January 09, 2011

review kehidupan ? :)

Pernah tak kamu rasa terjatuh?
Kalau tak pernah, datang sini jumpa aku, aku nak tolak kamu jatuh tangga. Haha

Ok ok serius faz.
Pernah tak kamu rasa sakit?
Down?
Perasaan susah untuk bangkit, bangun semula.
Kamu ingin berubah, dari dulu lagi mulut kamu tuh non stop lah cakap nak berubah.
Buat itu ini nak pergi sana sini.
Tapi still, kamu masih ada di situ, tak buat apa apa.
Cuma berfikir untuk berubah je lebih.
Tapi tak ada yang berubah Cuma rambut kamu terpanjang dua tiga cm dari biasa.

Berubah? Kita senang nak cakap kita nak ubah. Memang senang nak niat berubah, tapi untuk ubah diri kita dari apa yang kita selama ini, tapi bila di fikirkan kita rasakan seperti satu benda yang mustahil.
Dulu masa masuk tahun satu, aku ada satu semangat yang luar biasa, nak jadi seseorang yang lebih bagus. Nak belajar ilmu itu, ini.
Tapi hari ini aku tak payah tengok cermin, aku pandang diri sendiri, aku tak rasa aku berubah menjadi lebih baik, semakin teruk dari dulu adalah.

Hidup ini kita gambar kan seperti kita nie sebuah (sebuah ke sebijik? Entam labu) kapal,
Yang nak merentasi laut.
Sebelum kita merentasi lautan tuh, kita mesti nak buat persedian kat kapal kita tuh, nak bina sebuah kapal yang hebat,fuhhh.... body kapal kita tuh mestilah diperbuat dari bahan bahan yang paling berkualiti. Isi yang kita muatkan dalam kapal tuh lah kita nak isi benda benda yang bagus bagus, yang boleh kita gunakan dan bermanfaat kan. Takkan lah kita nak bawa naik sampah pulak dalam kapal kan. Haha

Tapi dalam perjalanan nak ke destinasi kita tuh, kita akan jumpa dengan banyak cuaca, ribut petir, hali lintar ka, taufan ka. Kadang kadang pulak kita akan terlanggar ice plak jadi plak macam cerita titanic. Hehe. Tapi walaupun macam macam dugaan kita lalui dalam perjalanan kapal kita tuh, kita mesti nak kapal kita sampai ke destinasi nya  bukan? Dalam tempoh perjalanan kita ke destinasi macam macam kita akan belajar dan kita akan lalui.

Lautan : kehidupan
Kapal : jasad kita
Isi isi kapal : diri kita yang kita nak bawa ke destinasi kita
Destinasi kita ? : kehidupan selepas kita mati.
Dalam kehidupan nie seperti laut, walaupun kita dah rancang macam mana pon perjalanan kita, kita dah target nak gerak tempoh berapa lama, tapi dalam perjalanan kita tuh mesti kita akan tempuhi banyak onak dan duri dan lautan api. Hee~ mestilah kita akan tempohi banyak rintangan, pahit ka, manis ka, masam masam masam sikit ka, dalam hidup semua orang ada Masalah, semua orang ada cara Tuhan nak uji mereka bukan.

Isi Isi kita, adalah amalan kita, ilmu kita yang kita akan bawa ke destinasi kita.
Jadi bila anda berasa terjatuh, terdampar di mana mana.
Bangkit semula, bangun berdiri.
Bila terjatuh, memang luka tuh masih ada.
Sedangkan luka kita terjatuh pon memakan masa untuk sembuh.
Luka di hati tak mustahil untuk sembuh, mungkin makan masa lagi lama, mungkin makan masa lagi sekejap.
Tapi jangan risau, kalau bukan sekarang, suatu hari nanti ia akan tetap sembuh, perasaan tejatuh itu merupakan satu frasa dalam kehidupan kita, seperti satu tempat persinggahan kapal kita. Kita yang pilih sendiri berapa lama kita nak menyinggah di tempat persinggahan tersebut.

Kalau terlalu lama bersinggah, tak rasa kita menghabiskan sisa sisa waktu yang sepatutnya kita buat benda lain, tapi kita pilih untuk sia sia kan waktu tersebut.

 “ Know, that days are but hours, and hours are but breaths, and every soul is a container, hence let not any breath pass without any benefit, such as on the Day of Judgement you find an empty container and feel regret!

— [Imam Ibn al-Jawzi]


ada orang pernah berpesan dekat aku,
hidup kita dekat dunia nie, takda istilah rehat.
demi masa,
even dalam Al Quran pon ada letak surah berkaitan masa
betapa nak tunjukkan kita kena gunakan masa kita sebijak mungkin.

Cakap tak serupa bikin.
Memang manusia ada mulut, ada hati.
Niat dah ada, mulut dah cakap. Tapi action nya tak ada pulak?
Satu demi satu kita langkah, kalau terlalu laju nanti terbabas, kalau terlalu pelahan kita seperti membung sejongkang emas ke dalam tong sampah.
Atur dan rancang.
Hidup kita, macam mana pon arus kita bawa diri kita sendiri. Jangan kita nak salahkan orang lain.
Tak ada sesiapa pon dilahirkan jahat, mereka yang memilih untuk menjadi jahat.

Sekarang trend di facebook aku dan kawan aku main spam inbox orang dengan nombor.
Pastuh orang tuh akan letak no kita dekat status mereka dan hanya dia dan kita yang tahu siapa yang orang tuh maksudkan.

Tahukah kamu?


Aku dahulunya seorang budak yang hitam, kurus, tinggi tinggi dan pemalu, nak keluarkan suara..
jangan harap.
Kawan aku ada buat di status dia :


Dalam tak sedar, kadang kadang kita berubah dalam kita tak sedar bukan?

Azam aku untuk tahun baru.
Walaupun dah tertunggah beberapa hari.
Bukan macam tahun lalu aku sediakan list panjang untuk tahun lalu, tapi satu benda pon aku tak buat lagi.
Satu je aku nak, aku nak jadi lebih baik dari aku hari ini, dan semalam dan sebelum belumnya.

Ps : entry nie untuk intan sebab aku janji ngn dia nak buat entry review untuk tahun 2010 tapi aku terbuat review pasal kehidupan plak.
Dan entry nie special untuk
Erah dan Aina J

aku peluk kau, dan yakinkan kau, esok tak akan lagi kelam.

123, jom belajar patho!

end.