February 14, 2011

balik dari mesir saya trauma! trauma!!

i tgh terjerit jerit macam orang kena rasuk.
AAAAAAAAAAAAAAAAAA~ TRAUMA TRAUMA.

Euuww euueeww. Bikin takut jo sebut macam tuh malam malam buta.
Ok tak berapa buta lah sangat.
Sekarang diwaktu mesir  tawau jam 3 am.
Kalau waktu mesir. Sekarang jam berdetik pada pukul ??
Pukul berapa datuk harimau?
Pukul 9.26 am.

Mata i masih lagi segar bugar.
Sesegar buah buahan yang ada dikundasang yang dipetik pagi nanti.

U all nak taw tak i nie trauma kenapa?
I trauma nak naik kapal terbang! Tak nak tak nak nehiiii~~
Setelah berada berhempas pulas sampai kepala pon terpulas selama 70 jam perjalanan yang sepatutnya 10 jam jak tuh bos~ dari cairo sampai ke kl.
Tapi disebabkan faktor i TERjadi perlarian perjalanan yang sepatutnya sesingkat skirt mini orang korea selalu pakai tertukar jadi kain baju kurung yang labuh.

Perjalanan pelarian comel faz bermula dari..................
Zagazig à cairo à doha à Singapore à KLIA à KKIA à Tawau
Jauh tak jauh tak?
Baru sekarang aku rasa perasaan pendatang asing yang melarikan diri dari kampung à bandar untuk jadi orang gaji d negara malaysia.

Destinasi aku selama 70 itu bermula dari airport cairo.


Jeng jeng jeng.


CAIRO INTERNATIONAL AIRPORT.

Destinasi pertama dengan taik taik mata kami singgah.
Di suruh berkumpul jam 6 pagi, tapi kami ready2 (biasalah anak muda) jam 7 baru lengkap semua orang ada di bawah, sampai ke airport aku tak conggak plak jam berapa.
Flight kami di jadualkan jam 3 petang! Tp delay jadi jam 5.50 petang.
Tapi agak2 macam jam 8am tuh kami semua dah ada semua d airport! Hebat  kan pelarian pelarian dari sabah nie? HAHAHAHA

Ok ok actually kami pergi awal bukan sebab KAMIbudakBAIKdanKAMItepatiWAKTU sebenarnya untuk mengelakkan road block kat tepi jalan tuh.
Seperti yang kamu tahu atau pon tak tahu.

Kat mesir time tuh DARURAT DARURAT! I TELL U.
Husni mubarak masa tuh belum lg decide nak letak jawatan tuh kami terpaksa berlari mcm ank kancil balik ke tanah air.
Ok back to the cerita.
Kami 9 jam awal dari pada jadual penerbangan kami.
Aktiviti kami sementara tunggu kapal terbang QATAR AIRLINES adalah.
Tido, makan, tido tido, makan, online.
Jam 3 tuh pulak ready ready dah nak check in~
Tetiba tiket kami buat hal plak!
I tak pura pura taw tak!
Kami kena mendarat kat Singa yang suka pura pura = singapura!
Mungkin sebab muka kami ada ala ala ke-cina-an kot, tuh lah kerajaan nak hantar ke Singpura.
Oleh yang terdemikian, kami tercheck in lah lambat, sebab dok call pegawai dan pihak kerajaan tentang hal ini.
Jadi kami pon berlari lari macam anak monyet di kejar king kong sebab time tuh dah lambat nak termampos dah.
Sampai terccunggap cunggap.
U ALL bayangkan lah dah lah datang berjam jam awal, tak pasal pasal LAMBAT pulak masuk flight.
Mulalah penerbangan kami ke DOHA
 (time tuh tengah konpius, masih keliru sik tahu destinasi nak tuju ke mana)


orang lain tido sementara tunggu penerbangan,
aku belajar.
hebat tak ? haha

seketul jerawat itu



bersedia untuk berlepas.
(time tngh bosan tunggu orang berbincang pasal status penerbangan kami)


DOHA INTERNATIONAL AIRPORT

Sampai sampai kami d doha airport!
Benda pertama kami lihat!! BENDA PERTAMA!! Ialah....

