August 04, 2010

pagi

pagi yang mulia ini
takala jam loceng yang ada di bahu katil ber tik tok tik tok dari tadi
macam nak hempas sahaja jam tuh ke dinding.
*emo*
sebab dah jam 2 pagi kalo tak silap gua.
tp mata gua masih lagi terbeliak macam hantu.
erghh~ macam burung hantu.
dah lah gua tengah duduk di bucu bilik sorang sorang, sempat lagi gua menakutkan diri gua ini.

lama sudah tidak menconteng arang diblog sendiri.
banyak nak terkata.
tapi banyak tak terluah.
kerana..
gua takut diri gua membosankan pembaca.
semakin banyak follower, semakin risau nak berkata.

facebook pulak rasa tiada privasi,
semakin ramai orang ada di facebook.

hmmm.

lawak lah gua rasa.
guna perkataan "gua" rasa macam minah rempit pon ada jgak.
dah lah kali terakhir gua naik motor masa darjah dua.
ada hati dan hempedu lagi nak jadi minah rempit.

minggu depan ramadhan menjelma.
result exam masih belum dengar khabar berita.

terlampau teruk sangat kah result kami sampai mereka ragu ragu nak keluar kan tuh?

sudahlah. gua penat merepek.
dah lah takda kerepek.
bila sampai malaysia,
perasaan menjadi kosong.

ada duit salah,
takda duit salah?

bila di fikir fikir masak masak,
sambil main masak masak.
gua rasa biarlah orang nak anaiya, gua sanggup terima.
sebab gua dah biasa.
tapi gua tak sampai hati tengok hati orang lain terluka.

arrghh~ serabut.
gua pelik, cepat betol gua rasa bersalah.
gua pelik, dulu gua paling tak suka tengok orang meng-judge seseorang.
tapi sejak balik malaysia, pandai pulak hati ini terdetik nak judge orang.
gua pelik, semalam gua singgah masjid, untuk solat magrib, sunyi dan kosong masjid itu, tapi kalau di Mesir, sempat lagi gua terkeluar dari masjid sebab terlalu ramai wanita berebut rebut nak kejar solat berjemaah.
gua pelik, cepatnya hati manusia berubah.
otak pon boleh berubah.

sesiapa sila tampar gua bleh?
*sambil menghempas hempas kepala ke dinding*
emo sangatkan gua malam nie?