December 25, 2010

sebab kenapa aku undi doktor syazwan :)


sebab kenapa aku undi doktor syazwan

satu.
aku langsung takda niat untuk berkampen
tetapi ini cuma entry kenapa aku sokong doktor syazwan untuk jd pres kita.

dua
takda kena mengena kerana doktor syazwan minat doraemon.
itu hanya melawak (sebab aku sememangnya nakal)

tiga
ini bukan luahan perasaan cinta/ skandal dekat dr. Syazwan
memang langsung keluar topik.


bila memasuki persatuan,
apa yang kamu harapkan?

adakah kamu akan masuk sesuatu persatuan tuh sebab 

"ok, aku tinggal di Tawau, aku amik medik, jadi aku TERPAKSA masuk persatuan PERUBATAN TAWAU tuh sebab aku pelajar medik yang tinggal di Tawau."

atau

"giler bapak! hebat nie persatuan nie! aku nak ikut wei! sebab aku tahu, persatuan nie dengar apa idea aku, apa yang aku nak buat dan persatuan nie aku tahu dapat pergi jauh tanpa nilai luaran aku."

sebelum aku sampai kat mesir
sumpah! aku tak taw langsung tentang persatuan persatuan yang ada kat sini.
memang pada asalnya bila kau sampai ke suatu tempat untuk belajar.
semestinya tumpuan kau hanyalah pada aim kau,

6 tahun belajar, aku grad dan aku nak jadi doktor.

tapi perbezaan bila berada di mesir nie

kau bukan nak jadi doktor semata mata hanya tahu sembuhkan orang.
tolong orang
ataupun gaji tuh up sikit dari perkerjaan lain.

tapi bila di mesir~ perasaan nak jadi doktor bukan doktor biasa.

aku nak jadi doktor yang luar biasa.

bukan setakat berilmu, tapi aku rasa aku nak bantu masyarakat aku, negara aku dan AGAMA aku.

sebab apa aku sokong doktor syazwan,
aim dia jauh, macam yang aku fikir.

semua manusia, ada cara dia berfikir, dan idea idea yang berbeza.
bagi aku untuk melahirkan sesuatu persatuan kita bukan nak dengar pemikiran satu kelompok tuh sahaja.
kita kena dengar suara semua orang yang rasa tak puas hati.

kita dengar.
kalau tak puas hati.
jangan bangkang bulat bulat.
amik, dengar, dan selesaikan.

buat satu persatuan bukan ada sekelompok yang masuk persatuan tapi dengan perasaan memberontak.

buat satu persatuan yang semua orang nak.
bukan nya hanya sesetengah pihak je berminat.
sebab semua tuh hasil idea mereka sendiri.

ukhuwah macam mana nak capai,
kalau semua orang tak bersatu hati.

kenapa aku sokong syazwan?
sebab dia sokong apa yang aku pendapat aku nie.

satu) aim dia jauh.
satu jangka masa panjang.

dua) dia dengar pendapat.

tiga) dia ingin bawa perubahan.

empat) idea dia banyak.

dua jam aku bagi satu soalan kbkk.
memang jawapan dia mantap.
tapi lain kali aku share hasil dia :)
sebab aku nak tido.
dah jam 2 pagi.

nenek : kita nak lahirkan satu generasi yang boleh bimbing jadi doktor berguna di Malaysia.
matlamat jauh, tapi kalau sikit orang bersatu.
takkan gerak ke mana.



jom pengundi Dr. Syazwan. kita jadi Doktor yang professional :)

chill sudah, jgn emo emo :P