergi kuliah jam 9 pagi itu. pagi itu kuliah sejam sahaja.
doctor yang ajar tuh pun baca sahaja ayat-ayat dari buku.
ingt lagi time 1st time doctor tuh masuk kelas.
tektik dia ajar memang mcm tuh.
jadi aku pon cakap dekat kak sufi

"akak!! bosannnn!!"
lepas tuh buat gerak bibir dan muka pelik berkata
S A Y A A A TAAAAKKK P A H A M.
kak sufi tergelak. (nasib baik kak sufi pakai purdah, takda org sedar kalo dia tergelak)
5 minit kemudian.

psst psst kak sufi.
(saja nak kacau orang belajar kalau aku tak dapat masuk otak, nampak mata kak sufi pon aku tahu kak sufi pon tak paham)
"kalo macam nie kan dia ajar, lepas balik nie kite bleh jadi lecturer lah, baca je kan. nanti akak masuk bilik kite, kite ajar akak erkk"
HAHAHAHA
*nak terbalik aku tgk kak sufi ketawa, nasib baik dikaburi dek purdahnya. kalo tak terkantoi oleh doktor*

*************************

dengan keadaan mamai pagi itu,
aku terimbau kembali peristiwa itu,
hati ini jadi malas nak gerak pergi kelas. sejam jak katakan.
jadi sorong teddy bear tarik selimut. aku pon sambung terbuai buai dengan mimpi mimpi indah pada jam 8 pagi itu.
jam 8.45 am. mata dah terbuka dah. tak dapat tido pulaaakkk. time time nak ponteng nie mata degil pulak nak tido. -.-"
aku sambung bukak internet. layan facebook,twitter,tmblr. nonton cerita 2 & half man.
semua benda benda yang tak berfaedah langsung.
rasa nak belajar.
tapi rasa jiwa ini tiada perasaan untuk belajar. semua salah syaitan. syaitan kan suka hasut manusia untuk jadi malas.
HAHAHA *ketawa paksa*
logik tak jawapan? huh! tak boleh pakai.
asal malas nak salahkan syaitan! asal baik semua datang dari diri sendiri lah tuh.

cakap tak serupa bikin betul.
kepala menganguk angguk.
hati mengeleng geleng.
di depan orang, bibir tersenyum . ketawa.
di facebook muncul status sedih sedih.

manusia.
sampai bila pandai berlakon dipentas dunia?
lenggok berkata itu.
tapi hati berkata ini.

saya tidak suka hanya berkata kata..
sesiapa sila tampar. siram saya.
bagi saya terjaga.
angan itu indah.
realiti itu pahit.

No comments: