December 18, 2010

pendapat tentang Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"

ini bukan entry berbau tahik keldai atau berbau busuk
entry faz serius

malam semalam, aku susah nak lelapkan mata.
nak dekat pukul dua pagi lagi.
mata aku masih lagi degil degil untuk memejamkan mata.
gara gara aku post kan satu link dekat facebook.
link pasal pengakuan si Azwan Ismail

pengakuan berani dia yang dia mengaku kata dia gay.

lepas tengok video utube nie.
aku rasa macam nak tergelak.
gelak gelak sambil geleng geleng kan kepala.....
"kenapalah dia nak jadi gay kan??
kan dia Islam."
lepastuh aku terus membuat andaian kata makin hari makin ramai gay dalam Malaysia.
dan semua lelaki gay (sila abaikan statement nie sebab nie cara aku nak sedapkan hati aku yang tak sedap nie)

lepas tuh aku tegok respond orang kat Youtube dan di wall facebook aku sendiri.
rata rata. semua orang kutuk dia.
ikutkan memang lah dia buat benda salah.
aku tak cakap dia menjadi gay sesuatu yang betol.
masa terbaring nak lelapkan mata aku.

persoalan ini bermain main di otak aku.

"Siapa lah aku nak kutuk dia. siapalah aku nak pandang rendah kat dia.
Aku takda hak pon nak hukum sesiapa.aku bukan tuhan"

aku tidur dan berdoa agar Allah ampunkan dosa dia dan harap harap dia akan menjadi straight semula.

serius aku dihimpit rasa bersalah dengan insan yang aku tak kenal nie.

tengah hari tadi aku ber-calling
dengan sepupu aku yang berada di negara lain.

memberi pendapat dia dan kawan dia tentang isu ini.

"Liana, cuba kau pikir, kalau kau ada anak, dan dia mengaku kat kau kata dia gay.
takkan kau nak hukum dia, kutuk kutuk dia.
ingat kan dia, pasal neraka, syurga, ayat Quran.
 kalau orang yang memberontak nie Liana,
kau lagi lawan, lagi dia nak memberontak.
mesti kau amik langkah nak bagi nasihat dia pelahan pelahan. dan tarik dia ke pangkal jalan bukan.?
tapi masyarakat kita akan amik langkah dengan buang dia dari masyarakat. dan kutuk kutuk dia.
cara itu bukannya boleh bawa dia kembali ke pangkal jalan. cuba kau fikir apa mesej yang sebenar dia nak sampaikan dari video nie??"

"aku rasa dia nak cakapkan atau katakan, kita mesti berani menjadi diri sendiri?? walaupun cara dia salah.."

"betol tuh, Islam tak ajar kita nak hukum seseorang, Islam ajar kita untuk selesaikan masalah, bukan nak hukum seseorang selepas dia melakukan kesalahan. cari jalan penyelesaiankau rasa kenapa ramai insan yang mengandungkan anak luar nikah akan mengambil langkah buang anak? kerana masyarakat di Malaysia akan hina dia, kutuk dia, perli dia. Liana, semua orang melakukan kesalahan...

kau akan tengok. bila kau dah habis belajar, berada dekat malaysia, mesti banyak pergaduhan dengan insan insan yang belajar dari negara berbeza."

"sham, kau tak rasa ka, gadoh gadoh macam tuh, tak ada manfaat, gadoh kosong, semua nak betolkan pendapat diorang, tegakkan apa mereka rasa, tapi pada masa yang sama aibkan sesama sendiri, Islam takkan maju kalau macam tuh."

"a'ahkan, kemenangan kosong. berbincang bincang mesti disertakan dengan ilmu (:"

konklusinya, jangan menghukum seseorang, buang seseorang gara gara dia telah melakukan kesalahan. 
DOA, nasihat, bantu dia.
kutuk kutuk dia,takkan memberikan kita pahala.
Orang yang beragama Islam sendiri yang buat orang bukan Islam pandang Islam itu macam mana.

Islam itu indah (:




This is such a powerful message. It shows that verbal abuse can hurt as much as physical abuse. That saying “Sticks and stones may break my bones but words can never hurt me” is, in fact, a lie, in my opinion. Words do hurt. A lot.