June 02, 2010

saya tak ada pagar,apatah lagi cempedak

status : single
hish! bukan status tuh lah aku nak tulis.
status kali ke 2 : pokai, duit didalam poket nie. poket real, bukan poket blog nie, betol betol 20le, cukup untuk tambang i esok untuk tiba di cairo.
memang i wanna tell u-lah.

hari ini hari Cici

pagi pagi lepas subuh i tak sambung tido balik!!
waaaa* kagum dengan diri sendiri, ingatkan nak belajar,
tapi i ter-stuck depan pc, terlayan internet, last last singgah kat bilik housemate bercerita bagai nak rak, dok gelak gelak sampai nak terbalik. sedar sedar, dah pukul 8.
kelam kabut lah pagi itu aku dibuatnya, sebab exam oral start pukul 9 pagi.

fuuh fuuh *bersiap siap*Cici
tapi hari nie aku nak exam histology nak berlawa mcm artis sikit, nak tebus balik maruah pergi exam oral physiology dengan pakai baju tido hari tuh.

akhirnya, tepat jam 8.33am aku dah dalam sesi berjalan kaki untuk gerak ke kuliah.
dalam hati aku tengah bangga gila gila! 1st time aku siap lebih awal dari sepatutnya.

lalalala.Cici
memang ayu gila aku berjalan dengan muka tersenyum penuh bahagia mengharungi onak duri dan lautan api.

tetiba terserempak dengan kak wa dan aina masa dalam perjalanan nak gerak ke kuliah.

jalan jalan.

jaja pulak terjoin ktorang pergi kuliah.

jadi gerak lah kami dengan berpegangan tangan terlompat lompat cumil pergi ke kuliah.
(fiksyen semata mata)

kami gerak macam biasa. jalan ada gaya perempuan2 pilihan mak mentua i tell u honestly! :D

jadi sesampainya kami di kuliah perubatan.

kami pon naiklah tangga. (department histology tingkat 4!)

details gila nak mampus cerita aku kali nie.

kat tingkat aku. rupa rupanyaaa!!!!!! aku bukak beg!!!!


WAT THE FORK!!!
AKU TERTINGGAL BUKU HISTOLOGY PRAKTIKAL YANG KENA HANTAR HARI INI!!!

tgk jam, dah tepat jam 9.
dah lah 1st time punctual! baru je kekaguman dengan diri sendiri.

AINA!! AKU TERTINGGAL BUKU HISTOLOGY!!!


nak aku teman ke faz?


tak payahlah.


em, aina


yer?


takda apa apa.


aku teruskan perjalanan aku balik rumah. dengan jalan kaki, sebab waktu tuh aku takda duit satu sen pon untuk balik rumah. haha. sedangkan nak naik bas bukannya mahal. 50 sen je pon (30 sen malaysia)
miskin gilak kan? ahaha

aku pasang lagu. volume paling kuat!

dalam hati dok kutuk diri sendiri. time time beginilah aku boleh jadi pelupa.

aku jalan bertentangan dari orang lain.

semua orang on d way nak pergi kuliah, sebb exam dah nak start, aku pulak on the wat nak balik.

check point 1 (orang yang aku terserempak)
aku buat muka kiut kiut sedih, terserempak dengan kak pot.
kaka!! saya tinggal buku histo.

teruskan berjalan.

check point 2
mata mata diorang membulat je tengok aku jalan arah bertentangan.

check point 3
kak oya, tqah mamat ngn wanie.
saya tinggal buku histo praktikal 


kak oya, faz naik je-lah tremko.


err, takda duit.


nie 5le akak, amik lah.


err, tak payah lah dah separuh jalan dah nie.




lalalala. aku gerak lagi dalam keadaan bengang kat diri sendiri.
dalam hati aku berkata : takpa takpa, nnti boleh tulis kat blog. haha
ter-cool lah jugak sikit hati aku nie.

check point 4
intan & kak qis.
saya tinggal buku histo
dan aku terus gerak.
mata mereka memandang simpati kat aku.

check point 5.
hazim,maguyi,Q

mata diorang macam terkejut tgk aku jalan bertentangan arah,

aku tertinggal buku histo lahhh
*penat dah mulut aku ulang ayat sama nak 4 kali dah*

hazim, esok je hantar wei, aku pon hantar esok.


Q, padan muka.hahahahha


dah dah aku gerak lu. nnti lagi lambat.


check point 5.
diorang kak nick,mida,hanna.
lagi sekali saya tinggal buku histo


ala fazz..


check point 6.
kak debab ngn kak uno
*aku ulang dialog sama*saya tinggal buku histo

check point 7. nie dah jam 9.20 dah nie.
aku terserempak last skali dengan daniel.

ko nak ke mana nie faz


aku tinggal buku histo wei.


dah dah, patah balik dah lewat sangat nie
*mata pandang jam*
esok aku nak hantar, aku hantarkan sekali ko punya.


tapi aku dah nak sampai umah aku dah nie, depan je tuh.
serius time tuh muka aku paling sebak lah.Cici

aku pon gerak.

9.30 baru sampai rumah!
aku selongkar almari cari duit untuk naik teksi, tak tahan aku peluh banyak sangat
suhu hari nie nak dekat 40!! tak ke jadi pisang goreng aku sepanjang berjalan tadi tuh.

aku naik teksi.
9.40 baru sampai ke kuliah!

baru je aku rasa axilla aku yang dok basah lagi nie nak kering.

nama aku dah kena panggil untuk oral exam 

memang....

bad day.

tapi oral ok! haha. :D
lepas tuh makan kat BBQ ngn housemate,ikah dan debab.

post nie cuma nak cerita perjalanan aku nak pergi balik kuliah je pon.
wahahahahah
tuh je point dia.
bukan carpen atau apa apa pon.
walaupun panjang cerita macam carpen pon ada jugak :)
gagagagagaga.

AKU SAYANG ZAGAZIG!
*tetiba*

tema hari ini
munyit munyit
*menari nari kecomelan macam monyet*
sehingga kita bertemu lagi di hari dan waktu yang sama.
pantun sebelum akhirkan post ini.

buah cempedak diluar pagar,
saya takda pagar,
apatah lagi cempedak,
ini kan mesir?

*kena baca dengan irama pantun baru dapat jadi macam pantun* wahahahaha
maksud pantun:sebenarnya i teringin makan cempedak.
tapi takda cempedak dimesir

2 comments:

ammo said...

hahahaha!

semangat aneh btol la mu nih aneh...

klu aku da mmg ta kpth blk..pasah je tak anto...

edoraemon said...

hahahahha.
tuh lah.
perjalanan 15 minit jadi sejam 10 minit!!!
huhuhuhu