February 06, 2011

kenapa perlu timbulkan isu politik dalam menyelamatkan pelajar malaysia di Mesir?


Aku memang berterima kasih dengan pihak kerajaan yang sanggup korbankan waktu dan tenaga.
Untuk menyelamatkan pelajar malaysia yang berada di bumi anbiya ini.

Serius bersyukur sangat sangat. Sampai ke tahap maksimum.
Walaupun ada sesetengah pihak kata tindakan kerajaan malaysia di boleh di katakan lambat.

Asalkan semua selamat cukuplah kan?
Kita patut BERSYUKUR.

Tapi aku betol betol tak paham, bila orang bangkitkan isu POLITIK MALAYSIA dalam misi menyelamatkan orang Malaysia yang berada di Mesir ini.
Yang ada kat mesir nie kami
Yang rasa pedih, pahit, manis, asam garam nie kami.

Sememangnya apa yang di wawarkan di media masa tuh memang 100 peratus berlaku,
Sedangkan kami yang berpijak di bumi anbiya nie tak up to date seperti orang yang berada di malaysia tuh.
Tapi “kesengsaraan” yang kami rasa di sini tak lah seteruk mana.
Tak lah yang nak mati mati,
Kami tak ikut rusuhan tuh,
Kami tak masuk campur langsung,
Memang majoriti pelajar malaysia akan berada di rumah dan menjaga kawasan kediaman mereka ketika perintah berkurung tuh berkuat kuasa.
Tapi di pandangan mata orang malaysia keadaan yang kami alami kronik teramat, insyaAllah kami tak lah seteruk yang di bayangkan, teruk tuh teruk sikit sikit,
Seperti isu beberapa orang malaysia kena rompak,
Dan keadaan keselamatan memang di tahap membahayakan lah jugak sikit,
Dan bank pon kadang kadang tersekat,
Tapi yang tengah rusuhan dan berjuang tuh orang MESIR bukan kami.
Tapi kenapa ada beberapa pihak membakitkan kan isu KEPOLITIKAN dalam misi menyelamatkan pelajar malaysia yang ada di Mesir nie.
Kalau korang nak berpolitik pon,
Kalau nak selamat kan orang dengan hati yang ikhlas,
Perlu tengok status dia ke?
Perlu tengok warna kulit dia ke?
Bangsa ke?
Memang lah kita nak selamatkan orang malaysia, warganegara kita sendiri.
Tapi kenapa perlu mempertikai kan pasal politik?
Dan selalunya yang lebih lebih pasal politik nie orang yang ada kat malaysia
Walaupun ada jugak isu kepolitikkan berlaku di kalangan pelajar malaysia yang ada kat mesir nie,
Tp misi kerajaan malaysia untuk bawa pulang pelajar malaysia tuh satu satu dengan selamat.
Keluarkan setiap pelajar malaysia yang berada di Mesir nie dengan selamat,
tak payah lah pertikaikan isu politik lagi,
tak payah lah cakap pasal isu yang takda kena mengena,
kalau nak cakap pasal status kami yang ada di mesir nie jangan lah hentam keromo je cakap kalau tak tahu status sebenar kami macam mana.
Ianya akan menimbulkan FITNAH, SALAH PAHAM dan KERISAUAN ibu bapa.

Yang ada pergolakkan poltik nie mesir, bukannya MALAYSIA.

KORANG TAK SEDAR KE BETAPA JAUHNYA AMAN NEGARA KITA BERBANDING BANYAK NEGARA DI DUNIA. DI SEBABKAN ISU POLITIK JE SEMUA BAGAI NAK PECAH BELAH.

Tak boleh kita buat sesuatu nak tolong orang atau nak berusaha untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA. Kalau nak pandang ikut persatuan ataupon kepolitikkan kita sampai bila takkan berakhir.
Pergolakkan yang berlaku kat negara orang nie patutnya di jadikan teladan.
Takkan kita nak jadi macam tuh pulak.

Enuf said.

Aku balik malaysia lusa,
Terima kasih kerajaan Malaysia
Terima kasih kerajaan Sabah
Terima kasih Ustad sabli (pegawai rumah sabah)
Terima kasih syaah 5
Terima kasih kawan kawan

Kali nie aku Cuma pohon doa kepada kalian yang membaca.
Doakan kami yang masih berada di bumi anbiya ini,
Dan rakan rakan yang di Jeddah supaya tiba di Malaysia dengan selamat.

Mama papa, abang adik adik, sila tunggu ketibaan liana di KKIA

Salam.