June 03, 2010

kisah edoraemon yang ada di mesir bercerita dgn pak amad dari jepun

tersebutlah kisaaaahhhhhhh aaaahhhh
*sila baca irama tengah bernyanyi*

bukan sang kancil dan sang harimau

dan bukan jugaaaaa~ kisah cinta 

tapi?


vs


pertempuran menggunakan


ini dinamakan murid murid.
teknologi dihujung jari.
hahaha

tengok tengok! bukan orang muda je pandai guna teknologi!



laa terletak vs pulak kat gambar atas.
salah salah.

nie nak cerita pasal LIMA pebezaan antara mesir dan jepun

1. KEBERSIHAN
pak amad : kalau pak amad jalan jalan, takda satu pon sampai pon pak amad nampak, dah lah bersih, tong sampah pon tak ada. jadi nak hari tuh pak mad minum air mineral, dah cari pelusuk tokyo tong sampah, tapi tak jumpa jumpa, terpaksa pak amad buang bila tiba dihostel pak mad yang jarak sejam lebih dari tokyo. Walaupun tak ada tong sampah, negara ini teramatlah bersih
perumpamaan : "dimanakah sampah?"
nenek edoraemon : di mesir! fuhh, negara terkotor aku pernah tengok! hari tuh kawan nenek jalan jalan dekat bandar nenek, tetiba ada jatuh air dari langit, rupanya air teh, entah mucul dari pelusuk mana lah. ohya, selalu gak nampak orang lelaki kencing tepi jalan. =.="
perumpamaan :"everywhere is tong sampah kat sini"

2. MASA
pak amad : orang jepun selalu punctual, even train diorang pon punctual, kalau kat situ tulis jam 4.40 pm, dia takkan lewat, unless ada orang terjun dari landasan kereta api, sebab kat sini orang jepun rajin bunuh diri, jadi orang yang nak bunuh diri tuh pon tahu timing nak bunuh diri tuh pukul berapa sebab train pon punctual.
nenek edoraemon : seteruk teruk janji melayu, kalau janji pukul 10, pukul 12 baru datang, kalau janji dengan orang arab, janji pukul 10 hari rabu, pukul 10 hari khamis belum tentu akan datang.

3. KENDERAAN
pak amad : kat sini kenderaan utama adalah basikal, kalau kereta lalu, dia mesti bagi keutamaan kat basikal.
nenek edoraemon : kat sini kereta keldai menjadi keutamaan kalau di zagazig. kalau di zagazig orang arab bgtahu tak perempuan tak boleh naik basikal. itu aib

4. TEKNOLOGI
pak amad : kadang kadang ada ciptaan yang pelik tak terpikir dan tak berfungsi sangat pon ada diciptakan. dan ada satu mesin yang ingat tak kalau kat malaysia tuh ada mesin beli air coke, masukkan duit , lepastuh kuar lah air coke, kat jepun ada macam tuh tapi makanan makanan berat. nasi dll
nenek edoraemon : kat sini even sistem fail pelajar masih lagi guna fail kertas. -.-"

5. AGAMA
pak amad : orang islam disini 0.02 %, majoriti beragama "agama baru"  kalau dalam bahasa melayunya. cth; kalau kawin diorang akan ikut cara kristian, pengkebumian pulak ikut cara budha, kadar orang bunuh diri disini amatlah tinggi kerana tiada iman.
nenek edoraemon : disini berlaku pertembungan 4 mahzab. Kira kat sini, ilmu pasal agama tinggi, kalau dulu, nenek berfikir tak pernah nak kaitkan dengan agama, tapi sekarang sikit sebanyak, perasaan sayang pada Islam semakin meninggi :)

x-tra fact pasal JEPUN.
  1. Dorayaki dalam cerita doraemon itu tak sesedap mana pon, tak tahu lah kenapa doraemon suka.
  2. orang jepun lemah dalam BI walaupun dalam soalan BI pon grammar boleh tunggang langgang
x-tra fact pasal MESIR
  1. kat sini orang arab selalu bunyikan HON sebagai tanda signal nak belok kiri kanan, jadi diorang tak pakai singal kalau nak belok
  2. habuk, pasir, debu selalu berterbangan, sehinggakan kalau jemur kain lebih dari sehari, memang sah baju itu akan habuk macam setahun tak cuci, even pokok pon berhabuk.

ada banyak lagi extra fact. :)
tapi banyak nie je dapat dishare kan diruang sembang pada hari ini.
hehe
kata sepakat nenek edoraemon dan pak amad : negara mana yang negara islam? Mesir kan, tapi Jepun lagi mengaplikasikan cara cara yang diajar islam menepati waktu,kebersihan. 
kita sebagai Islam, kita yang mencerminkan agama kita. Jadi bila orang bukan Islam pandang kita, mereka secara tak langsung pandang jugak pada agama kita.
ANDA MENCERMINKAN AGAMA ANDA! :)
dan betapa pentingnya iman, kerana iman menghalang kita dari buat benda benda yang terlarang dan akan mengkuatkan jiwa kita. 

end

isu yang takda kena mengena dengan post ini :
tadi aku bukak ym! dapat ym dari roommate lama yang tersayang.
ohh pia! i miss u more! :)
tapi tak dapat reply sebab ym buat hal.

dan tadi pergi melawat rumah kak mimiey, kak wanie, dan kak ned!
dapat makan free!
dapat banyak muvi!
dapat banyak cerita korea!

tq tq!
penghargaan kepada mereka!
dan sekarang aku ada masalah besar, masalah nak layan cerita mana dulu!
muahahahahha



LAGI MENARIK!
dalam mencari gambar bendera JEPUN dan MESIR,
I terjumpa bendera TAWAU!
girl emoticon
saya bangga!!!

8 comments:

En iLham said...

pergh
memang banyak perbezaan antara mesir n jepun
padahal org islam dulu yang diajar ttg kebersihan ni
tp org islam jugak yg malas nak amal
sedih ble mengenangkan

amad said...

terbaik! jzk :)

edoraemon said...

ilham : tuh lah pasal. terlalu banyak pebezaan kan :)
bukan sahaja Melayu mudah lupa,
islam yang mudah lupa

amad : haha. ko tuh watak satu lagi :)

amad said...

Islam mudah lupa.. sbb tu bila yahudi serang gaza, pakat nk boikot tu boikot ni, demo sana demo sini. lupa plak nk mantapkan iman dlm diri tu. na'uzubillah..

edoraemon said...

next post aku tulis pasal boikot lah mad. haha. nnti kita buat diskusi lagi pa mo cakap? amcam? haha
wei belajar. exam ko hari nie kan

amad said...

exam hr ni dh lepas. skrg da jm 2pm la faz. exam pagi ja. esk plak ad ppr. tgh bc2 notes la ni hehe. diskusi lagi? insyaAllah :)

inn~ said...

perghh..
bendera tawau!
*muka bangga :D

edoraemon said...

bha lepas exam diskusi boikot lah kita. hahahha :P

inn, itulah pasal
gambar mpt tuh tengah. haha