Orang lesbian tengah kissing.
Bapak aaaaaaaaaaaaaaaa~~!! 1st time tuh macam tak percaya, scene2 macam nie manalah pernah muncul depan mata melainkan dalam movie, skali depan mata. Awal awal tuh aku syak si gadis A tengah tengok taik gigi gadis B tp setelah adegen “romantik” ini berulang buat kali ke dua. Sy dengan tegasnya menistiharkan itu adalah scene “kissing”
Disebabkan itulah pengalaman pertama aku nampak orang lesbian open open, aku pon perhatikan diorang.
Awal awal tuh si gadis B lentok kan ke kepala si gadis A sambil si gadis A bacakan buku cerita.
ROMANTIK TAK ROMANTIK TAK ?? HAHA








Ok tak kan?
Di doha kami shopping cikit2.
Pastuh naik penerbangan ke SINGAPURA. Flight yang memakan dan minum masa selama 10 jam.
Qatar Airlines

DOHA

kicik jak flight dia nie.

duit DOHA

aku ndak taw lah apa benda tuh, yang penting simbol QATAR (aku rasa)


SINGAPORE INTERNATIONAL AIRPORT

Sampai sampai, kami terkejar kejar kena bawa oleh orang kerja kat airport tuh utk chck in sebab kami dah kelewatannn dong~ tak sempat nak bergambar dan berus gigi, hatta cuci muka pon tak sempat.

muka tengah bangas. ndak mo tunjuk. haha


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

Pegawai sabah sambut kami,
Siap di bagi makan free lagi taw! KFC nie kami kena spend.
Dengan wang saku jugak diberikan. Hehe
Dijadualkan penerbangan kami jam 10 malam.
Tiba tiba dah naik flight tuh, aku dok rancak lah bercerita ngn orang kiri kanan, ye lah sebab sikit lagi nak rehat, tiba tiba out of blue, kapal terbang kami rosak,
Jadi delay g jam 11.
Pastuh delay plak pigi jam 3.50 am! Barulah! Sempat bha bangas kami.
Jadi mulalah misi aku, pit dan izat, mengusai KLIA.
Tengah tengah malam sunyi oo KLIA.
Kami cuba semua perfume yang ada kat terminal domestic flight tuh.
Haha
Perasaan kami masa tuh?
Rasa macam KLIA tuh kami yang munye. Ehek ehek.
Siap terbaring baring d lantai sesii bergambar.
serius terlampau penatt sudah nie kami. give up
merajuk sama MAS sebab delay,
kami decide duduk di lantai. haha


KKIA
Tiba jam 6.30 am.
Sampai sampai muka dah TERUK gilak
Tenaga dah tiada.
Nak kena naik kapal terbang balik tawau lagi.
Disebabkan terlalu kepenatan ada sesi berdialog ngn pegawai kastam chck2 beg untuk ke tawau.
“pelajar mesir kah?”

“yaa. Mo balik tawau nie.”

“selamat jugak kamu yaa”

“ndak pak cik, ndak mandi nie kami 3 hari semua, kira ndak selamat”

“takpa, nnti balik lah ko mandi, Alhamdullillah semua selamat”

Hahaha.


TAWAU
Sampai sampai tawau
Mak aku
“YA ALLAH ANAK AKUUUUUUU”

Muka aku dah penuh berjerawat. Bau badan time tuh dah masam masam comel,
Ok sebenarnya tak lah mak aku berdialog dramtic mcm tuh,
Tp keesokkannya parents aku hantar aku sehari kat spa sbb nak bersihkan aku. HAHAHHA.



Hasil perjalan ? di cairo 1 bijik jerawat. Sampai ke tawau 5 ketul jerawat tumbuh baru~!

Tragis tak ? tragis tak?

Ok aku lebih trauma perjalanan berbanding trauma darurat d mesir tuh.












salam sayang dari tawau.
sambil ternari nari lambai dari tawau.
semoga mesir aman sentosa
amiinnn