May 16, 2010

lagenda kodok

Barrel - Part 1


di suatu petang.
bukan zaman dahulu kala.
baru dua hari lepas.
aku,lembu,lalat,kodok dan dugong
baru sahaja habis sesi menjerit jerit sampai terkuar anak tekak.
dan nyanyi lagu yang high pitch gila gila.
walaupun kami tahu suara kami tidak sehebat mariah carey atau mas idayu.
jadi aktiviti rekreasi kami petang itu berlangsung selama dua jam
malam itu sorang sorang mengalami simptom suara serak serak basah.
romantik gitu. auwww..
lepas je sesi tuh.
aku terbaring kepenatan di atas katil lembu dengan berbaju tido.
huh! menyanyi bukan senang oo, apatah lagi sesi jerit jerit ala ala pontianak.
tetiba datang lah sang kodok terbaring tepi aku.

faz, faz jom bersenam faz.


HAAAAAAAAAA?? Malas akuuu!! aku tak suka berpeluh! penat penat!!

kita buat senaman atas katil je faz. jom jom!

*aku pon ikut lah arahan kodok, sebab senaman itu semua dengan gaya baring, dari sit up sampai lah ke sit down*

tak lama kemudian. kitorang berdiri, dan lakukan senaman lompat setempat sampai lari setempat.


-.-"

selang beberapa minit kemudian,

sang kodok duduk,

ok faz, sekarang mulakan senaman selama 20 minit, mula dari sekarang. yang penting jangan berhenti.

aku pon layan, Baik cik puan!

fuh. senam senam. dengan muka bersemangat waja dalam bilik, nak dekat dua tahun kot aku tak bersenam. haha. agak payah lah jugak aku rasa bersenam untuk tempoh masa dua puluh minit yang diberi.

selang terlalu beberapa minit kemudian, bila muka dah tunjuk-kan simptom nak pengsan.
(padah kalo jarang bersenam)

ala faz, jam nie rosak rupanya, kesian ko faz

-.-"

sampai disitu sahaja lah sesi aku bersenam dengan baju tido.
terpaksa mandi malam tuh sebab berpeluh dalam bilik.
Bored with the Internet

komik komik lidi itu comel

No comments: