May 28, 2010

MEANING OF LOVE



saya ikut pertandingan.!!!!
:)
dari blog mj
ini cuma entry yang dah tulis agak lama.
tapi saja nak summit untuk bertanding. hehe
tengah blogwalking
dan terjumpa pertandingan.
jadi ikut je lah.
:)
ini semua pengalaman saya dengan "cinta"

*****************************************************

saya perempuan.
ganas ganas saya saya ada perasaan.

masa darjah dua, THE 1ST
ada seorang budak lelaki,
saya rapat dengan dia,
dia tua dua tahun dari saya.
saya rasa dia macho, muka dia separuh hitam separuh putih.
itu tanda lahir dia. bagi saya dia tetap kacak.
kami jalan kaki pergi kedai sementara orang lain sibuk mencari kami masa kami tengah main sorok sorok.
kedai itu terlalu dekat.
tapi perasaan perjalanan tuh rasa macam jauh sangat.
macam merentas desa pon ada jugak saya rasa.
sejak itu saya tekad.
saya tahu saya ada perasaan.
sejak itu saya suka dia, biar orang datang dekat dekat macam mana pon, saya tetap akan padang dia.
sejak darjah dua saya pindah ke SABAH, kisah saya itu simpan dalam poket sebagai kenangan.
sampai saya umur 14 tahun saya simpan kenangan jalan kaki itu sampai sudah datang baligh pon masih angan angan mahu jumpa dia.

masa darjah 5,
ada satu mamat ini,
suka kacau kacau saya,
dia gemuk, macam bulldog.
ok saya tahu kejam jugak ayat,
sila tampar saya kemudian, terlalu feel mengarang sampai terlepas cakap.
dia betol betol suka saya, tapi saya ignore dia,
sebab saya simpan kenangan darjah dua itu.
sampai sekarang saya tak tegur mamat itu.
dan saya benci dia.
tak tahu kenapa.


BFF, the driver
saya dan dia rapat, taraf seperti rasa saya ini macam PA dia.
setiap aktiviti dia buat dulu dulu, semua dia inform saya.
sekarang dia sudah ada gf, antara wanita paling cun, sekali pandang memang boleh ramai lelaki terpikat,
tapi si gf cemburukan saya yang tiada apa apa.
baru saya tahu kisah.
si bff dulu, masa zaman saya comot comot, hingus meleleh, taik hidung lekat di pipi,
dia pernah suka kat saya,
tapi itu kisah dulu,
sekarang dia driver saya sebab dia ada kereta & dia tetap sayang saya,
tapi sebagai kawan :)

masa tingkatan dua. mamat cuti sekolah
masa itu cuti sekolah.
ada lagi satu mamat hadir dalam hidup saya.
buat saya lupa kisah manis darjah dua saya.
kami duduk berdepan,
tapi tangan ligat ber-sms.
mulut tak berkata, tapi hati berbisik.
kami bercakap dengan sms,
hanya berkata bila penting.
dia pandang saya, saya pandang dia.
tapi kisah itu berhenti bila cuti sekolah berakhir.
dengar dengar dia ada awek baru lepas cuti itu.
saya kecewa.
saya rasa siapa nak saya,
sudahlah hitam , kata kata kasar.
saya rasa diri saya macam black metal.

lepas cuti itu saya tekad,
saya mahu tukar,
penat jadi kelakian, kulit dah hitam macam gagak.
saya cari arah baru.
saya masuk dunia baru.
hidup remaja, perasaan ingin cuba tinggi menebal.
saya tekad nak macam wanita dalam majalah.
biar pakai baju tak cukup kain.
biar mekap menebal.
at least ada orang pandang, walaupun tak secantik siti nurhaliza.

di mrsm, R
si R minat saya,
tapi saya pura pura tak sedar,
tapi saya sedar sebab saya tengok dia lekat gambar saya dan dia di meja kelas dia.
tahun nie baru saya tahu, sebab dia tak bagitahu dia suka kat saya,
sebab dia ingat saya tak minat lelaki.
haha, cumil.
saya fazliana, dan saya straight!

