February 14, 2011

Kadang kadang kita tak ada pilihan lain, melainkan putus asa.




.


Perasaan aku sekarang.
Lebih kepada mix.

Sebelum tuh mari belajar masak masak.

RESEPI CAMPAK CAMPAK :        

BAHAN A
1 liter sedih
7 camca besar patah hati
700 gm kecewa
100 gm trauma
900 gm serik

BAHAN B
900 gm keinginan dan kemahuan
3 sudu kecil kebahagian
4 cawan kegembiraan
1 liter memori

Tips extra : mulakkan dengan bismillah.

Tahukah kamu? : dalam memasak, cara efektif bagi untuk tuan tuan dan puan puan campak sahaja apa benda depan mata dengan satu kadar yang berpatutan. Kalau terlebih garam, ia akan terlebih masin, kalau terlebih gula terlebih manis, jadi dalam resepi campak campak ini, cara paling mudah untuk tuan tuan dan puan puan adalah ikut naluri hati.

CARA-CARA :
1.       Mulakan dengan bahan A. Dan selang selikan dengan bahan B ke dalam periuk .
2.       Tapi puan puan mesti ingat* sebelum mencampakkan semua bahan A ke dalam periuk, tuan puan lebih baik mengisar dahula bahan A supaya bahan A akan hancur dan berkecai,  dan kemudian barulah di campurkan dengan bahan B.
3.       Masak sehingga makanan tuan puan yang ada dalam periuk itu menunjukkan warna kekuningan comel.
4.       Setelah masak, boleh lah tuan puan letakkan bawang goreng di atas makanan tersebut.
Dihidangankan untuk : 1 atau 2 orang. (tidak disarankan dihidangkan kepada kuantitii ramai)
Hiasan : bawang goreng sahaja.

End.

Bahan bahan : perasaan ; bahan A-negative; bahan B-positif
Kenapa perlu kisar dulu perasaan A? : sebab untuk tenggelamkan perasaan A. Rasa sedih, selalunya manusia akan tenggelamkan perasaan sedih/kecewa/duka dan yang akan timbul di pandangan mata orang adalah Bahan B. LUARAN

Manusia akan lebih terdorong untuk menunjukkan bahawa dia tengah BAHAGIA atau BERGEMBIRA sedangkan di hati dia tengah menangis atau terluka.

Orang yang dihidangkan : kawan kawan sejati kita, yang kita pilih untuk ceritakan kisah duka, kisah gembira, kisah teruja kita.
(tidak disarankan dihidangkan kepada kuantitii ramai) ? Memang semua orang boleh telan masakkan kita, makanan kita tapi adakah semua orang boleh terima Bahan A dan Bahan B.
Ketegori orang yang kita pilih untuk hidangkan resepi campak campak kita.

Manusia 1  : golongan manusia yang akan lepas makan makanan kita, rasa dan bila perut dah kenyang akan tinggalkan kita. Tersirat : makin dia tahu isi kita, kenali kita mereka akan tinggalkan kita. Kadang kadang mereka Cuma pinjamkan telinga untuk mendengar kisah kita sebab perasaan INGIN TAHU sajak.
Manusia 2 : bila dah taw baik buruk kita, di belakang cakap buruk pasal kita lepas kenali kita. Nie jenis tikam belakang.
Manusia 3 : manusia akan kekal bersama kita lepas rasa masakkan kita, tak kira sedap ka tak sedap, jujur katakan apa yang patut, apa yang tak patut. Kawan suka duka.

Ok sebenarnya banyak lagi ketegori manusia manusia, tapi penat nak perah otak nak letak semuanya.
Di dunia nie bermacam macam ragam manusia yang wujud sampai tak tercapai dek akal nak pikirkan.

Hidup ini susah.
Ada orang cakap ka hidup nie senang?
Berbalik kepada tajuk diatas.
Tajuk entry kali nie.
Kadang kadang jalan terbaik adalah putus asa.
Setelah menghabiskan masa bercerita sepanjang petang bersama someone, lepak-ing di kedai makan.
Habis air liur kami sepanjang petang berdiskusi tentang, kisah hidup mereka, dia, orang sana, orang sini, tentang kami, kamu, mereka dan dia.
DAN INILAH HASILNYA KISAH KAMI KALAU DICERITA KAN SECARA KASARNYA :
Ok ini bukan kisah KAMU. Semua cerita nie adalah kisah orang yang berada di dalam radius kehidupan kami.

