February 23, 2011

last day attachment *korang takkan mampu baca sampai habis* haha


1st day attachment tuh giler aku rasa semangat gilak à rujuk sini.

Lepastuh bila nak masuk 2nd day attachment tuh, memang aku kaw kaw lah happy.
mcm budak budak kecik yang teruja nak masuk 1st day skolah setelah cuti dua bulan akhir tahun tuh.
siap aku termimpi mimpi lagi di bagi peluang dapat jahit kepala orang tengah koyak.



Jadi aku mulakan pagi untuk 2nd day attachment tuh dengan senyuman. Haha

Skali bila dah sampai hospital. 

Jd doktor nie tak seindah yang aku bayangkan.

Hari aku pergi tuh, wad O&G tuh penuh ngn wanita wanita yang mengalami masalah wanita.

Aku mulakan tugas aku ikut doktor housemanship tuh dengan mengamik history patient yang baru masuk.
lucky patient #1
seorang mak cik yang berusia 50 tahun.
lain di tanya lain di jawab.


perumpamaan soalan.

“minggu lalu mak cik makan apa?”
“tahun lalu mak cik makan mee”



jawapan memang serius terpesong.
furrballpandaemoticon
kesabaran seorang nenek memang teruji disitu yer cucu cucu.


at the end, dah setengah jam sesi berdialog à satu hasil pon takda.

HAHA. STRESS TAK STRESS TAK?

dan aku teruskan kerja sebagai pembantu doktor housemanship . .


jalan keliling wad, amik history every patient. Tanya itu dan ini. Amik darah.

dan hari hari seterusnya. . .

aku dapat peluang masuk labour room.

1st time aku masuk, aku tengah tengok doktor tengah jahit V seorang wanita yang baru lahirkan anak.

katil sebelah dia plak seorang ibu yang terjerit jerit kesakitan.

bukan jerit sikit. Yang JERIT ter amat JERIT yang TER amat ke sakitan. Dan akak tuh dikelilingi nurse yang memberi semangat kat akak tuh.

aku tetap jarakkan diri jauuuh dari katil akak tuh, dah lah 1st time masuk, skali tgk macam tuh.


I tak bersedia lagi taw. Jiwa i jiwa lembut nyah oii!


tapi aku terdengar seorang nurse nasihat kann akak tuh sambil pandang aku . .


“akak jangan lah kak, sabar kak, akak tengok tuh sampai doktor pon takut sudah mo dekat sama kakak”


nak tergelak aku. LOL aku bha doktor yang diorang maksudkan.


Tapi memang di wad tuh banyak terkonfius kata aku doktor, belum lg doktor pon. Lama lagi grad. Tapi AMINNNN kan jak.. haha

Tapi dekat labour room tuh lah jugak aku kena gertak dengan doktor housemanship lain.

memandangkan aku nie suka senyum, jadi aku senyum sokmo lah di hospital.

Jadi nak dijadikan cerita, aku pon TERsenyum lah kat sorang doktor housemanship.

“haa, ape tuh HBH?”

“HBH? Err.. saya belum masuk clinical year lg nie. Baru blajar basic basic”

“takda kene mengene pon ngn clinical year.”

“. . . . . “


“hrmmm.. takpalah abaikan”

Serius memalukan. Depan nurse nurse yang ramai aku kena soal.
Haa. Nie padahnya 
kalau tak cukup ilmu di dada. Kan dah kena.
Tak guna pakai cun, korang kena soal jgak!

Bila dapat betol betol rasa kehidupan seorang doktor. . .

konklusi aku  à

1. KENAPA AKU MO JADI DOKTOR NIEEE?? SEMPAT KA AKU BERHENTI DAN JOIN RAJA LAWAK??
2. AKU TAK NAK KAWIN AWAL!!
3. CANCEL NAK ANAK BANYAK. AAAAAAAAAAAAA~

Dan last day attachment. . . .

