December 28, 2010

polizik.

bila aku kecik kecik cili boh dulu
aku asyik tertanya tanya.

"apa tuh politik?"
entah berapa juta kali dah aku tanya kat mak bapak aku,
meraka dah explain, still aku tak paham.
biasalah budak budak kecik, selalu berimginasi nak jadi sailormoon,
mana lah nak dengar mak bapak explain pasal politik.
kerja tanya je lebih.
apatah lagi budak yang dikurniakan mulut besar macam aku nie.
soalan banyak, bila orang dah jawab bukannya aku nak dengar.

pak cik, mak cik, datuk nenek, uncle aunty. nenek moyang.

asal nak dekat pilihan raya tuh.

hyperactive plak mereka bercerita pasal politik nie.

kefahaman budak cili boh,
politik tuh kita letak hurup X tepi lambang bendara hijau, biru, kelabu.
jap ada ke lambang kelabu? hentamlah labu

yang penting ada lambang lambang, sebelah lambang tuh ada simbol X.

lambang ke, kumbang ke, yang aku tahu.

bila aku kecik, aku rasa politik tuh satu topik yang bakal aku bercerita ngn kawan kawan.,dah budak budak cili boh, kalau amik tahu pasal politik time hingus pon dok meleleh leleh lagi, mandi pon masih lagi mak yang tolong mandikan,
itu memang ajaib bin kronik.

kalau time kecik, kita dok sibuk cerita pasal power rangers, dragon ball.

time tuh bagi aku, tak payah lah paham sangat pasal politik,
suatu hari nanti
benda tuh bakal menjadi topik perbualan bila aku dah besar.

bila aku dah besar 10 hingga 20 cm dari cili boh,

aku makin paham, pilihan raya dan kaum sejenis dengannya tuh,

time tuh walaupun dah paham,
tapi still buat tak endah.

jiwa remaja, layan novel jiwang sudah.

satu benda yang aku sedar,

orang yang selalu cerita pasal politik nie
cakap cakap bagai nak rak,
sampai ada emotional up sikit bila bercerita pasal politik nie.

kenapa kita kena sokong si sekian sekian.
kenapa pesatuan pesatuan sekian sekian lagi bagus.
parti sekian bin sekian adalah paling terbaik!

last last, bercakap dan pertahankan sekali perubahan dia kemetot je.

emosi lagi lebih dari perubahan.

tapi sekarang,
yang comelnya.
baru aku nampak orang sebaya aku pulak berjiwa seperti golongan orang tua yang bercerita pasal politik

semua orang ada pendirian mereka sendiri.
kenapa mereka nak sokong bukhari
ataupun syazwan kan.

manusia,setiap manusia ada pendapat mereka sendirikan?

rambut sama hitam, hati lain lain,

tapi aku lain, rambut violet.
biasalah nenek urban. haha

hormatilah pandangan orang,
jangan hentam menghentam,
tapi tak sedar jiwa orang lain terlentang pulak nanti kita terlalu beremosi dalam berkampen.

kalau kita nak sokong orang yang kita sokong,
janganlah sampai menjatuhkan maruah pihak lawan kita.
kan kita bakal jadi doktor,
act professional.

kan dok selalu kata UKHUWAH.
jangan lah undang PECAH BELAH plak.

dua dua ada kelebihan mereka tersendiri kan?

chill sudah.

tadi dekat kuliah
ada doktor cakap

"orang malaysia nie, Terpapar besar besar MALAYSIAN day kat bawah, tapi student malaysia tak belajar jugak pon"
dekat depan anat museum kan ada buat pameran pasal malaysia. 
pedas doh, memang menusuk kalbu jiwa dan raga naluri kewanitaan i. auch!

politik politik jugak.
emo emo jugak.
jangan lupa belajar.
kita nie bawa nama malaysia.

ps : doktor arab tuh tak lah cakap dalam bahasa melayu.
saja eden nak bg penyedap bahasa.


entry nie sebenarnya niat aku nak suruh diri aku belajar.
bukan nak kecek pasal politik pon.
jom belajar!