June 17, 2010

DUIT

D.U.I.T

aku mahu.
genggam genggam!
bukan perkataan duit.
nak genggam!
DUIT AKU SENDIRI!

jadi semalam.
aku berjaya genggam duit aku sendiri!
aku dapat gaji pertama aku!!!!!!
(dengan nada suara yang bangga dan riak yang teramat)
setelah bertungkus lumus jual minyak wangi.

GAJI PERTAMA AKU!
60 LE!

sejam selepas dapat duit gaji itu.....

aku pergi keluar makan. kat...
gaji aku tinggal
separuh dari duit tuh

duitduitduitduitduitduit

dari kecil lagi aku menghidap satu penyakit.
penyakit common orang terkena.
ada ubat untuk sembuh.
tapi aku tetap berkeras tak nak sembuhkan nya.
dan penyakit tuh. semakin hari. penyakit nie..
menunjukan symptom yang semakin teruk.
penyakit gapo?
penyakit MALAS yang kronik!!
ubat?
diri sendiri.

dah lah tengah final.
jadi untuk menaikkan semangat aku untuk belajar
aku lekat kertas yang bertulis.

ALLAH, MAMA, PAPA,DUIT, KUASA, 
JANGAN BANGUN SELAGI TAK HABIS BELAJAR!

perasaan ingin pegang duit sendiri sekarang nie.
membuak buak.
sebab dua tiga hari lalu.
ada orang buka mata aku.
dan satu lagi sebab. 
aku bukak blog ini (click sini)

4-5 tahun lagi.
aku akan habis belajar.
masa tuh.
sibuk kerja.
doktor? kerja dia ada life ke?
24 jam dekat hospital.
gaji beberapa cepuk je.
tapi kerja bagai nak rak.
gambar diculik dari blog tadi.
maaf, berbau lucah sikit kartun nie punya dialog

masa tuh..
sibuk kerja kerja.
income datang dari satu sumber sahaja.
masa tuh sempat ke?
nak cari duit lagi banyak.
kalau IMPIAN
tinggi menggunung.
kalau tak mula sekarang.
bila nak mula.

aku nak ada duit.
1. untuk bagi mama dan papa duit,kereta,tanah!
2. aku nak tampung hidup sendiri.tak sedih ke asyik guna duit mak bapak.
3. aku nak bagi parents aku pergi MEKAH
4. aku pon nak pergi MEKAH!
5. aku nak bukak hospital khas untuk perempuan jak. dalam hospital tuh ada tempat facial. dan semua benda benda penjagaan wanita. 

pusat penjagaan kecantikan + hospital =
HOSPITAL EDORAEMON

bila ke-wang-an aku dah stabil.
5 benda tuh aku dah capai.
baru lah aku leh mulakan gerakkan aku.
pergi negara perang.
tolong negara yang tengah perang dunia ke 3.
lepas aku habiskan tanggung jawab aku kat mak bapak aku.
kalau lambat kumpul kewangan stabil.
macam mana aku nak buat semua tuh.
bila aku dah capai lima lima tuh
kompem!
aku ada
KUASA!
bila aku dah ada kuasa.
macam macam aku nak buat.
itu kisah B.
sikit sikit aku nak kena rancang dari sekarang.

JADI AKU PERLUKAN 
DUIT YANG BANYAK BANYAK BANYAK!!!
AJA-AJA FIGHTING FAZ!!
kawin belakang cerita


KATA KATA MUNYIT...
ehem.
tapi sebelum semua tuh
KO kena study biochem dulu-LAH FAZ!
belajar betol betol jugak.
macam mana nak gapai impian tuh.
kalo KUNCI bagi semua benda nie
KO tak buat.

jadi 
OIIII FAZZ!
BELAJAR!


OHYA HAMPIR TERLUPA.
REVOLUSI JADI MANUSIA BALIK..


KA BA BOM!

OK FAZ KEMBALI..


AKU NAK SHARE SATU HIKAYAT PANJANG.
TAPI BEST.


BACA BACA BACA!

telah dicuri dari blog hafiz.
orang tawau jugak nie geng! haha
(click sini)
__________________________________________________________

Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalanya itu.

lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.


Selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata.

wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.

adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.

lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali kerahmatullah. kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di sediakan.

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya

setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut.

si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh mungkar dan nangkir.

tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

apa yang kau buat di sini.

aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

apa harta yang kau ada sekarang

aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

dari mana kau dapat kapak ni

aku membelinya

lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni?

aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut

pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni

kat hutan mana ada orang punya pokok

adakah kau pasti

lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat

adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya sama untuk di jual.

aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.dan di hari terakhir ke 40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak tersebut.

berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut.

si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi.sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.



THE MORAL OF THE STORY-NYA DI SINI CUCU CUCU?
1.  tak senang nak jaga harta.
2. susah nak jaga harta.
3.bahaya jugak kalau ada harta banyak banyak
konklusinya? 
jd nenek! ekau kena buat perancangan betol betol!!

2 comments:

Farah Lavida said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaah~!
ak mau bha msuk hospital edoraemon!!!

edoraemon said...

haha.
boleh bha kalo ko
:D