Kawin paksa:
Kawin takda perasaan cinta.
Cinta boleh pupuk? Awal awal yakin, tapi lama lama kalau tak berjaya? Isteri di tinggal tinggalkan. Cari perempuan lain.
Orang yang pilihkan jodoh tuh di persalahkan.

Kawin pilhan sendiri :
Awal awal kawin tuh bahagia.
Bila jumpa perempuan lagi cantik akan di tinggalkan.
Kawin secara general :
Bila lelaki tuh dah tua, dia akan cari perempuan lain. Kawin awal awal jak macam bahagia.
Makin dah tua, anak anak makin terbiar dan macam kurang kasih sayang.
Cinta lama lama:
Nanti kalau putus cinta parah. Kalau tak sempat kawin lelaki tuh kawin ngn orang lain tiba tiba. Lagi parah.
Cinta sekejap :
Rasa diri nie tak berharga. Senang dilupakan. Senang di buang.
Single?
Rasa tiada keyakinan diri.
Rasa macam tiada orang mahu.
Rasa mo kawin tapi xda orang nak.

In a relationship
Cemburu tengok orang single.
Rasa terkongkong.
Rasa mo kawin cepat.
Rasa tak puas bujang
Nak kawin dah tapi dekat dekat nak kawin ditinggalkan
Give up, pergi kerja di pub dan lari dari keluarga dan decide nak pasang susuk sebab kecewa sama lelaki.
Boyfriend kawin dengan kawan sendiri
Rasa telah di khianati.
Susah nak percaya cinta lama lama.
Susah mahu lupakan lelaki yang
telah sakitkan hati dan jiwa.
Cantik :
Kena sabotaj dengan perempuan lain.
Banyak stalker, hidup rasa tak aman.
Banyak pendengki
Banyak orang kutuk kutuk belakang walaupun tak buat salah apa apa.
Tak cantik
Rasa ingin cantik.
Rasa tak layak untuk sesiapa.
Self confident tak ada.

Konklusi:
Kawin salah, tak kawin salah, cantik salah, tak cantik salah, single salah, bercouple salah, cinta lama lama salah, cinta sekejap salah. SEMUALAH SALAH.

Bila kau kumpulkan kisah sedih sedih semua orang dalam satu masa.
Rasa macam putus cinta.
Ok walaupun pon secara teknikalnya takda ponn antara kami yang tengah putus cinta.
Satu perasaan yang terlebih BAHAN A.

Then, kami cerita lah SEMUA cerita yang terpendam pendam pasal kisah smuanya.

entah kenapa tiba tiba kisah kami terpusing, kami sesi soal jawab macam situasi di bawah. . . . . 

Situasi : jika suatu hari kamu duduk di rumah, bangun pagi kamu sedar tiba tiba kasut kamu yang paling kamu sayang telah di curi, apa kamu mo buat? Apa yang bermain di fikiran kamu?

Orang A : memaki maki, kutuk kutuk si pencuri, bukan setakat pencuri binatang tuh di kutuk, manalah taw binatang yang amik kamu punya kasut kan. Tapi yang berlegar legar di fikiran kamu siapa yang curi dan ke mana kamu letak kasut kamu last skali at least yang berlegar legar di fikiran kamu.

Orang B : ini baru tuhan nak tarik BENDA kesayangan aku, baru BENDA, tuhan nak ingatkan dekat aku, kita sayang macam mana pon harta kita, benda kita jaga elok elok, tapi kalau tuhan nak amik, bila bila masa ianya boleh lesap. Kita masih sempurna, tuhan tak amik lagi pancaindera kita, kita masih boleh berjalan, berlari, main kejar kejar. Ini Cuma satu cara tuhan nak bagi peringatan kat kita tentang kehidupan.


Natijahnya ? macam mana buruk pon situasi yang ada di depan mata kita. Kalau kita pandang dia buruk, buruklah lah jadinya, kalau benda baik pon kalau kita anggap dia mendatang kan keburukkan, keburukkan lah yang kita dapat.
Mcm lirik “kamu adalah apa yang kamu pikirkan”

Konklusi 2 : bersyukur apa yang ada. Dan kehidupan nie apa teori yang datang tentang hidup yang kita rasa nie smua datang dari kepala hotak kita sendiri.

Lu pikir la sendiri, otak lu pikir mcm mana