December 19, 2010

nenek nenek. ini nenek belum bongkok lagi

aku ada menghidap satu penyakit.
yang amat amat jarang sekali terkena oleh manusia normal.
yakni

 "PENYAKIT RAJIN UPDATE BLOG TIME EXAM"

kalau musim test/exam je, asyik ada je benda aku nak tulis kat dalam blog.

kalau manusia waras. time time genting macam nie diorang guna untuk belajar.
takpa takpa.
satu entry jak nie



aku nak kisah kan tentang kisah aku menjadi nenek.
kalau diikutkan, bukan dalam blog sahaja aku letak nama
NENEK EDORAEMON
kat dalam facebook aku pon aku letak nama yang sama
biar glamour gituew nyah oiii!! blog aku kalau letak nama
cumil cumil dan tua tua macam nie.
tapi dun worry, sudah menjadi lumrah, orang yang memang kenal aku dari zaman skolah menengah sehingga ke hari nie tahu bahawa kalau guna nama Edoraemon, insan itu ialah aku.


BABAK 1

jadi nak di jadikan cerita.
masa cuti summer hari tuh kat Malaysia,
aku keluar lah ngan seorang kawan aku nie,
kebetulannya pulak, next day tuh mak dia pon turun ke KL.
*time tuh aku kat KL bukan kat sabah*
jadi nak di jadikan cerita tak tercerita cerita tuh.
aku berjumpa dengan mak kawan aku.


girlemoticondengan lembut dan ayunya aku menengur mak cik






"assalamualaikum mak cik, mak cik sihat??" *sambil salam cium tangan lagi aku time tuh!*


"waalaikumsalam, ini ke nenek tuh??"


"errrr, a'ah nie lah nenek"


terus aku gerak gi bisik kat kawan aku....

"wei, apsal mak kau panggil aku nenek wei??"


"padan muka, sapa suruh letak kat facebook nama nenek, mak aku ada facebook doh"


BABAK 2

ini pulak kisah ke dua.
berlaku masa cuti raya haji hari tuh.
memandangkan aku beraya kat rumah kawan arab aku sampai ke waktu malam,
jadi aku kenalah hubungi mushrif,

(kat sini perempuan susah nak keluar malam, kalau nak keluar malam pon mesti ada mushrif)
mushrif : lelaki yang kena teman keluar, tapi ada syarat.

treett treett
(bunyi aku tengah calling mushrif)


"hello, assalamualaikum"
"waalaikumsalam, siapa nie?"
"ini faz"
"faz mana erk?"
"NENEK EDOREAMON"
"laa.. nenek rupanya"


girlemoticon
aku



BABAK 3

ini pulak berlaku minggu lalu,
ketika aku selit selit curi curi masuk kuliah Uni Ain Shams kat Cairo.
aku rajin gak selit masuk uni nie, tapi untuk tahun nie, ini baru 1st time.
time tuh aku gerak lah g surau diorang.
terserempak ngn seorang budak uni diorang.
tetiba dia tegur

"eh nenek! bila sampai cairo nie?"


pulak dah.

rasa rasanya orang lagi kenal NENEK EDORAEMON dari FAZLIANA EDORA.girlemoticon

plan kat otak : kalau aku bukak klinik aku nak namakan

 KLINIK NENEK EDORAEMON. 
(nenek yang mesra kanak kanak)






ps: in denial.