June 18, 2010

stress 10 saat

satu
waktu tido aku sudah berubah
ini bukan kes perasan.
tapi aku rasa aku betol betol dah berevolusi
menjadi VAMPIRE
ok bukan lah aku isap darah manusia.
cuma waktu tido jak berubah jadi macam pontianak.

dua
esok exam anatomy oral
takut peristiwa macam written anatomy berulang lagi!
tak ke mampos aku esok.
tido tak cukup.

tiga
badan aku terasa lemah hari ini
kerana tido dalam posisi yang amat tidak sedap.
habis urat urat semua tercabut.
masa tengah study group,
aku pejam mata (konon konon tengah kusyuk dengar perbincangan)
rupa-rupanya aku tertido.
selama dua jam!
dalam posisi yang pelik.
7 hari 7 malam aku rasa badan aku akan sakit sendi senda.
masa tgh study group td ramai sudah buat cubaan kejutkan aku bangun.
tapi tak berjaya.
aku terlalu mati shahid.

empat
aku buat mama aku tertunggu tunggu
aku kata nak call jam 4.30
rasa bersalah yang teramat.
kan tadi aku tulis aku tertido!
bila aku bangun line internet buat hal.
jam 6.30 baru ada balik
dua jam aku buat mama tertunggu.

lima
malam nie kompem tak boleh tido
sebab aku baru bangun!
kan tadi aku tulis aku tertido!
(ulang suara kali ke 2)

enam
check kat internet, tiket flight aku balik malaysia rupanya dah di-cancel
entah ribut apa melanda.
esok baru nak pergi siasat,macam mana tiket flight aku balik Malaysia boleh lesab begitu sahaja.

tujuh
plan semua bakal tertunggak
sebab tergantung.
rujuk balik no enam.

lapan
esok anatomy
ilmu didada untuk esok belum cukup.
jadi lepas nie aku gerak pergi belajar

sembilan
aku masih mamai
sebab aku baru bangun!
kan tadi aku tulis aku tertido!
(ulang suara kali ke 3)

sepuluh
aku tipu
entry ini bukan 10 saat.
cuba tengok jam.
lebih bukan?



No comments: