February 03, 2011

M.E.S.I.R ok kah?


Seminggu seperti berada di medan perang.
Asap hitam berkepul kepul di udara.
Bunyi das tembakan sepanjang masa kedengaran.
Lebih lebih lagi di waktu malam,
Sekitar jam 2 petang akan bermula.
Dan paling kemuncak selalunya pada jam 11 malam,
Bila semua orang arab berkumpul, beramai ramai di tempat tertentu.
Kereta kebal pula ada di setiap penjuru jalan.
Suasana sini? Lebih rasa seperti berada di medan perang.
Arghh. Ini baru mesir, belum lagi berada di Palestine.
(ayat untuk menyedapkan hati)

ok tipu pasal asap asap tuh.
setakat nie baru sekali aku nampak asap berkepul kepul :)

Aku Cuma berada di dalam rumah sejak hari pertama perintah berkurung bermula.
hari ke dua perintah berkurung aku gerak dari zagazig ke kaherah.
Kalau di conggak, mungkin hari ini masuk hari yang ke tujuh  berlakunya demonstrasi? Darurat?
Entah aku pon tak tahu nak menggunakan perkataan apa yang tepat untuk menggambar kan situasi kami sekarang di mesir ini.
realiti? : hidup aku masih aman, aku berada di kaherah, bukan zakzik.
Kenapa aman? Sebab aku wanita, dan wanita tidak boleh keluar ke mana mana.
Walaupun perintan berkurung, akan bermula dari :
 jam 4 petang sampai ke 8 pagi pada awalnya,
Sekarang : perintah berkurung bermula dari jam 2 petang sampai 8 pagi.

Dan line internet terputus selama seminggu kot.
Serius bila hidup macam nie, aku tak menghitung hari, menghitung waktu, menghitung jam.
Dan bila line internet terputus, apa juga khabar angin yang orang wawarkan, semua benda tak taw lah betol ke tak. Rasa semua benda macam mo percaya.  Ada yang kata suasana makin teruk, ada yang kata akan teruk bakal menjadi teruk dari segala teruk, ketogori zone merah. (serius khabar angin semua adalah negative semuanya)
Zone kaherah lagi bahaya berbanding zagazig kalau di ikutkan.

Sehari sebelum keadaan menjadi teruk,
Aku pergi ke kuliah seperti biasa,
Menjalankan rutin kehidupan seperti biasa,
Berjalan kaki dengan comelnya untuk ke kuliah.
Tapi malam sebelumnya baru sahaja lepas demonstrasi besar besaran.

Aku ingatkan demonstrasi tuh macam perarakan jak.. haha.
Ala ala perarakan macam hari merdeka tuh.
Sebab diorang mulakan hari demonstrasi masa hari cuti.
Yakni hari POLIS mereka.
Memang tak terlintans akan jadi seperti ini.

Pada pagi tuh kami ada bercerita sama dengan doctor pharmachology kami.

Dekat mesir nie, mesti kamu pelik kan, sebab asyik kena tipu dengan Egyptian kan? Kadang kadang naik teksi pon selalu kena tipu.

Ya lah doctor, asyik kami kena tipu.

Hidup di mesir nie terdesak, rakyat dia terdesak. Suasana dia terdesak, bayangkan berapa peluang perkerjaan di mesir nie. Sedangkan graduan doctor pon susah nak cari kerja.

Doctor adakah ini disebabkan politik?

*doctor tuh hanya tersenyum, menggangguk pon tidak.

Setelah 3 tahun berada di Negara arab nie.
Aku belum lagi boleh mengketogorikan diri ini tarer dengan tentang arab, apatah lagi untuk bercakap arab.
Basic bahasa arab pon tidak lepas lagi. Tapi bangsa arab memang seorang yang kuat, aggressive, kasar. Memang satu bangsa yang amat kuat. Pada pandangan mata aku.

Mereka ada segala galanya.
Tamadun terawal dunia? Sejarah?

Otak orang arab pon aku memang tabik.
Kalau doctor datang ke kuliah untuk mengajar, mereka tak payah guna slide show ataupun buku.
Hanya sebatang marker pen, dan mereka boleh explain lagi banyak berbanding yang ada dalam buku rujukan.
Kalau budak arab yang ada di uni pulak,
Mereka hapal buku buku tuh macam hapal Al-quran.
Sebutir butir dalam buku tuh, sebutir butir lah jugak mereka hapal.

Tapi berbagai factor yang boleh membawa orang arab nie lebih ke depan berbanding kita sekarang kan?
Tapi sekarang? Kenapa?
J itu aku tak perlulah jawab.

Tengok sendiri apa yang dah jadi sekarang.
Mungkin rakyat sekarang sudah berani untuk kehadapan?
Mungkin jugak mereka sudah sedar?
Mungkin mereka mahukan perubahan?

Aku hanya doakan kan.
Aku, mereka, dan kawan kawan aku akan selamat.

chill, aku kat sini ok jak keadaan aku.
lebih rasa teruja berbanding takut :P
rarww~

Ps : doctor arab tuh tak kecek bahasa Malaysia, macam biasa aku alehkan ke bahasa ibunda.
Sebab aku tak ingt sebijik2 ayat english slang arab yang doctor tuh sebut.