*flashback
Aku ingat lagi saat pertama aku tengok macam mana sebenarnya bayi nie keluar dari ibu ibu mengandung.
tp time kicik kicik dulu . . . .
1. aku selalu ingat dari pusat lah
2. dari perut kena belah lah.
3. Pernah jugak aku terpikir yang ada burung2 bawa terbang bayi masuk ikut chimney. (macam dalam kartun tuh) imiginasi : Selama 9 bulan mak kita mengandungkan baby, pastuh bila burung tuh dah hantar baby, terus perut mak kita tuh akan kempis blk. Yang buat aku bingung tuh, time kecik kecik, mcm mana burung tuh nak dapat jalan masuk, sebab rumah aku kat tawau tuh takda chimney. Susah aku nak ada adik banyak *risau risau* à budak kecik berfikiran jauh walaupun angan angan dia tak masuk akal.

Tuh lah, cara berpikir aku nie pelik sikit dari manusia lain.

 Ok back to the cerita,
1st time aku tengok ibu ibu melahirkan anak yang REAL adalah kat dalam laptop Abang Azri, senior MRSM KOKI aku, time tuh aku tingkatan 5, dia buat lawatan ke MRSM KOKI untuk bagi ceramah/motivasi dekat kami yang bakal bakal calon calon SPM.  Jd every nite tuh, waktu prep mlm classmate aku mostly akan wat study group ngn abg azri masa dia ada kat MRSM ktorang, tp aku tak join skali, time blk jak aku akan join. Sebab lemah lah aku bab bab kena study nie, baik aku hbskan waktu prep aku pergi termenung kat kelas. Haha

1st time tengok video tuh, gilak! Semua buat mata terbeliak. Macam macam bunyi kedengaran . . .

“aaaaaa..”
“uuuuuu..”
“eeeee...”
“aaahhh..”

Ok bunyi tuh bukan wanita yang melahirkan anak tuh buat, tapi kawan kawan aku yang kegerunan tengok ibu melahirkan anak.


aku time tuh chill je, biasalah faz. Kan macho dan ganas.


Tapi dalam hati aku, giler bergegar tembuni aku. Time tuh aku tak terfikir lagi nak jadi doktor. Tuh yang buat muka cool macam badak tuh. haha

dan hari ini dalam sejarah hidup aku. (ok baru masuk topik yang ada kaitan dengan tajuk)
Pada pukul 10.33 am, aku ada bersama seorang ibu yang melahirkan anak. Dari awal sampai ke pengakhirannya. Ok walaupun secara teknikalnya bukan aku sambut. Aku blum masuk clinical year, aku ada kat tepi kaki dia sampai tengok nurse tarik baby tuh.

dan aku ikut doktor examine baby baru lahir, ukur2 baby tuh, timbang timbang sambil belajar baca graf (serius aku tak ingt dah graf tuh nama apa)
selepas itu, aku gerak gi tempat baby yang baru lahir.
lembut jak.
aku tenung bayi tuh.

tak sampai sejam berada di bumi Allah nie.

betol betol teringat perumpamaan kertas kosong.
hidup dia bakal tertulis. Aku bayangkan macam mana bila lah dia besar.
Aku doa dia jadi orang yang berguna. Sambil termenung. Tiba tiba datang seorang nurse menyapa.

“comelkan.”

“eyaa.. mcm mo amik gambar nie! Hahaha”

“ini kira ndak comel nie. Banyak lagi baby yang comel, eh doktor, sakit kaki?”

“eh, ndak. Ok jak, napa kak?”

“ndak boleh doktor, kalau doktor MO nampak pakai selipar masuk wad bersalin kena marah nnti”

“takpa, time tuh nnti saya pura pura lah sakit kaki. Hehe”

“nakal ya doktor. Haha”

Tiba tiba datang seorang pesakit baru. Yang nak lahirkan anak

Pada awal nya aku Cuma sanggup duduk di kaki pesakit, tak cukup ilmu tak berani aku nak menyelit nak lebih lebih.

tapi patient nie, gilak memang amazing.

Kesakitan dia gilak dahsyat! Ndak sanggup nie aku tengok! Serius.

Katil pesakit dikelilingi oleh jururawat yang beri sokongan moral pada dia.

