February 19, 2011

attachment yang tak di rancang?

aku buka pintu, dan ikut ayah aku masuk ke bahagian specialist wad pakar sakit puan.

"kamu minat bidang apa? "


"err err.. tak tahu lagi, sebab saya takda pendedahan lagi"


"clinical saya belum masuk lagi, tahun tahun 1,2,3 belajar basic basic lagi kami" 



*sambil aku buat senyuman paling comel aku buat*

"ok ok, takpa takpa, kamu ikut saya"


specialist itu terima satu panggilan telefon, dan aku ikut je doctor tuh berlari lari entah ke mana arah tuju.

bila nak dekat sampai ke destinasi, kepala pandang ke atas.
emergency

kami berlari lari ke arah satu katil yang ditutupi tirai.
disebalik tirai.
aku nampak seorang perempuan tgh duduk dalam kedudukan melahirkan anak, alat bantuan pernafasan diletakkan di mulutnya dan banyak nurse tengah keliling dia.

"masuk masuk,ikut sini, kamu ikut saya" 


masuk masuk ke area yang aku rasa diri aku menyemak je kat situ, dah lah keadaan sempit dan memanikkan.


"ok everyone, yang kat tepi i nie adalah medical student dari egypt"


dan semua orang senyum dan sambung tugas diorang,
doktor tuh pantau tekanan darah,
cucuk ubat,
dan menjalankan tugas dia,
suruh doktor lain tekan perut perempuan tuh,
dan dia korek benda dari perut perempuan tuh.
dan aku nampak placenta terkeluar.



dia bukak glove,

"ok sekarang patient dah stabil"


dan tinggalkan tempat emergency room dan bawa aku jalan tour hospital


"doktor, doktor diorang selalu kata kalau kerja awal awal jd doktor nie sengsara"


"takda lah. ok je kerja doktor nie tak susah mana"


"tapi diorang kata awal awal kerja tuh dua tahun pertama tuh ada sampai 48 jam non stop?"


"takda lah sampai 48 jam"



*lega*

"36 jam je selalunya"






destinasi le tour de hospital terakhir adalah wad O&G

dan saya telah di serahkan kepada seorang doctor muda,
sebaya kak long,
yang tengah buat housemanship di situ.

awal awal tuh

dia terangkan tengah cara cara nak amik history patient
*actually tak dengar sangat, sebab jantung masuk berdegup kencang masuk hospital.

aku jarannnnnnnnnnnngg masuk hospital
aku rasa ini baru kali ke 5 kot.
sebab kalau sakit family aku jenis pergi clinic.

"akak, akak kalau akak mula kerja jam berapa selalunya?"


"jam 6 lah selalunya, tapi paling lambat pon 6.30"


"haaaaaaaaaaaa?? kalau cuti pulak?"


"7 kali seminggu"


"takkan cuti sikit pon takda?, balik jam berapa?"


"jam 5 kalau kerja dah habis itupon paling awal, tapi selalunya sampai jam 10 malam"


"apaaaaaaaaaaa??, err akak tak keluar lepak lepak?"


"setakat nie, dah 2 hari akak tak balik rumah, sebab campur semalam akak ada on call"


"on call tuh sebenarnya apa"


"on call tuh ada 3 jenis...."


*aku dah lupa dah apa akak tuh terangkan, sebab kepala terawang pikir kalau kerja macam mana nak enjoy*


"actually depends dengan hospital macam mana jadual diorang, kalau hospital tawau, kadar kematian yang tinggi dan itu yang buat hospital tawau nie lebih memenatkan dan mencabar, sebab patient yang datang selalunya datang last minute bila sakit tuh dah teruk, tapi kita tak boleh salahkan diorang sebab ada patient yang tak ada background pendidikann, tambahan pula ramai pendatang asing, jadi nak datang hospital bila keadaan makin teruk baru pergi"


seharian di hospital,
aku jumpa macam macam kes.

case #1
patient dari clinic untuk buat appointment nak tengok kesihatan kandungan dia yang 3 bulan, rupa rupanya dah keguguran seminggu yang lalu.

case #2 
patient tuh dari baru recover dari septic shock selepas keguguran.

case #3
patient tuh rahim dia pecah. Sebab dia melahirkan anak ikut cara tradisional, dan bidan tuh tekan perut dia untuk lahirkan anak.

dan aku dapat banyaaakkk nasihat.
tapi nasihat paling penting akak doktor tuh pesan.

JANGAN PAKAI HIGH HEELS 

actually tadi sepatutnya aku tengok orang lahirkan anak,
tapi pakai terlalu bergaya,
risau darah terpercik.

awal awal tuh memang risau pasal takda masa rehat kalau dah kerja
tapi setalah duduk kat wad.
tengok semua benda

O&G
cool!!!




i rasa macam tengah bercinta