October 19, 2010

kawin

dah masuk minggu ke dua aku dah tiba di bumi mesir ini
baru sekarang aku gagahkan diri yang gagah perkasa ini untuk menulis blog.
tengok tajuk tuh~
seribu satu makna kan kan kan

*blush blush*


rasanya dah lama aku tak menconteng arang di blog sendiri.
aku rasa seperti kehabis kata kata.
sibuk kuliah lah katakan. haha
(scene nak tunjuk baik sikit)

sekarang nie mungkin awal awal kuliah.
semangat tuh masih merah membara lagi.
seperti darah kambing betina kena sembelih. haha

harap harap semangat nie tidak luntur di telan dek adun waktu jam yang berdetik tuh.
aku tengah touching doh sebenarnya nie.
laptop aku tengah rosak sikarang.


yang nie pon aku menumpang kasih laptop housemate aku.

ok ok aku nak bercakap pasal KAWIN bha nie sebenarnya
entah macam mana lah terpesong gi cerita pasal laptop rosak.
(dengan muka innocent aku berkata, sebenarnya aku berharap parents aku baca entry nie. kesian aku, takda laptop dua hari nie)

sejak aku balik dari mesir.
hari hari mesti je ada topik kawin.
before balik mesir time aku tengah lepak lepak di Tawau pon topik kawin jak aku dengar.

ok ok. adakah ini petanda jodoh aku dah dekat?
jeng jeng jeng.



hehe.
masa kat Tawau hari tuh, sebab aku dok feel feel baca novel melayu.
biasalah kalau novel bm yang alaf 21, mostly memang rata rata sipnosis cerita dia pasal kawin kawin
paksa jak aku suka beli.
haha

jadi hari tuh,
masa last day aku kat tawau.
duduk lah aku dengan ayunya di dalam kedai spa.
time tuh aku dah habis dah buat rawatan facial, tengah tunggu adik aku je lagi.

jadi dikala keboringan melanda diri ini.
aku pon buka lah novel yang tengah aku baca.
nak kasi habis novel tuh.
kalau tak silap aku ada lah lagi 10 ms belum habis.
kisah kawin paksa jugak tuh.
*giggle*

kakak kat kedai facial tuh pon tegur daku.

"ehh, adik suka baca novel?"


"ya kak, hehe. biasalah kan kak, remaja "


"itulah masa zaman kakak muda muda dulu kakak pon suka baca novel"


"best bha kak. feeling nie kak kalo baca novel, kakak sudah kawin ka kak?"


"sudah kawin bha dik"


(haaa?? aku sendiri terkejut kata kakak tuh kawin. actualy saja je tanya sebab takda topik nak tanya akak tuh)

"eyaaaaaaaaaaaaaa??? waaaaa...kak.. kak.. erm, kalau kawin kan kak kan, best ka macam dalam novel?? hik hik hik"
sambil tersipu sipu malu daku bertanya tuh. haha

"langsung ndak!!"


"haaa?? eya bha kak!" terus hilang perasaan nak kawin nie..

"hehe, ndak beh, lagi best lagi taw kawin dari yang kamu baca dari novel..."


"waaaaaaaaaaaaaaaaaa... bestnyaaa!!"


"jgn kamu pikir kawin! kasi habis belajar, kamu tuh masih muda"


lepas tuh aku pura pura tershipu shipu malu.

dalam hati..




kawan kawan aku pon dah ramai dah yang bertunang.
kawan aku kat tawau pon ada sorang dah kawin.
bila dah ada kawan yang dah kawin.
nanti muncul satu musim bila semua dah ada anak.
diri ini terasa tua lah pulak tetiba.
*emo*


ps : saya nak kawin dengan lelaki pemalu. rawrrr~