February 04, 2011

selamatkan kami yang ada di mesir boleh? :)

Aku tak taw mo kata apa apa.
Hanya perasaan yang lebih kepada give up.
Bukan aku nak kata aku betol betol putus asa.
Tinggal tidak mahu lagi mengharap. Hahaha
Bunyi macam orang putus cinta pon ada. LOL

Tadi pagi di facebook penuh dengan status status emo emo aku dan rakan rakan yang ada di wisma yayasan sabah kaherah.
Bila di renungkan kembali, macam lawak jak tindakan aku tadi pagi.
Sudah, bila marah menguasai jiwa entam koromo jak status di facebook berkata apa apa.

Tuh lah orang cakap, lebih baik berdiam kalau rasa marah kan, kadang kadang kita akan terlepas cakap benda yang kita tidak maksudkan.

Jadi aku decide untuk tido, makin aku dengar khabar angin yang tak taw kesahihan betol ka tidak, jadi emo tak tentu pasal, lebih baik aku pejamkan mata, hilang dari dunia realiti sebentar.

 Bangun bangun dari tido, aku rasa tenang sedikit.

Dari semalam aku cakap, aku tak lah jugak panic, tapi di sebabkan kebosanan darurat melanda jiwa, semua orang dah jadi tak betol dah sejak perintah berkurung bermula.

Aku dah kehabisan baju bersih.
Tapi setiap kali bersiap untuk keluar yang kononnya sepatutnya keluar dari Bandar kaherah nie, baju aku mesti macam bergaya sakan, memang takda rupa orang tengah darurat pon.
Apa boleh buat, aku bawa baju cantik cantik sajak. Biasalah darurat, selamatkan baju baju berharga jak kan. Haha

Pelajar pelajar Malaysia yang ada di kota Zagazig sudah selamat keluar dari kota Zagazig, alhamdullillah.

Status aku untuk keluar dari mesir : unkown
Tapi chill jak, sebab pengalaman nie boss. Ndak semua orang dapat perasaan jd macam nie.

10 benda pasal darurat.

Satu
Kau akan paham lah setitik sana macam mana orang yang ada di Negara perang.
Kira apa yang kami rasa masa perintah berkurung, perasaan ketakutan keluar dari rumah, dan perasaan tak selamat tuh. Itu baru rasa setitik apa yang diorang rasa.
Kereta kebal kiri kanan jalan I tell u.
Orang pegang senapang, sabit, m16 , kayu kayu besar d tepi jalan untuk mempertahankan diri.

(ok m16 tuh dramatic plak) hehe

Dua
Kau akan lebih menghargai Malaysia
Semestinya lah bha. Semua rasa mo balik Malaysia nie skrang. Haha

Tiga
Otak akan jadi tak betol sikit sikit
Sebab seminggu hari tuh line internet terputus, maklumat takda, hiburan takda, berbincang pon topic topic pelik. Everything yang kami buat kami akan guna ayat
“laaa, kan darurat..”

Empat
Kau akan lebih hargai makanan
Makanan makin sikit, tak semua kedai bukak boss. Baru rasa betapa berharga nie setitik beras tuh.

Lima
Kau akan lebih hargai air
Sampai mandi pon ada limit limit gayung bha.
Catuan air gitueww.

Enam
Oksigen tak sampai ke otak
Sebab kerja aku sepanjang darurat terbaring jak. Aku rasa badan dah jadi lemau lemau comel dah skrang nie.

Tujuh
Rindu ke kuliah walaupun tengah waktu winter break
Time time macam nie lah rasa rindu nak belajar sebab banyak benda bermain di minda.

Lapan
Rasa bersalah
Sebab buat semua orang di Malaysia risau.
Keluarga dan kawan kawan.

Sembilan
Rasa di hargai
Disamping itu rasa dihargai pon ada jugak. Terima kasihlah kepada yang sentiasa mendoakan keadaan kami d sini. Memang mengterharukan jiwa dan raga kami.

Sepuluh
Mengharap
INI LAH PALING PENTING DALAM BANYAK BANYAK POINT.
AKU MENGHARAP MASUK TV3 LAH AT LEAST.
KALAU TAK MASUK AL JAZEERA ATAUPUN CNN.
TUH LAH PAKAI BAJU BAJU CANTIK TIME TIME DARURAT NIE.

HAHAHHAHAHA

Orang habiskan cuti winter break pergi Negara Europe,
Kitaorang rasa suasana perang.
Cool apa.
HAHAHHA
:D

sambil tersenyum comel dari kaherah
dan lambai lambai kepada orang yang baca post nie.