June 07, 2010

10 TAHUN

whitebunnyemoticonsipnosis: ini post lagi panjang dari post hari tuh yang panjang.
haha
disebabkan selalu blogwalking bila musim exam nie
apalah, orang cuti exam patutnya belajar! aku yang entah-bijak-nak-mampos menghabiskan masa ber-blog-walking-walking
banyak idea nak tulis,
sebab tengok orang punya blog kan.
i punya naluri pak turut  nie tebal sikit.
jadi inilah kisah hidup saya dari 2000-2010
idea asal terbaca dari : elya yang kebetulan-nya kawan kepada sarah adiba (antara best friend aku kat mrsm)
dan sarah pernah cerita kat aku kata perangai Elya tuh membuatkan dia teringatkan kat i. huhu

ZAMAN KEGELAPAN 2000-2003
zaman ini dipanggil zaman kegelapan sebab.....

    whitebunnyemoticon
  1.  time nie kulit aku paling hitam dalam hidup aku sepanjang 20 tahun., taraf warna kulit aku masa tuh? kalau aku ada tahi lalat, tahi lalat tuh pon akan tenggelam. haha
  2. sebab aku masa sekolah rendah pemalu, shy shy cat. miauw miauuw~ :)
  3. zaman skolah rendah aku lah zaman aku kena buli. tragedi kan?

