May 20, 2010

sedap doh orang tuh main gitar. hahaha :D

Blogging

ok hari ini saya ingin menunjukkan cara cara menggoreng ayam koki.
beli sebungkus ayam koki dikedai
letak minyak di kuali.
make sure minyak itu panas yer kawan kawan,
dan letak ayam koki diatas minyak yang panas.
sekian.

ayam koki : ayam segera ala ala ayam mas kalau di tawau.
tinggal digoreng je. hehe

ada satu persoalan bermain diminda aku.....
tadi ada exam physiology ke?
terlupa sudah.
haha.
perinsip aku lepas amik exam sejak masuk medik.
keluar je dari dewan peperiksaan,
buat kertas soalan tuh jadi origami.
dan hilangkan ingatan soalan apa yang keluar tadi.
jadi secara mental,rohani dan batinnya.
tidak menjejaskan pemikiran aku pasal exam seterus terus nya.
yang penting tawakal selepas exam.

keadaan time exam tadi.
fuh memang perit.
menyiksa jiwa dan raga aku.
diri ini tahan tahan nak muntah time nak exam tuh.

sepanjang zaman aku amik peperiksaan dari sekolah tadika hingga ke tahun 2 medic.
tadilah paling
PALING, I TELL U
badan,mental,physical tak sihat.
semalam aku menghabiskan masa.
dari jam 12 tengah tengah malam sampai ke jam 5 pagi.
terbaring, tak tertido tido.
dengan keadaan badan yang tak sedap 
lepas solat subuh, jam 5 aku baru terlelap, jam 8 pagi dah bangun balik untuk ready ready untuk ke dewan peperiksaan.
bermacam macam gaya dah ku cubo untuk menidurkan diri.
semua tak berkesan.

nie semua salah sistem dalam badan aku.
aku dah set dah kat otak kata jangan berfikir.
sebab kadang kadang yang menghalang diri dari tertido ialah otak ligat berfikir.

malam semalam time tak dapat nak tido,
aku terfikir zaman skolah rendah aku.
ok fine, aku tahu!
dan dan time tuh jugak kepala aku nak imbau nostalgia skolah rendah! ada ke patut!
zaman kanak kanak ribena aku.
dulu masa zaman sekolah rendah.
darjah 4 aku.
aku paling suka pergi kelas agama.
walaupun aku tahu markah kertas agama aku selalu paling rendah.
tapi kalau time ustad yang-aku-tak-ingat-nama-apa.
yang penting kening dia lebat lah aku ingat.
saya cuma ingat kening dia je. hehe
ustad kening tuh rajin bercerita.
aku kalau bab bab orang bercerita nie aku suka lah.
jadi kalau bila ustad kening tuh mula bercerita, aku akan amik tempat duduk paling depan.
dan cerita cerita dia buat aku tak tido malam berfikir.
tentang kiamat, dosa, syurga, neraka.
dan semalam ligat kepala aku berfikir pasal benda benda yang dahulu membuat aku tak tido malam.
aku habiskan masa 5 jam terbaring.
berfikir fikir.
lebih baik belajar kan.
ok abaikan.
exam dah lepas.
malam nie aku nak rest.
demam belum sembuh sepenuhnya.
yang penting aku rasa happy, walaupun paper killer nak mampus, dan badan tak sihat.
tapi aku happy.


owh!
superman,spiderman,keluangman,zorro.
hari nie dapat berbual ngan mereka.
terus rasa lega.
senyum
:)

2 comments:

keyri said...

gudluck tuk next exam faz..
oral physio lak kn?
bt leklok..

semoga cpt sihat jgk faz..
chill mate!

edoraemon said...

:D
update je ko kan pasal exam zakzik. hehe
syukran dik kerry.