April 15, 2010

kahwin


orang sibuk pikir pasal final.
aku pulak sibuk nak buat entry pasal kahwin.
siap tanya
orang kat lorong kiri, kanan,atas bawah
rakan sebaya sampai tak terbaya pon aku tanya pasal kahwin.

kenapakah?dimanakah?siapakah?
sebab si faz nie tak sabar sabar nak kahwin kah?
kah kah kah.

buah pikiran nak tulis pasal entry kahwin tercetus sebab,

satu :
minggu lalu kat lab physiology sementara tunggu doktor muncul, budak budak cun cun kelas aku tengah diskusi ilmiah pasal isu kahwin
hasil uji kaji : ada satu peringkat umur tuh kita akan rasa membuak buak nak kahwin. selang beberapa tahun kemudian, takda perasaan nak kahwin pulak. (pulak dah)
kesahihan uji kaji : kita tunggu dan lihat. ahaha. aku pon tak tahu.

dua :
aku kena tag dekat facebook dekat iklan kursus perkahwinan

tiga:
sepupu
huh? : tak paham kan? aku lagilah tak paham. ehe
gini cerita nya, pada suatu ketika dalam tempoh terdekat nie ada dua kazen aku.
kazen A dan kazen B berkata kat ym..
minggu lalu..
kazen A " nasib baik liana tabah, kalo tak ko akan kawin sudah ko kat sana"
aku " ahahahaha " *muka tekejut dgn ayt dia
semalam..
kazen B " apa kabar tunang? "
aku " sejak bila plak aku bertunang? "
kazen B "eleh jangan tipu"
aku " dari mana dengar nie? "
kazen B "ingat orang tak tahu ke? "
aku " ?????? -.-"

sampai ke cairo aku merantau, tanya orang sana sini
apa pandangan diorang tentang kahwin.
hasilnya : terpulang lah pada sesiapa pon nak kawin awal ke lambat.
buat penat otak aku pikir je dalam masa seminggu. ahaha

kalau masa muda muda nie, kalau dah rasa diri itu bersedia.
nak pikul tanggung jawab.
penjagaan diri itu sudah betul.
kahwinlahhhh.. haha

p/s: fuh penat aku tanya satu dunia pasal isu kahwin nie -.-"
psp: aku belum bersedia untuk kahwin lagi.
ps3: sudah berada dipasaran.hehe

No comments: