June 09, 2010

dear liana.

dear me,

liana apa khabar? *tetiba rasa macam tak betol pulak tanya diri sendiri macam tuh* kenapalah BIJAK semacam jak kau nie, selalu duduk 24 jam depan laptop? kau rasa diri kau tuh bagus sangat ke asyik dok buang masa macam tuh. sedar lah wei!! kau  tuh dah besar, kalau zaman nenek dulu, patut nya kau dah ada dua orang anak dah sekarang. Saiz dah memang ngam dah untuk jadi mak orang.

mungkin dulu kau tak ada cita cita liana, tapi sekarang kan macam macam kau nak buat, takkan lah masih lagi nak buang masa macam nie. Terlalu banyak orang selalu kata kau takkan berjaya, takkan kau senang nak biar kan kata kata mereka tuh jadi kenyataan! Buktikan hidup kau tuh bermakna, JANGAN SIA SIA KAN WEII!

Ingat jadi doktor tuh senang? kalau zaman sekolah boleh lah relax goyang kaki, kau tuh bakal pegang nyawa orang satu hari nanti, kalau malas macam nie! bakal jadi doktor tak guna! silap silap hari bulan kau boleh terbunuh pesakit! kau nak ke macam tuh? sanggup? kesian lah kat kak long hari-hari pesan suh belajar, ikah pon hari hari datang rumah suruh belajar, kiki pulak call untuk make sure kau belajar. yang terlalu malas nie pasal apa?

Angan kau jauh bukan, kau nak buat itu, banyak kau nak suara-kan kata hati kau, kat dunia, kat masyarakat, tapi kalau sekarang kau tak berjaya, masa depan kau ! kau yang akan bakal hancur kan! Terlalu banyak orang harapkan kau! sedar tak!!WEIII BUKAK LAH MATA WEIIII!! Takkan kau nak buat orang pandang rendah kat kau! banyak dah lah wei! banyak! cukup lah orang kutuk dan hina kau! takkan ko nak tambah lagi. Orang orang tuh nak kasi patah semangat kau! amik yang milik kau! biarlah diorang amik liana! amik lah semua! satu hari nanti kau tunjuk kat mereka, kau akan jadi somebody! harta dunia, sementara takpayah lah kejar kejar! pergi mampos lah diorang. biar lah diorang amik kasih sayang, amik lah harta.

tolonglah jangan kecewakan sesiapa. Kalau kau malas, kau hancur kan harapan mereka, kau hancurkan masa depan kau. kau hancur kan diri kau! wei banyak lah orang nak belajar, tapi mereka tak dapat, ko dah dapat peluang tuntut ilmu tuh! tuntut lah betol betol.

Kau nak duit! kau nak kuasa! Satu hari kau akan dapat! pergi lah belajar! jangan duduk depan laptop 24 jam, nanti lepas cuti lepak sampai pengsan depan laptop pon takpa lah wei!

Satu hari nanti, kau akan tunjukkan kepada semua, kau akan berikan pada semua.

Liana demi Allah, demi harapan mama & papa, demi diri kau, demi maruah kau, demi masa depan kau, demi kuasa, demi harta, demi bukti kan kat mulut2 yang doa kejatuhan kau dan nantikan kegagalan kau!

TOLONGLAH BELAJAR!

Sekian.

dari Liana kepada Liana.

yang benar,
FAZLIANA EDORA BT ABDUL KADIR
11:19PM
ZAGAZIG, EGYPT 

No comments: