August 31, 2010

Tido petang

itulah sebab kenapa saya perlukan blog :)
supaya simpan semua memory
kalau ada diary pandai nie hilang-hilang
*tersenyum bahagia seperti budak dalam gambar tuh*


sedang nikmat aku melentok kan kepala aku dibantal petang itu.
dengan suasana yang agak romantik.
angin sepoi sepoi bahasa bertiupan terkena muka.
dengan posisi memang sedap untuk terlena di petang dingin di Tawau waktu itu.
sedap mata memandang,sedap lagi perasaan aku yang ingin terlena ketika itu.

tanpa disedari.
rambut ku seperti diusap usap.
ada hantu kah petang petang buta macam nie.?

rupanya makhluk kecik yang baru balik di sekolah tengah mengusap usap kepala aku

eeee..kerasnya rambutt! tapi kan, kalau dalam tv selalunya perempuan lembut  nie rambut dia.

dah kakak tak sikat rambut,nak tertido mestilah keras.

(penggunaan bahasa dia memang lagi teruk dari aku sebab dia sekolah cina)
dalam hati : kalau nak usai tuh usai,nie kacau orang nak tido siap complain.

macam boleh patah nie rambut.

 OK. (takda mood nak melayan,sebab feeling nak tido petang menguasai diriku ini)

u nak tahu.. ada nie cerita balu..

haaaaa?? balu?? siapa mati suami?

cerita balu bha.. baluuu~

(sambil kepala dia lentok tertido kat tepi aku,mencuri curi sikit ruang bantal aku)

BARU!!! cuba sebut R!! baru bukan balu! 

siapa yang balu?

yang, balu tuh isteri yang dah mati suami bha sayang.

i tanya siapa, bukan apa... hahahahaha

betollah jawapan kakak. siapa sebab balu tuh manusia.haha. kan dah malu!! dah lah pergi main jauh jauh, kakak nak tido.

(sepanjang petang tuh kami end up bercerita pasal cita cita, gaji dan masa depan, topik budak 10 tahun bawa aku bercerita)

yang yang.. nak tahu, nantikan kalau kakak dah kawin kakak nak beli lori sebab kakak nak ada anak banyaaaakkkk..

i nak beli ferari..

eleh ferari tuh dua orang je boleh muat!neehh tgk kakak,bleh buat banyak orang. haha

i punya ferari bleh buat 5 orang, mama duk kat sebelah anak anak i 3 orang kat belakang.

isteri sayang? yang mo campak mana?hahaha

hehe,nama suami u apa?

eee...manalah kakak tahu, kakak belum kawin~

nama anak, bagi tahu lah. bisik kat i. bagitahu lahhhh..

jauh kedepan betol adik aku sorang nie berfikir.

in the end, kami dua tertido sambil bercerita, dan dia telah menguasai bantal dan aku tertido kat atas tilam sahaja.

nampak tak tektik halus dia nak rampas tempat dan tilam.

setiap malam budak kecik nie dah dekat seminggu tido kat tepi aku, 
adik perempuan aku terpaksa sorong bantal ngan selimut pergi tido tempat lain.

rutin petang aku kat rumah pulak sebelum berbuka kalau siap prepare meja untuk berbuka,
aku akan main kejar kejar ngn dia sejak 1st day puasa.haha

sayang,sayang kalau kiss2 kan time bulan posa, posa makruh nie..

makruh tuh apa?

makruh tuh pahala terkurang sikit!hahaha

*kejarr!!!!!!*

sesungguhnya saya seorang kakak yang baik.haha





john john.
iloveusayang!