April 21, 2010

pengajaran. PMS owh PMS

di suatu petang.
ketika aku tengah pms.
aku stress sangat sangat.
aku pelik.
time pms benda remeh boleh aku pusingkan jadi benda/ masalah paling complicated di Dunia.
sampai aku jadi emo sendiri sendiri.

jadi untuk menyedapkan hati setiap kali aku emo.
aku salahkan pms! bukan diri sendiri.
haha.

otak aku berpikir pikir, sampai mencari sumber untuk stress kan diri.
ok fine pelik-kan?

jadi nak disambungkan cerita...

aku rasa diri aku ini beban kepada semua orang.
mulut tak berhenti bercakap.
lahir perasaan simpati aku kepada orang sekeliling aku.
asyik dengar aku bercakap cakap.
mengadu tentang ini, itu.
macam ada masalah perang dunia ke 3 telah tercetus kat zagazig nie.
sampai aku takut diorng jadi pekak pulak.
sebab suara aku kan kuat.
(suara aku besar sebab faktor genetic, BUGIS)

tak berhenti bercakap.
penat bercakap tuh penat. tapi aku suka.
kalo bercakap benda berfaedah takpa.
ini merepek entah apa entah.
orang yang selalu ym ngan aku akan amik masa 10 minit untuk tafsir kata kata aku.
terlalu banyk maksud tersirat.
realiti : kadang kadang aku sendiri tak paham apa aku cakap.
sebab main kuar ayat yang tengah bermain diotak aku.
jadi bila bercakap/ menulis ayat pon jadi tunggang langgang. HAHA

baru baru ini :
kisah 1
aku ada telefon seorang ustad (skandal ka?)
hehe.
NO NO. ini bukan skandal.
aku tak tahu nama ustad tuh apa.
dia tinggal mana.
yang aku tahu no telefon dia.
dengan niat suci murni harum semerbak sabun mandi lux.
aku nak telefon dia untuk tanya tentang tiket balik Malaysia.
tapi misi aku terpesong 360 darjah.
aku terbagi motivasi/ ceramah sampai habis kreadit aku -.-"
last last, terlupa tanya pasal tiket.

kisah dua.
tak sebebrapa baru sangat lah kisah nie.
kira dah basi sebulan.
aku pergi satu meeting nie. meeting persatuan orang lain.
aku tak tahu pon pesatuan tuh wujud. HAHA.
niat sebenar : nak temankan kawan
tapi aku ter-join meeting dia.
hasilnya : aku bercakap mengalahkan presiden pesatuan tuh plak
-.-"

"bila i terpesong, i selalu bawa orang disekiling i pesong sesama."
setia kawan katakan.
aiseh
tengok niat terpesong lagi.
aku nak cerita benda lain.
ter-story mory lory benda lain plak.
berbalik kepada cerita asal.............


oleh yang demikian.
aku telah amik keputusan untuk stress sorang sorang.
"layan BLUES, bukan BLUE" orang Tawau cakap.
biar merana sorang sorang sambil dengar lagu sedih sedih.
dan hati aku nangis sorang sorang.
kalo real nangis tuh susah,
beh! touching lah plak.

disebabkan itu.
selang seminggu dari itu.
beberapa insan yang aku sayang rasa diri mereka beban kepada aku?
kenapakah?

luahan rintihan perasaan :
aku rasa tak adil.
kenapa perlu rasa terbeban.
kerana kita akan bebankan orang paling kita sayang.
orang paling kita akan susahkan.
adalah orang paling kita sayang.
dari mereka pendam sorang sorang benda yang diorang rasakan beban bagi aku.
aku rasa lagi sakit.
lagi tidak adil.
kerana aku tak nak jadi insan untuk ketawa dan bergembira sahaja.
HU HA HU HA. *bunyi gelak paksa nie*
aku nak jadi pendengar.
boleh berketawa, bersedih bersama sama.


mungkin hari ini kamu bersedih, sakit...
esok, lusa, minggu depan, tahun depan, mungkin aku pulak..
jadi jangan sakit sorang sorang.
sedih sorang sorang.
kerana kamu ada aku.
biar kita gembira bersama.
terluka bersama.
:)

p/s: tq kiki bg aku pengajaran.
culik dari twitter pojie.

"PMS stands for: Possible Murder Suspect.HAHA! stay away from the PMS'ians,lol!"

No comments: