June 29, 2010

100 benda bermain difikiran

1. Aku suka makan
2.
Aku suka masak
3.
Aku suka berak
4.
Jadi aku suka mmb! Masak makan berak
5.
Pengotornya aku nie, selalu ckp berak.
6.
Tp aku suka cakap berak. Sbb nanti buat orang geli. Haha
7.
Apatah lagi bila dengan amad, kalo tak mo berak pon aku cakap mo berak
8.
Sebab dia selalu tegur, siap ajar cara berckp dengan sopan kalo mo gi berak
9.
Ok lepas nie tidak lah guna sudah.
10.
Aku rasa amad macam marah dengan aku.
11.
Sorry mad.
12.
Malam nie aku nangis.
13.
Tidak sampai lagi ke tahap air mata darah.
14.
Tapi hingus sudah meleleh lah jugak.
15.
Kali ke dua jadi pengotor, nasib baik ada tisu ditepi katil.
16.
Stress bah aku skrng nie.
17.
Kerana baru putus cinta.
18.
Ada orang reject aku gila gila.
19.
Hahaha.
20.
Ok aku tipu.
21.
Sebab tengok cerita Taiwan aku nangis. Haha
22.
Dah lah aku susah mo nangis, melainkan pms.
23.
Kalau pms kalo bercakap nada biasa, tapi tertinggi satu pitch aku boleh nangis.
24.
Kira aku sentimental ka nie?
25.
Ok kira wanita emo lah nie.
26.
Tapi ditekankan disini! Masa PMS SAHAJA AKU AKAN SENSITIP
27.
Ok aku tak paham diri aku sebenarnya.
28.
Cerita Taiwan tuh sedih, macam takkan wujud nie lelaki yang macam dalam cerita Taiwan tuh.
29.
Fuuhh, hidup dalam dunia fantasi betol aku nie kan kan kan
30.
Jadi itu bha yang buat aku sedih.
31.
Dua tiga menjak nie.
32.
Entah kenapa, aku macam pupuk satu perasaan takut mo kahwin.
33.
Padahal xda pon orang pikat aku.
34.
Apatah lagi ajak kawin dan bertunang.
35.
Aku lesbian!
36.
Tipu ke dua.
37.
Taiklah! Masih straight lagi nie taw. Haha
38.
Tapi tak adil nie aku rasa rebel dengan lelaki.
39.
Punya ramai kawan lelaki yang baik depan mata aku.
40.
Tapi dunia nie manusia berubah kan?
41.
Aku rasa aku makin pemalu.
42.
Haha. Ok ayat bunyi pelik.
43.
Tapi aku rasa, sejak datang mesir, aku tak sebising aku dulu.
44.
Bulan ini bulan patah hati, ramai betol orang patah hati
45.
Aku obsess ngn tawau.
46.
Sebab asal benda ada kaitan dengan aku, aku akan sayang.
47.
Sama mcm aku bangga jadi bugis.
48.
Padahal cakap bugis pon tak pandai.
49.
Cuma satu perkataan jak aku tahu.
50.
Aku jenis cepat sayang benda/orang.
51.
Tapi kalau sudah benci sesuatu/benda, aku akan benci sepenuh jiwa.
52.
Aku rasa aku nie jenis yang membosankan.
53.
Aku akan lagi selesa berkawan dengan lelaki, kalau lelaki anggap aku macam lelaki.
54.
Tapi sejak datang mesir, aku rasa macam tiada sudah orang anggap aku macam tuh.
55.
Aku tak suka lelaki layan aku lembut lembut.
56.
Aku rasa macam perempuan. Haha
57.
Walaupun aku tahu aku perempuan lah.
58.
Jadi aku sudah jadi lembutt sikit!! Argghhh..
59.
Aku tidak boleh kasar macam dulu.
60.
Tiket balik Malaysia aku buat hal.
61.
Tak nak bagi aku balik tawau ka tiket tuh!
62.
Aku tengah bengang ngn diri sendiri nie.
63.
Sekarang ada rasa perasaan mahu belajar.
64.
Bila exam sudah habis.
65.
Time exam aku tak tahu tahap malas aku tuh luar biasa.
66.
Kenapa sekarang rasa rindu nak belajar, aneh aneh aneh
67.
Dulu aku senang cair kalau ada lelaki bermulut manis ngn aku
68.
Sekarang aku rasa geli pulak kalau dengar.
69.
Ok dah no 69. Mesti korang terikut stress baca benda bermain di minda aku nie kan.
70.
Semalam setelah dua bulan aku tahan nafsu.
71.
Nafsu batin!
72.
Haha
73.
Tipu ke 3. Ok mesti korang tak pecaya sudah nie kan.
74.
Nafsu dari berfacebook
75.
Dulu aku obsess ngn facebook
76.
Aku suka rambut panjang.
77.
Tahun nie baru aku tahu rambut sebenar aku macam mana.
78.
Sebab dari umur 15 tahun, rambut aku akan sentiasa bermacam macam bahan kimia, dari dye, rebonding, kerinting dan segala galanya aku sudah buat.
79.
Aku suka rambut aku. Haha
80.
Kenapa bercakap pasal rambut? Sebab tadi pagi aku usha diri sendiri di cermin
81.
Not bad not bad. haha
82.
Kalau aku tak datang mesir,Aku akan jadi diri aku yang dulu, atau lagi teruk.
83.
Aku rasa diri aku jahat.
84.
Ok itu aku tak tahu kenapa.
85.
Sebab bermacam macam sudah aku buat kot.
86.
Bila aku akan mati?
87.
Aku terlalu banyak dosa.
88.
Aku terlalu sikit pahala.
89.
Akhirat aku nanti macam mana?
90.
Akhirat orang orang aku sayang macam mana?
91.
Aku rasa bahagia xkan wujud.
92.
Hari hari aku habiskan masa aku, 30 minit plan cara nak buli orang, 2 jam masa bertikam lidah, setengah jam utk batting dan main game dgn seseorg.
93.
Ok itu adalah rutin harian aku masa exam.
94.
Aku rasa aku tak layak utk sesiapa.
95.
Utk jadi menantu, mak orang, bini orang, ka atau apa apa pada sesiapa, sebab aku rasa diri aku tak layak.
96.
Hanya mama jak sedar atau Nampak, perasaan tak layak aku nie.
97.
Mama selalu cakap aku nie selalu tiada confident (reality) kalau orang pandang aku mesti diorang akan cakap aku nie sentiasa berconfident, kadang kadang terlebih.
98.
Kalau aku mati nanti,ada ka orang nak datang masa aku dikebumikan.?
99.
Aku sedih sebab ditinggalkan! Kiki nak balik Malaysia, pokok pangkalnya ditinggalkan.
100.
Tahniah!! Anda Berjaya baca sampai habis? 100 wei .. 100!! Kagum kagum kagum! Bosan kan benda bermain dikepala aku nie.