tingkatan 4, mamat cuti sekolah
cuti datang lagi, saya jumpa dia.
tapi dia tidak pandang saya sudah,
orang lain pandang saya, tapi saya tak mahu, saya tetap suka dia.
dia ada awek yang baru lagi.
buat saya sedar,
di mana saya berpijak.
kembali kaki ini berpijak di tanah,
saya delete sms dia yang dua tahun lalu,kami sms.
saya simpan.
saya sentimental.
gadis innocent.
saya jumpa cinta baru masa tingkatan 4 itu jugak,
lelaki ini "alim", saya saja nak test power.
saya nak buktikan kata lelaki "alim" pon boleh lekat pada saya.
dia tua setahun dari saya.
ada perempuan baik minat dengan dia. tapi saya nak amik dia jugak, saja mahu tunjuk hebat.
beberapa bulan, saya dapat dia.
jatuh ke tangan saya begitu sahaja.
mungkin dulu saya pandai bermulut manis.
indah kata kata yang saya muntahkan.

tingkatan 5, SI CINTA
si cinta masuk PLKN, dia semakin hitam,
saya tak kisah, saya rasa saya sayang dia.
mungkin sudah hati ini tertawan.
siap ukir nama dia ditangan dengan inai.
mungkin terlalu angau dilamun cinta.
setiap weekend tunggu sms dari dia.
saya bahagia.
nak dengar tak kebodohan saya?
saya luka kan jari telunjuk tangan kanan saya,
biar darah mengalir banyak sikit, ukir nama dia dengan darah saya.
tapi lepas plkn,
mungkin mata dia sudah terbuka, dia pergi kepada perempuan baik yang minat dia dulu.
mata saya pon ikut terbuka,
oh siapakah saya?

cuti spm, leleki lelaki cuti spm
seseorang muncul, dia sudah ada gf,
banyak banyak lelaki dalam hikayat saya ini.
dia paling kacak. tinggi 6 kaki.
paling saya tak dapat lupa pasal dia,
kalau mata dia pandang saya, macam mo telan pon saya pon ada.
saya dan dia terconteng kisah gelap bersama,
kisah gelap, jgn bayang kisah blue pulak.
sekarang dah tunang dah dengan gf dulu dia, harap dia bahagia. :)
then,
ada sorang lelaki pendek, sorang lelaki panjang,
entah nama apa lelaki lelaki itu,
saya, mereka dan kawan saya,
kami keluar double date,
tengok wayang,jalan jalan malam malam,
layan arus orang berjiwa remaja.
lelaki pendek itu cuba mendekati saya.
rasa geli pon ada.
cuba pegang paha saya, dekatkan mulut bisikkan ditelinga saya,
dia ingat saya ini perempuan murah!
saya geli, jadi saya decide hati atau badan saya bukan murah murah boleh pegang.
dia ingat saya siapa?


zaman matriks the stalker,
orang yang duduk diluar matriks,
dia kerja di hotel di labuan.
dia kata dia ternampak saya sejak hari pertama masa masuk matriks.
dia cari no telefon saya, dia tahu apa saya buat.
dia minta jumpa, saya takut,
saya tarik azmir teman saya jumpa dia.
saya kata azmir tunang saya,
sejak itu stalker itu hilang tak tahu ke mana.


matrix. indah
cinta paling indah muncul.
saya tidak tido malam sebab bergayut sama insan itu.
itu zaman super saver masih pames,
aktif dijalankan, berjam jam sampai kebas mulut bercakap.
airliur kering bergayut tengah tengah malam.
saya tidak kisah, asal saya rasa bahagia,
pagi pagi saya akan mati shahid di dewan kuliah sebab sibuk bergayut malam malam dengan dia.
dia senior MRSM saya, dia pendek, dia belajar di KK, di ip
bila saya turun K.K,
masa tuh kawan-kawan saya tengok wayang, saya tak naik ikut,
sebab tektik saya nak ajak dia temankan saya.
dia betol betol datang,dia sanggup turun mall yang jauh dari rumah dia
untuk teman saya yang tengah keseorangan,
kami makan sama sama, kami tengok wayang sambil makan popcorn,
masa itu saya tak sedar.
sepanjang berjalan jalan,rupanya popcorn lekat ditudung saya,
bila sampai rumah baru saya sedar,
terlalu angau sampai comot pon saya tak sedar.
saya tak sanggup pergi mesir,
kisah buku baru mahu bermula karang.
dia lah lelaki buat saya rasa dunia ini terlalu indah.

saya sampai mesir,
dia menyepi,
dia permanently invisible kan nama saya di ym dia.
dia tak pernah tegur saya, dia tidak cari saya, dia tidak add saya difacebook.
mungkin saya sahaja yang simpan angan tinggi.
saya kuat perasan, mungkin itu penyebabnya.
untuk cover luka saya pura pura suka mamat A,
lepas tuh beralih ke mamat B.
saja nak cover sedih.

