September 04, 2010

rumah 2

semalam...
lepas habis je berbuka puasa.
aku dan sekecik duduk lah di meja makan berdua.
melepak lepak bercerita kisah kisah kedai kopi bersama dia.

tetiba terdengar lah suara papa dari ruang tamu.

"bagi makan kucing!! kesian dia kat luar tuh tak makan lagi"


aku apa lagi, cepat cepat menyorok dibelakang dinding



supaya papa tak sedar kewujudan aku,
biar sekecik yang amik tugasan.


yes! berjaya, arahan jatuh kepada johnny.

"johnny, dengar tak papa kata, amik makanan bagi kucing makan dari siang lagi tak makan."

si johnny pon berkata.

"kan bulan ramadhan papa, kucing pon puasa, tuh lah siang siang tak bagi makan"








bertuah betol adik adik aku nie.