February 04, 2011

bila rasa DARURAT di mesir, baru paham macam mana bosannya darurat itu.


Ada satu hikayat zaman dahulu kala
Di cerita kan oleh nobita aku.
Zaman darurat.
Haha
Tiada hiburan katakan.

Ki, aku rasa aku tak leh hidup. Tertinggal mp3 aku, ko taw lah aku kan sentiasa cucuk mp3 kalau pergi mana mana, walaupun exam pon aku masih cucuk mp3 aku di telinga.

Relax faz, mesti ada hikmah dia.. mp3 awak hilang.

Hrmm.. tp sedih bha jugak.

Awak perdah dengar kisah raja dan orang suruhan dia?

Banyak nya cerita cerita macam nie. Aku tak taw lah aku pernah dengar ka tak.

Ini cerita dulu dulu.

Ala ala cerita hikayat ka?

Haaa, lebih kurang.

Cerita jak ki, aku ndak ingat tuh cerita macam macam hikayat tuh.

Ada di zaman dahulu kala, ada seorang raja yang ada seorang orang suruhan yang setia dengan dia,Orang suruhan dia memang setia dengan si raja nie. Dalam setiap permasalahan yang si raja ada tuh, dia mesti rujuk dekat orang suruhan dia. Dan orang suruh dia tuh mesti berkata...

“itulah yang terbaik untuk tuan.”

Jadi nak dijadikan cerita, suatu hari tuh si raja tuh pon terpotong jari dia sendiri. Dan seperti biasa si raja tuh pon meminta nasihat dan pandangan orang suruhan dia. Dan orang suruhan dia kata....

“itulah yang terbaik untuk tuan.”

Ini mendatangkan murka sang raja. Ya lah, mana tak murka, jari terpotong orang suruhan tuh masih lagi cakap, "itu yang terbaik untuk tuan."
Oleh yang demikian, si raja tuh pon mentitahkan perintah untuk menghukum orang suruhan tuh.

“BETA menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada kamu”

Kesian dengan orang suruhan itu, lepas jak si raja tuh menjatuh kan hukuman tuh, terus pengawal pengawal itu membawa orang suruhan yang setia dengan si raja tuh ke penjara.

Oleh yang demikian, si raja nie pon terpaksa melantik orang suruhan baru, yang akan ikut si raja nie ke mana mana dan menjadi tukang nasihat baru si raja itu.

Beberapa hari kemudian, raja membuang rombongan sambil belajar ke mesir nak buat misi selamatkan pelajar Malaysia dekat mesir. Hehe.
Hebat tak hebat tak raja tuh??

*ok rangkap di atas adalah tambahan dari nenek edoraemon*

Sambungan dari kiki…

Jadi beberapa hari kemudian, si raja gerak lah pergi memburu bersama orang suruhan dan orang bawahan dia yang lain.
Memandangkan orang suruhan tuh adalah orang yang baru, dia tak beberapa kenal sangat perangai si raja yang suka menghayati pemandangan ketika memberu. Jadi di sebabkan itu, si raja di tinggalkan tanpa di sedari.

Disebabkan si raja kesorangan di tengah tengah hutan, si raja tuh Berjaya di jumpai, tapi bukan oleh orang bawahan dia, dia telah di selamatkan orang asli yang bercakap bahasa yang tak si raja tuh pahami.

Rutin untuk orang asli tuh, setiap bulan mereka akan korbankan seorang manusia.
Untuk bulan tuh, orang asli tuh decide untuk korbankan si raja tuh.
Bila raja tuh hampir di sembelih dan menjadi mangsa korban tuh.
Orang orang asli tuh cancel nak sembelih si raja tuh.
Sebab si raja tuh tak SEMPURNA. Jari dia kan hilang satu.
Syarat untuk jadi mangsa korban tuh adalah manusia yang sempurna.

Akhirnya si raja pon di bebaskan.
Dan raja tuh selamatkan diri, dan kembali ke tanah pemerintahan dia.
Setiba jak beliau ke istana, terus dia ke penjara untuk melepaskan orang suruhan dia yang baru tuh.

“kamu telah selamatkan beta.”

*si raja menceritakan kisah yang terjadi dekat orang suruhan lama beliau tuh*

“takpa tuanku, itu lah hikmah dia, patik yang tuanku masukkan ke penjara pon, itulah yang terbaik untuk patik.”

“haaa? Yang terbaik untuk kamu? Kenapa?”

“sebab kalau  tuanku tak masukkan ke penjara, pasti patik akan menjadi mangsa orang asli untuk di jadikan korban.”

The end.

Waaaaaaaaaa.. best best. J nya ki cerita tuh.

Aku pon terus bukak laptop untuk tulis hikayat yang kiki cerita kan tuh.

Ok walaupun di pandangan mata orang ramai,
Dan padangan mata kami sendiri.
Kami dah give up.
Hari hari kata akan balik Malaysia.
Tapi mesti cancel
Pagi nie pon tetap sama.
Apa boleh buat.
Dalam kesulitan pasti ada diselit kesenangan. (bak kata wawan jr aku)

Jd boleh lah selitkan kan hikayat nie dlm kisah kami.
Mungkin ini terbaik untuk kami
Adalah hikmah dia kalau balik lambat

Manataw KAMI DI KETEMUKAN JODOH MASA MISI BALIK KE MALAYSIA NANTI.
Hehehe
:D
Aminnnnn

(ayat si kiki tuh pasal jumpa jodoh)


See see.
Betapa takda kerja
Sejak ada internet hari hari aku letak post.
Salam sayang dari mesir.

Flying kiss untuk orang yang tengah baca post nie

Toodles ~



yerawizardharry:

Christians protecting Muslims during their prayers.(via cuntented)
orang egyptian yang kristian tengah menjaga melindungi egyptian islam yang tengah solat.

GO EGYPTIAN GO GO GO!!

doa dari orang tawau yang ada di mesir.
insyaAllah semuanya akan ok.



kamu yakin jak semua akan ok.
amin.