July 18, 2010

kosong

ini entry kosong, sebab aku tak ada idea nak berkata kata apa. just follow the flow lah dengan apa akan aku lontarkan di otak aku yang kosong ini.

aku nak nak nak.
nak jadi kaya.
tapi duit aku yang milik aku sendiri satu sen pon aku tak ada..
aku nak jadi ahli pololitik 
tapi satu ilmu pasal politik aku tak ada.
cuma ilmu yang kosong pasal politik.
aku nak jadi pelajar cemerlang.
tapi bila datang je time belajar, kenapa liat betol badan aku gerak utk pergi belajar.
aku nak kemas bilik,
tapi macam mana nak kemas bilik kalau kotak tak ada.
aku nak ubah dunia,
tapi diri sendiri aku tak pandai nak ubah ubah.

NAK!
TIGA HURUF SATU PERKATAAN.

semua benda boleh dapat.
semua benda kita boleh buat.

bila semua benda yang kita NAK tuh kita serta kan dengan alasan kenapa kita tak dapat.
sampai bila kita akan maju?
sampai bila kita akan dapat benda yang kita NAK tuh.

bila nak buat sesuatu,
kita akan bagi 1001 satu alasan.

kita akan mencari 1001 satu alasan untuk mengejar sesuatu kegagalan,
kita akan mencari 1001 satu jalan untuk mencari kejayaan.

dari penat gunakan otak tuh gunakan utk fikir alasan,
gunakan utk cari jalan~

dah lah faz,
pergi gerak cuci baju.