“SAKIT KAK, SAKIT SAYA NDAK TAHAN.”

“bertahan dik bertahan.. tahan dik. Sikit lagi tuh anakmu mo keluar sikit lagi”

*ok padahal memang jauh gilak lagi.

Non stop nurse nurse bg semangat!

“KAK NDAK BOLEH NIE SAYA KAK, SAYA OPERATION JAK KAK. SAKIT KAK! SAKIT SANGAT!”

“boleh bha ko nie dik, ko pegang dulu kepala anakmu nie. Kesiannya dia mo keluar, ko kena tolak jugak”

*sambil nurse pimpin tangan akak tuh bagi rasa rambut anak dia*

“YA ALLAH. EEEEEEEEEEEEEGHHHHHH..., KAK KAK, MEMANG SAYA TAK BOLEH SUDAH KAK. OPERATION JAK LAH”

“ndak boleh dik, kalau operation makin lama lagi procedure, amik darah semua, lagi akan lama lagi ank mu nie keluar kesian.”

“TAPI KAK, NDAK BOLEH SUDAH NIE KAK. NDAK DAPAT”sambil teresak esak si ibu menangis.
peluh meleleh di muka ibu tanpa henti.

aku tak peduli, ndak aku sanggup tengok tuh kakak.
aku pergi dekat tangan dia. Sambil pegang tangan dia.

“kak tolong lah kak. 9 bulan bha kakak mengandung kak. 9 bulan tuh kakak bawa  tuh anak. Sikit lagi kak. Sakit dia sekejap jak lagi hilang kakak kena tolak. Yakin kak yakin. Allah ada.”
“erghhhh..”
Nurse yang sambut baby tuh berkata, “aish. Kecik betol nie. Ndak dapat keluar nie budak, kena potong nie”

seorang nurse yang lebih tua take over, pakai baju platik sambil memegan gunting.
dan potong kak tuh punya.TANPA BIUS OK! GUNA GUNTING YANG ALA ALA GUNTING RAMBUT RUPA DIA. Tp memang gunting bedah lah. Rupa macam gunting rambut.

“YA ALLAH KAAAKK.. SAKITNYAAAAAAAAAAAAAA KAAAAAAAAAAAAAKK”
Nurse lain berkata”kakak kena teran kan kalau ndak sakit”

“SAKITTTTTT...”

Aku...  “akak bertahan kak. Sikit lagi, betol betol sikit lagi nie kak. KAKAK BOLEH. 1 2 4. TOLAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKK”

Perasaan kami semua kat katil tuh seperti sorak pasukkan bola sepak. SEMANGAT bila berada dengan orang yang bertarung nyawa nie. FUUHH.

Dan baby keluar. Dengan selamat nya.
Dan diletakkan di pangkuan si ibu sementara memotong tali pusat.
Muka puas si ibu tersenyum melihat baby boy dia baru lahir.
Perkataan pertama keluar dari mulut ibu itu ALHAMDULLILLAH!!!!

Dan dia terus pandang aku, dan cakap. “terima kasih doktor”


Pengalaman pertama. Itu lah pengalaman yang kita tak dapat lupakan,
Macam cinta pertama. Paling payah lah mo lupakan kan? 

Baru aku sedar,
Betapa hebatnya jadi doktor/nurse sebab kita bersama dengan orang yang bertarung nyawa.
Tak kisah lah hidup doktor tuh memenatkan.

KEPUASAAN DIA! GILAK! Susah di ungkapkan.

Tengok rupa baby baru lahir lagi.

Tapi yang aku pelik lah kan.
Orang selalu cakapà meninggal ketika melahirkan anak à pontianak.

Eee.. BERTARUNG NYAWA BHA TUH! KO PIKIR SENANG!
SIAPALAH BUAT MITOS TUH BHA! TERLAMPAU! ORANG MATI SHAHID, DI BILANG JADI PONTIANAK. GRRR~ 



Korang bertahan ka baca sampai sini? Haha
TAHNIAH!
1,515 PATAH PERKATAAN!

kamu sayang aku lah bha tuh kan kan kan kan?