August 22, 2010

ini lagenda si kecik

di suatu pagi yang dingin...
ketika baru sahaja habis sahur.
datang lah makhluk kecil seperti biasa.
entah dari sudut mana dia tiba ada di tepi katil aku nie.

jadi pagi itu.
tak dapat lah mata aku pejam kan mata utk tido lepas subuh.
kebiasaan sejak duk kat rumah nie, aku akan tido lepas subuh.
kecik bha!! kakakmu mo tidooo!!
malam berjaga. siang ter-tido
(rutin menjadi pontianak seperti waktu exam dah kembali)


nak di jadikan cerita.
petang tuh mama bagitahu aku
dari sahur, makhluk kecik tuh tak dapat pejam kan mata.


kakak baik : ma, kenapa si kecik tak dapat tido?
mama : sebab semalam dia tengok cerita melayu, dia takut dapat hidayah.
kakak baik :  haaaaaaaaaaaa??
mama : cerita melayu tuh, cerita pasal seorang lelaki yang dah terpesong, lepas tuh dia mimpi seram sebab dapat hidayah dan bertaubat
kakak baik :hahahahahahhahahah~ pelik benar pengajaran yang dia amik. Orang sepatutnya takut buat dosa, dia plak takut nak tido takut dapat hidayah untuk buat kebaikan.. hahahahahhahahahahahahhaha

mama : adik pergilah terangkan kat johnnny tuh pasal hidayah, risau mama nanti malam dia tak dapat tido.



*bergerak lah aku dengan penuh ayunya berjalan untuk menerangkan kat si kecik tentang hidayah*

si kecik dok kusyuk main game depan tv

kakak baik :  yang.. ooo sayang, mama bagi tahu kakak tadi. johnny takut nak tido? takut dapat hidayah ke yang?
si kecik : yaa.. (sambil muka kusyuk main game)
kakak baik : yang mimpi seram tuh, orang tuh dapat sebab dia dah banyak buat dosa dosa. Allah nak bagi dia kembali ke pangkal jalan. Jadi, nanti kan bila sayang dah besar, sayang jangan lah buat dosa ok? dosa johnny belum di kira tuh, tunggu matang tuh baru di kira.
si kecik : macam mana mahu matang tuh macam mana?
kakak baik : tunggu johnny mimpi johnny dah kawin, baru johnny dah matang.

lalalala.
*misi berjaya!!*


hari ini plak....
jalanlah dengan penuh lenggang lenggok nya aku pergi ke bilik untuk menghadap laptop aku yang tengah di jangkiti virus! (semua salah adik adik aku. satu satu nanti aku belasah!!eeeeeeeeeeeeeee)
tiba tiba, ada plak makhluk kecik tuh duduk di atas katil aku sambil pegang pad.

si kecik : apa nie?? sambil pegang pegang.
kakak baik : roti, hahaha. napa nak makan ke yang?
si kecik : eee..tak mau. kenapa perempuan kena pakai?
kakak baik : sebab perempuan kadang kadang berdarah. hahaha
si kecik : huh?


*aigooo.. payahnya nak explain*
bangun, lariiiiiiiiii~~ haha


berapa minit kemudian.
aku kembali masuk ke bilik.
makhluk kecik tuh masih lagi memegang pad.
kenapalah-ingin-tahu-dia-kuat-btol
tapi kali nie ada plak mama tengah terbaring di tepinya.


mama : adik, haa, datang sini, terangkan kat johnny. kenapa perlu pakai pad.
kakak baik : owh, haa. nie perempuan nanti dia akan berdarah.

AAA..AAADUIIIII~
dah kena cubit.




mama : tadi mama dah terangkan kat johnny.. tadi dia tanya..

(lakonan adegan mama ceritakan kat aku)
******
si kecik : mama, mama, apa nie?
mama : nie pampers perempuan..
si kecik : kenapa perempuan pakai nie ma? perempuan kencing banyak ka?
mama : a'ah, kalo perempuan dah besar perempuan kencing banyak..
si kecik : kenapa kat tv kata selesa kalau pakai? selesa ke ma?

******

dan aku muncul.. kembali sebelum flashback mama cerita

kakak baik : hahahahaha. kencing? hahahahahhaha
mama : adik kan doktor. terangkan kat dia.
kakak baik : ok ma
kakak baik : sayang dok tanya dari tadi. sayang nak pakai ke yang? haha, nie perempuan pakai kalau dah matang.
si kecik : macam mana tuh?
kakak baik : ingat tak kakak hari tuh cerita kat johnny kalau lelaki matang dia mimpi kawin, kalau perempuan maaaaaaaaaaaaaa... aaaaaaaaaaaaaaaaa.. sakit sakit sakit
(kena cubit lagi dari mama)


ok. kali nie aku menyerah kalah nak explain!
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~






ps1: laptop aku rosak
ps2 : terpaksa tulis entry guna pc rumah
ps3: muka aku rosak sebab tadi pagi masa aku menggoreng aku terbalikkan dengan kasar.
muka kena minyak.
ps4: rindu nak main ngn budak budak, baru je hbs kenakan adik kiki yang darjah dua tadi! :P