June 14, 2010

ini kisah aku dan azmie

azmie mana?
azmie j. andai? 
hehe 
tidak tidak ini nini punya
azmee aziz?
itu pon tidak, nie kawan skolah rendah aku.
azmi farhan?
haha. tetiba masuk jimmy. nie kuliah mate aku.

no
no 
no
non of the above

apa pasal ramai betol orang nama azmie nie?
atau aku panggil azmie yang aku nak cerita ini dengan nama..
mimi.
miaauuw miaauuuw.
mcm nama kucing.

nie nak story pasal Azmie Mansor.
budak budak mrsm zaman aku.
sapa tak kenal bekas BWP mrsm aku dulu nie.

adakah ini kisah.
A. sang kancil dan sang buaya?
B. cinderella ?
C. the princess and the frog?
D. cerita pak pandir.
E. non of the above.

ok jawapan of coz lah E ,non of the above.
tuh cerita fiksyen.
lagenda time zaman kanak kanak ribena.

INI CERITA CINTA
ohooiii~
lagilah bukan.
dia adalah kawan rapat.

sebenarnya dalam post nie bukan Azmie watak utama pon.
haha
sorry lah mimi.
mesti anda kecewa jika anda terbaca nie.
hahahahhahaha
(ketawa perli)
*disengajakan selit gambar ini kerana waktu nie muka dia paling buruk, itu yang buat aku suka gambar nie*
hahahaha
(tgh ketawa kejam kali ke dua)

jom imbau kembali kisah 3 tahun lalu.
sewaktu tuh aku masih berada di Tawau.
tengah kebosanan cuti SPM.
masa tuh si mimi dah sampai Mesir,
budak tahun 1 kuliah ainshams, kaherah masa tuh.

dia ada cerita tentang kisah seseorang kepada aku.
rakan seperjuangan dia
rakan seperjuangan dia main game.

dari main game, 
mereka jadi sahabat chatting.
cuma sahabat di alam cyber.

jadi perbualan aku ngn azmie lebih kurang macam nie.

ko nak taw faz, aku ada kenal satu orang nie.
dari game,
kesian dia faz.
dia lumpuh dari pinggang ke bawah.
disebabkan acccident faz.
kalau Allah nak tarik apa apa.
sekejap je faz.

*tergamam*

aku hampir lupa.
tentang kisah mamat ini.

3 tahun lepas.
kisah yang azmie cerita kan kat aku tentang
nasib menimpa diri dia,
membuat aku membuka mata.

hari ini.
kita mungkin ada rupa, kacak jelita.
tapi esok belum tentu seperti hari ini.

harta berjuta juta lemon.
tak mampu nak simpan dalam poket.
terpaksa sorokkan dalam bank.
disebabkan sayang harta yang terlampau.
tapi kita kena ingat
macam macam boleh berlaku, 
dan boleh membuatkan harta itu hilang serta merta.

penat aku pikir perumpamaan........
yang penting..
apa yang kita ada sekarang nie.
walaupun sebesar zarah dan kita tak pernah sedar kita ada benda tuh.
kalau Allah nak tarik.
tak kira masa, 
tak kira tempat,
tak kira waktu.
dan apa keadaan sekali pon.
ching~
boleh hilang macam tuh sahaja.

bila sesuatu keadaan menimpa kita.
bila kita ada segala galanya.
ramai orang akan keliling kita.

tapi belum tentu.
bila kita dalam kesusahan.
semua mata mata yang dulu mengekori kita.
akan berada disamping kita.

itulah manusia..
itulah kehidupan..

hidup ini kadang kadang memang unpredictable 
manusia pon macam tuh.

jadi bersyukur dengan apa yang kita ada.

yang buat aku teringat balik tentang kisah ini.
kerana aku terjumpa blog dia.
dan ini sajak dia.
walaupun aku tak pandai berpuitis.
dan kadang kadang susah jgak nak paham jika ayt orang tuh terlalu berbunga.
tapi aku tetap cinta akan puisi
dan ini sajak dia..
:)

tentang diriku

kosong...


hidup aku umpama tin kosong
ditendang oleh mereka yang tidak peduli,
dibuang jauh tanpa rasa simpati,
tidak berguna setelah tiada isi,
hinggakan aku tidak lagi dihargai

sunyi,
terlalu sunyi hidupku begini,
dahulu mulutku sentiasa berbunyi,
kini ia menjadi senyap dan sepi,
dl telipon bimbit ku sntiasa berdering i love u,u love me,
kini tidak ku dengar ungkapan itu lagi
hari ini pemikiranku mulai berimaginasi,
mengharapkan segala pengalamanku ku buang ke tepi

indah...
terlalu indah ciptaan Ilahi,
mencipta sesuatu dgn sendiri,
janganlah disoal setiap ap yang terjadi,
takut diri akan dilaknati,
terimalah dugaan dengan sepenuh hati
tabah dan bersyukur itulah penguat diri
walau seteruk mana pun mendung hari ini,
pelangi masih menantiku esok hari

kemampuan,
tetapi mampukah diri ini menerimanya,
aku hanya insan kerdil yang terlalu lemah dan hina,
memerlukan sokongan untuk mendapatkan kekuatan daripada-Nya,
hanya mengharapkan ihsan dr semua,
moga diberi kekuatan dalam menghadapinya,
supaya diri ini kembali berguna..

inilah aku
dl aku berjalan menggunakan kaki
kini kerusi roda pula menjadi pengganti,
bila berkaraoke,suaraku umpama faizal tahir sedang bernyanyi.
inilah aku areyen nahar empunya diri
apa yang berlaku pada esok hari,
ku berserah padaMu Yang Maha Mengetahui


link ke blog dia.


sepatah dua kerat kata dari mulut bibir botox.
sepatutnya aku tak nak pon tulis entry blog.
lusa ada paper ANATOMY!!
tapi perasaan nk cerita tuh membuak buak!
jd tuh lah sebab aku tulis entry nie..
rasanya malam nie aku nk tutup laptop simpan dalam almari.
tak nak bukak! selama dua hari
harap2 berjaya
ENTRY TAG akan ku buat lepas exam. :).
amin~