December 10, 2010

bila aku rasa macam sampah

ini entry emo bukan elmo walaupun font nie berwarna merah

dah lama tak tulis entry blog.
tup tup tup.
entry emo aku letak.
hentamlah labu.sebab aku rasa hari nie aku macam sampah.

10 sebab kerana aku rasa aku macam sampah



kau akan rasa macam sampah bila.

#1 kau rasa diri kau terlalu banyak bercakap sampai satu tahap kau rasa orang pasti akan pekak dengar suara kau tanpa henti.

#2 kau rasa diri kau terlalu banyak berfikir yang tak mendatangkan manfaat kepada diri kau sendiri, tapi mendatangkan masalah dikepala.

#3 kau buat benda yang TERANG BENERANG dah memang salah tetapi kau tetap buat, sebab ikut lah sangat "naluri hati"

#4 kau akan rasa sampah bila kau habiskan seharian kau dengan duduk depan laptop, habiskan seharian kau hanya terbaring dan tak buat apa apa.

#5 kau akan rasa lagi sampah bila kau kecewakan hati orang orang yang kau sayang.

#6 sampah ke 6 ialah bila kau habiskan duit, tapi kau tak nampak duit tuh pergi ke mana.

#7 kau akan rasa lagi sampah bila kau rasa diri kau semakin jauh dari agama.

#8 dan bila kau buat orang yang sayang kau menangis sebab tindakan tindakan bodoh kau.

#9 kau rasa lagi terlagi sampah bila kau cuba halang diri kau dari suka benda yang kau suka sebab kau tak nak kecewa.

#10 dan kau akan rasa paling sampah bila kau terbangun pagi untuk solat subuh, tetapi kau tertido, dan kau terlepas solat subuh.


dan hari ini aku namakan
hari aku rasa macam sampah yang bahagia yang tak reti cakap arab.


bahagia : sebab hari nie aku dapat makanan sedap. kak long masak. hehe