January 08, 2011

kenapa kamu mahu menjadi doktor?

Secara jujur luahan hati dan perasaan : dulu benak kepala aku langsung tak terlintas untuk masuk ke dalam bidang perubatan.
Suka biology masa form 5? Tidak tidak. Nehiii~ langsung tidak. Ikut kan cita cita asal aku adalah aku nak menjadi seorang suri rumah atau guru tadika. HAHAHA lawak kan? Ok ok serius.


5 saat kemudian...


Ok memang pon itu cita cita aku, sebab aku nie jenis pemalas.  Kalau sesiapa pernah sebilik ngn serumah ngan aku memang tahu betapa malas nya aku nak belajar, kalau belajar pon yang jenis belajar last last minute, bukan setakat minit kadang kadang di detik detik terakhir, itupon kalau aku nak belajar, kalau tak nak aku tak belajar langsung, main redah jawab exam. Tuh lah time zaman skolah menengah dahulu kala, aku lebih cenderung kepada sub add math, math ngn seni, sebab sub tuh aku tak payah belajar, kalau kusyuk dalam kelas, insyaAllah aku boleh score.

Tapi aku kena pijak pada bumi yang nyata,

Aku perempuan, kalau zaman dulu dulu, perempuan tak payah lah belajar tinggi mana pon, last last masuk dapur jugak, cuci baju suami, jaga anak dan buat aktiviti seorang gadis melayu kena buat.
Tapi kehidupan realiti tak seindah imginasi bukan?
Perempuan tak boleh bergantung sangat kepada lelaki, memang lelaki di ciptakan kepada perempuan, dan perempuan pon di ciptakan pada lelaki, tapi seandainya seorang wanita tuh. Dah berpuluh puluh tahun kawin, hidup dia 100 % komitmen kepada suami dan anak anak. Tetiba suami dia mati, atau tetiba suami dia cari perempuan lain (ah lelaki typical) ataupon suami dia tetiba cacat. (nauzubillah kepada teori teori tersebut). Memang susah wanita tuh nak bangkit. Sedangkan kalau korang putus cinta memakan masa berbulan bulan ada yang sampai bertahun tahun tak dapat lupa, dan yang paling tragis lagi sampai ada bunuh diri lagi sebab cinta, kalau bab bab rumah tangga lagi korang bayangkan betapa payahnya nak bangkit semula.

Ok disebabkan itu, lepas je masuk mrsm dan habis spm, aku buang teori teori pelik pelik malas aku tuh, aku kena sambung jgak belajar ikut je arus nak bawa aku ke mana.

Tapi aku berada di ambang kekeliruan antara asasi undang undang, perubatan ataupon matriks.

Aku pikir pikir, sampai naik serabut otak aku untuk berfikir untuk jadi apa.

One day tuh, nak dijadikan cerita, aku disuruh karang karangan untuk biasiswa perubatan, time tuh aku main hentam je daftar perubatan, tetiba dapat.
Jd dengan mengarang karangan tuh buat aku berfikir, kalau lah aku ditakdirkan tak kawin, (macam mano nak jadi suri rumah kalau tak kawin kan) at least hidup nie aku berbakti lah pada masyarakat. Tolong orang pon jadilah, bermakna sikit hidup aku.
Aku pikir nak pergi palestine je time nak karang karangan tuh.

Hasilnya? aku sekarang  tengah berada di bumi anbiya belajar perubatan.
Dulu aku langsung tak minat, biology 10 juta kali baca pon aku rasa tak paham paham. Yelah dalam hidup aku tak pernah hapal apa apa, PAFA pon aku tak pernah buat, hafazan untuk SPM dan UPSR pon aku tak pernah hapal. Tapi perangcangan Allah tuh sungguh indah bukan. Sedikit demi sedikit aku belajar mencintai ilmu (walaupun ada lagi penyakit malas).

Dekat sini aku belajar,
Macam macam kita boleh tolong (kalau lengkap ilmu di dada)
Masyarakat, negara, agama, keluarga dan kawan kawan.
Ilmu perubatan nie menarik,
Lecturer antomy aku pernah berkata,
“Korang tak payah lah cari jauh jauh keindahan ciptaan tuhan, dekat diri kamu dalam diri kamu, banyak sangat keindahan ciptaan tuhan, macam mana keindahan sistem sistem dalam badan kita berfungsi dan bergerak. Dari sekecil kecil cell, sampai ion2 yang keluar masuk dalam cell. Kalo hayati memang menarik.”

Ilusi minda :  masa belajar nie aku nak relax relax, tak payah belajar . chill lah korang kita nie amik medik, sekarang nie mestilah lah relax dulu, kang nanti kerja payah!! Dua puluh empat jam wei kerja! Mampos. Pagi petang siang malam keluar masuk hospital takda relax langsung. Masa nie lah nak relax relax goyang goyang kaki.

Realiti :  kita nie amik medik! Kalau salah ubat atau diagnose, ko boleh bunuh pesakit, kalau tak bunuh pon at least cacat pesakit kau. Ko nak jadi ke pembunuh, kita bermain ngan nyawa orang wei bukan ngn benda.
Lecturer pathology aku pernah berkata.
“Kalau belajar medik nie kena belajar betol betol.
Selalunya masyarakat memandang PELAJAR PERUBATAN nie bukan mereka pandang seperti PELAJAR tetapi mereka pandang pelajar perubatan seperti DOKTOR.”


Natijahnya. FAZ TOLONGLAH PERGI BELAJAR!!!!!!!!! BELAJAR UNTUK MASA DEPAN KAMU DAN ORANG YANG KAU BAKAL RAWAT.






 Ps: nie entry sebab aku tepu banyak betol test bila masuk tahun 3 nie, tapi belajarnya tak.
kau bukan tak ada masa, tapi kau cuma tak reti nak urus masa