February 15, 2011

kaki tido kaki kawin.


AMARAN KERAS PIHAK BERKUASA : MULAI HARI NIE AKAN ADA ENTRY BERTUBI TUBI DARI NENEK EDORAEMON MEMANDANGKAN BELIAU RASA TERGANTUNG SEBAB BELIAU KINI BERADA DITAWAU, DAN TAK TAW SAMPAI BILA ADA DI TAWAU, JADI BELIAU TAKDA KERJA DAN BUKU TERTINGGAL KAT MESIR
MAIN POINT : TAKDA BUKU à TAK BLEH BLAJAR à RAJIN UPDATE BLOG à FAZ COMEL (takda kaitan)


Buah cempedak d luar pagar,
Amik galah tolong jolokkan,
Saya budak yang bukannya baru belajar,
Kalau saya tersalah tolonglah jangan jolok jolokkan.

Sila baca dengan irama pantun.
Walaupun pantun nie takda unsur unsur nasihat, at least bunyi pantun pon ada cukup lah kan? ngehehe
Tapi disebabkan pagi pagi nie i tengah kebosonan,oleh yang demikian, reka cipta ubah suai pantun dahulu kala.
Ngehehe.

Tahukah kamu?
SEBENARNYA KAMU SEMUA TAK TAHU, sebab aku baru nak bagitahu.
Semalam aku tido selama 13 jam!!
Hebat tak hebat tak?
Hebak wak lu.


Tapi nasib baik sebagai wanita bugis terakhir, nisbah aku tido sehari adalah 8 jam.

Ok ok aku baru sedar 4 bulan,
*baru conggak time tengah tulis entry*

Gila lah.
Tarik hembus tarik hembus tarik hembus napas.
Ala ala perempuan nak melahirkan anak.
LAMANYA AKU TIDO.
Napa baru hari nie baru aku sedar, setalah 21 tahun.
Inilah hikmahnya tido selama 13 jam yer cucu cucu, baru ada naluri nak conggak berapa jam setahun aku tido.

Think positip org tawau bilang.
Hehe

Hari nie dok rumah, tido seperti kamu sedia maklum.
Dan baca novel BM.

Typical novel bm.
Kahwin paksa
Rela/tak rela/terpaksa/desperate/nak tolong seseorang
Tapi yang penting kawin takpa kerelaan hati jiwa dan raga tanpa ada perasaan awal awal à akan jatuh cinta à datang orang ke 3 (dari kisah lama dll) à hadapi “cubaan” onak duri à rupanya perempuan tuh “termengandung” *selalunya à berjaya hadapi “ujian” à kembali bahagia.

Typical cerita korea
Heroin pertama tak secantik heroin ke dua à heroin ke dua minat kat hero à hero minat kat heroin ofcos à ada lelaki yang jauh lagi baik dari hero minat dekat heroin à disebabkan CINTA yang MENDALAM heroin dan hero mereka tetap mahu bersama à mereka pilih antara satu sama lain à tamat.

Dulu dulu masa awal awal penglibatan aku terlibat dalam arena percintaan.
Acece. Ok bukan bercinta secara rasmi, hati nie mula terpikat nak layan novel jiwang dan cerita cerita picisan romantik. (betol ke penggunaan picisan aku tuh?apa maksud picisan aku pon tak taw, lol)
Awal awal tuh aku memang berkenan lah kisah kisah kawin kawin paksa nie, yelah asal kahwin paksa je dalam novel melayu, mesti lelaki tuh terpikat kat perempuan tuh lama lama walaupun dalam usia awal perkahwinan depa tuh depa tak lah suka sama suka.
Jadi aku rasa kahwin paksa tuh indah lah KONON, kononnya.
Jadi setiap kali kelas agama masa tingkatan 5 aku akan tido, TAPI BILA bab kawin aku akan fresh sebab banyak soalan aku nak tanya dekat Ustad Nazri.

“ustad ustad, kalau si A kawin ngn B tp rupa rupanya si A tut tut tut  . . . “

siap sampai lukis lagi salasilah keluarga sebab soal jawab aku tentang kahwin, jd one day tuh sebab terlalu banyak soalan aku tanya ustad tuh pon tanya . . . .

“dari mana kamu dapat idea nie??”

“hari tuh saya baca novel, jalan cerita dia macam tuh. Ngehehehe “

Muka ustad à 

p/s: kawan aku yang pertama akan kawin bulan 3 nie!! Waaaaaaaaaaaaaa.. tahniah ikah! (ini bukan kawin paksa ok! Nie kawin cuke sama cuke)

actually i nak sebut “suka” versi pelat, tapi jd mcm cuka plak. Haha




cumilnyaa cumilnyaa kawin kawin. hehe
mesti topik kahwin akan jadi perbualan kat facebook di kalangan budak budak zakzik
ngehehehe

>.< buat mata mata sepest sampai lambai kan korang
toodles