lelaki terakhir datang. the last
masa flight dari malaysia ke cairo,
dia duduk berdekatan dengan saya,
sejak itu kami kenal,

nak dekat exam masa tahun 1,
kami mula rapat,
hari hari ym.
kejut kejut subuh, berbual bual,
hati ini mula berbunga kembali,
mungkin ada kisah baru yang akan tertulis?
tiba tiba ada perempuan lain datang,
perempuan itu kata dia tunang lelaki itu,
saya undur diri, tak nak jadi orang ke 3,
tapi lelaki itu kata tunang nya itu cuma perasan,
dia ajak saya bercouple tapi saya tolak,
mungkin kisah saya dan dia tak akan berkisah.
tapi anehnya sejak hari itu, kami semakin rapat,
saya rasa si tunang dia itu adalah insan perasan,
jadi saya takut saya akan menyesal sebab tidak dapat lelaki itu,
saya ajak,
dia tolak,
lepas itu saya siasat,
rupa rupa nya dia ada dua perempuan lain yang dia tengah mengurat.
saya tanya, dia berpura pura tak tahu apa dia buat.

kisah dia mengurat saya terheboh dikalangan kawan kawan dia.
"si faz berjaya dipermaikan oleh lelaki itu," mereka kata.
mungkin dia berasa bangga sebab jatuhkan perempuan yang kasar macam saya.

noktah!
baru saya sedar,
murahnya nilai sekeping hati saya.

end

inspirasi post dari entry
ini dan ini
saya tak kenal pon mereka,
blogwalking terbaca.
terus terasa nak tulis.
makan masa satu malam jugak untuk ingat balik memori.
baru saya sedar saya ada memori.
saya tidak mahu mencari cinta.
sudah penat.
sekarang biar cinta datang mencari saya :)

14 comments:

-hazen said...

mahalkan kembali mahar cinta.

edoraemon said...

mahalkan kembali mahar cinta?

Aisyah Khadijah said...

aah, mahar cinta

lagu ni agak slow but still nice :)

http://www.4shared.com/audio/P0lN5HGD/Devotees_-_Mahar_Cinta.htm

hehe :P

Farah Lavida said...

nice post!

inn~ said...

mahar tuh, sinonim lain untuk mas kahwin faz.
tapi mungkin maksud hazen tu di sini, maharkan balik nilai cinta kau :)
xpa faz, kau pun selalu bgtau aku kan, kalau tak jumpa dorang dorang nih, kau takkan tau mna satu yang betul utk kau kan?
:)

edoraemon said...

hahaha. thanx syifak bg lagu.

farah. :) malu aku. haha

inn, ya btol btol, saja ter-feel takala jam 1 pagi mo tulis benda nie. berabis nie perah otak. i tak emo pon masa tulis. hehe
:D

Yui said...

smart :))
ska post y mcm nih :)

edoraemon said...

hahaha.
:D
tq yus.

-hazen said...

erk. baru datang nak menjawab, dah ada orang jawab.

=]

edoraemon said...

lol,
tuh lah mungkin sebab korang sekepala, dah lah seumur. hehe
:)
uiks, tq :P

mj said...

hello edoraemon..

received ur entry. ^^

After 30 Jun if ade ape2 perubahan, sy akan inform kat komen entry ni jugak k ^^

gud luck.. :)

Anonymous said...

NiCe sToRy . . . BeStLa BcEr aWk . . cMer ciTer yG lasT tUW yG musYkiL. . CmNer TuNaNG diEr leyh peyRasan laKs.. KaN bErTunaNg ni PeRseTujuAn LeylaKi daN pOmpUaN??? 4me tuNanG diEr x PeyraSan kOt...MgKIn toK sdap ati Jerk... datS mY oPinioN onLy... =]]]

Amat said...

SyOk r ciTer enGko,Aq PoWn PnAh mNgAlAmiNyA...Tp pAdAN mUkA EnGkO,,
muahahahahaha..
bEtoL ker LlakI tuH MaINkan EngKO,,
ke KAU jeR yG pRASaN!!!!

edoraemon said...

aku perasan?
haha
entam lah.
aku perasan lah tuh.

mls nk pikir.
benda dah lepas.