2000

  • aku dapat adik bongsu yang baru yang manja dan nakal.
  • aku mula berkaca mata
  • time zaman nie aku belum lagi jadi gelap. masih cerah warna susu basi lagi masa nie. haha
  •  erghhh, penat aku perah otak, aku tak dapat ingat apa apa pasal zaman nie. -.-"
2001
  • akhir tahun 2001 nie aku punya kulit dah tunjuk-kan hitam dah nie, sependiam pendiam aku kat sekolah, tapi kalo kat taman perumahan aku, aku aktif, main dengan budak budak lelaki yang sebaya ngn aku. Memandangkan ada beberapa cepuk je budak budak yang sebaya aku masa tuh, aku kena tarik oleh diorang main bola, walaupun aku nie memang tak pandai bersukan, tapi orang kata body & ketinggian aku nie taraf altit negara pon ada. Tapi hakikatnya, aku sungguh lembik.
  • school life boring.
  • weekends habiskan masa dengan cousin, abg dan adik2 ditaman permainan atau tepi laut, jadi kanak kanak ribena.
2002
  • aku potong rambut tomboy.
  • jiwa aku rasa aku jadi macam lelaki dah. haha, nie lah salah sebab terlalu berlepak ngn budak2 taman perumahan.
  • kat sekolah sunyi, aku akan habiskan masa pandang rusa. (dari celah mana plak tetiba datang rusa nie kan? haha, masa sekolah rendah, sekolah aku tepi zoo)
  • perasaan tak nak mengaku perempuan ada jugak. haha
  • aku jumpa kembar lelaki aku. (aku tahu ko baca nie)
  • akhir tahun, mula pakai tudung ke sekolah, sebab lepas kem motivasi UPSR kat skolah aku, konon2 wajib pakai tudung.
  • UPSR.
  • result, 3A 2B. 
  • aku mula tembam.
2003 ZAMAN KEBANGKITAN SEMULArabbitemoticon
  • aku masuk skolah baru! yeay! sm st patrick.
  • selama 6 tahun bersekolah, ini 1st time aku satu skolah dengan abg aku.
  • aku jadi musuh dengan budak perempuan batch abg aku, sebab aku tengking diorang masa diorang tanya "ko adik fazlan ka?" serius time tuh aku penat, tak sengaja tertengking, sampai skrng diorang semua tak suka aku.
  • aku dapat ramai kawan.
  • sudah jadi diri sendiri
  • jumpa best friend aku, Mazlina Mazlan :)
  • kalau aku gerak ke mana mana aku akan pakai topi merah puma aku.
  • dapat nickname BIJIH TIMAH! semua batch aku panggil aku nama itu. =.="
2004 ZAMAN BORINGwhitebunnyemoticon
  • life macam biasa.
  • time nie betol2 orang tak berani dah nak buli aku, sebab waktu tuh ada kawan skolah rendah aku, (mcm biasa akan buli aku, suruh amik itu lah, angkat ini lah) aku tengking dia.
  • kat kelas, aku duduk paling belakang. kiri kanan dan depan aku semua lelaki. Guru kelas campak aku kat situ disebabkan dua sebab. 1. tinggi 2. bising semacam mulut aku.
  • time nie aku suka pakai baju hitam, minyak rambut lelaki. pelik betol lah aku nie.
  • abg aku, mak cik2 aku risau tengok aku. HAHA. sebab tak macam perempuan tinggal simpan rambut panjang je time tuh buat mereka kurang membebel.
  • aku ada rapat dengan seorang budak baru yg daftar masuk ke sm st patrick.
  • aku menjadi bayang bayang orang. haha
2005 ZAMAN BERUK
  • Smart tak nama? nak taw napa? haha. baca baca.
  • kat sini banyak 1st time benda aku buat.
  • 1st time kissing, make out, dating, buat seks, one night stand.
  • pecaya ke? 
  • ohoooiiiiiii~! aku masih suci, saja nak bagi dramatis. haha
  • mula belajar jadi perempuan. selama nie bukan perempuan ka? haha
  • 1st time main chess, esok dia aku ikut bertanding wakil zon (sebab takda orang nak main), lepas tuh kalah teruk tapi aku pergi wakil zon ke peringkat daerah sebab time match kat peringkat zon bilangan perempuan dia cukup2 untuk wakil (menang tanpa bertanding), masuk peringkat daerah aku aku dapat tempat ke 6 dari 20 lebih. 
  • PMR.
  • keluar result, aku dapat 7A 1B , agama aku B. 
  • aku terkejut beruk, sebab aku target 1A. selama nie aku cuma pandai math je dlm hidup aku.
2006 ZAMAN TAK DAPAT LUPAwhitebunnyemoticon
  • pindah sekolah!
  • zaman paling syiokkk!
  • Masuk MRSM koki
  • awal awal tak dapat tahan, seminggu lepas masuk, aku beli tiket flight balik tawau untuk balik bermalam untuk dua hari je.
  • jumpa ramai orang yang aku sayang. :)
  • 1st time tengok kawan kena tetany~! baru tahun nie aku sedar kata yang dia kena tuh tetany, selama nie aku ingtkan dia kena rasuk. haha
  • 1st time tengok orang berbahasan masa 1st time aku berbahas. haha
2007 UP AND DOWN
  • sepanjang hidup aku nie tahun paling tak dapat lupa.
  • tahun paling best dalam hidup aku, dan paling duka.
  • 1st time ikut pidato masa 1st time aku tengok orang berpidato.
  • masuk kelas yang orang cakap macam kelas hantu. (awal tahun kelas tuh, kelas paling senyap) sebab tercampak dalam kelas semua Islam. perempuan kat kelas tuh kebanyakan yang nakal. haha, dan lelaki yang dalam kelas tuh semua geng AJK surau. nak dekat spm kelas tuh jadi kecoh.
  • masa nak dekat birthday aku, 4hb July, aku tengah calling dengan Ayah aku, tetiba suara Ayah aku berubah. aku tak paham apa yang ayah aku tengah bercakap. 
  • aku kol banyak kali, tak ada orang angkat, rupa2nya time tengah bercakap ngn aku, ayah aku kena mild stroke. dalam family aku orang 1st tahu. time tuh ayah aku kat semenanjung.
  • aku kena balik tawau sebulan tak study, jaga adik2 kat rumah, mak aku pergi smnjng jaga ayah aku
  • sambut birthday tahun nie dalam keadaan pilu.
  • masa aku tengah paper spm, nenek aku meninggal tahun nie.
  • tahun paling beri kesan dalam hidup aku.
2008whitebunnyemoticon
  • cuti spm yang ditunggu-tunggukan
  • bosan.
  • mula belajar pakai tudung 
  • masuk matriks. yang memang best gilak! 
  • sebulan jak kat situ
  • datang mesir 1st day puasa.
  • 1st time raya & puasa tempat jauh
  • pergi negara orang
  • masuk uni Zagazig.
  • masuk group B.
2009rabbitemoticon
  • 1st time tengok orang sajak! masa aku bertanding sajak.
  • 1st ikut pentomin 
  • 1st time amik exam untuk sub medik. haha
  • balik cuti ke malaysia!
  • 1st time dikhianati kawan kot. click sini
2010
  • dah lah!
  • tahun nie
  • nanti akhir tahun aku tulis.. PENATTTTT!!

Serius,
rasa penat dan nak muntah sekarang nie
sebab perah otak!
untuk ingat kenangan 10 tahun Berturut turut

entry makin ke bawah, entry tuh jadi makin pendek pulak. 
PENINGGGGGGG

shuh! shuh! faz pergi belajar~

1 comment:

K said...

Header kat atas tu, rasanya ada spelling error, it spells 'edoeaemon', tertinggal huruf 'r'.