August 29, 2010

MAKE UP(ini bukan tips kecantikkan)

benda wajib aku tempek kat muka sebelum keluar.Cici

  1. cream
  2. foundation
  3. compact powder
  4. eye shadow
  5. eye liner
  6. blusher
  7. lip liner
  8. lipstick
rutin harian setiap kali berjalan. aku akan mulakan langkah dengan bismillah.hehe


sebelum tapak kaki melangkah keluar ke rumah.
muka mesti di tempek tempek.
beberapa bulan lalu, aku mulakan misi tanpa make up selama seminggu
serius wei! tak bertahan.
rasa macam makhluk asing berjalan di lorong lorong gelap ketika berada di tempat orang ramai
(nie lah padahnya kalau dah terbiasa bermake-up)

jadi setelah setahun tak balik Malaysia.
aku dah plan nak date ngn abg tersayang aku kat pkns.
tak lain tak bukan faz1 : fazlan fardiansyah bin abdul kadir.
atau nama pames dia abg Jerry.
sepanjang aku ada di Tanah Melayu dia sanggup ponteng kuliah.
terima kasih diucapkan.
nanti adik bagi kat abang kad raya!

jadi dengan penuh sabar,
hari pertama aku jumpa abang aku..
tunggulah aku dengan penuh ayunya di pkns, Shah Alam dengan sabarnya
selama sejam sebab tunggu dia habis kuliah.

1st perkataan keluar dari mulut abang masa jumpa aku.

"waaaa"  

Cici"napa adik abang nie makin cantik ka abg rasa?"

"TAK!muka dah macam orang tua! hahahahahahaha"

Cici

masa hari ter-akhir aku kat tanah melayu hari tuh.
Ajis ngn abg aku dok bersubahat gelakkan aku sebab Ajis kata abg aku nampak lagi muda.

FINE!

jadi dengan itu setelah sampai tawau cuti nie.
aku cuma pakai
  1. bedak
  2. eye liner





oiitt..cerita belum habis lagi.!!

then, 
minggu lalu...
aku dan family keluar makan.
masuklah aku ke dalam kereta.
lepas tuh duduk lah di bangku kereta.
si kecik pon tegur.

"JELIKNYAA..BULU MATA!"

"haaa? semua manusia ada bulu mata lah yang oiiiii~"

"ndakk..kalau you ada benda lukis lukis di mata terus nampak jelik nie."

jelik = hodoh


maksud tersirat si kecik : kalau aku pakai eye liner pon dia rasa buruk!

aku ingatkan bm aku teruk, teruk lagi budak kecik nie.haha

FINE!


jadi...
semalam aku pakai bedak je!
jadi semalam aku keluar rumah.
dengan budak kecik, mama dan twinkle.
nak hantar adik perempuan aku pergi facial.
lepastuh pak cik teksi tuh ingat aku adik kepada twinkle!!
HAHAHAH
twinkle tuh tingkatan 5!!

then?apa point entry nie?


CiciNAK BAGITAHU AKU DAH TAK SUKA PAKAI MAKE UP
DAN AKU NAMPAK MUDA!
KALAH BUDAK 17 TAHUN.


Cici
LALALALALA
(menyanyi dengan penuh bahagia)