March 15, 2011

aku ada 5 perkara

satu.
BLOG

bila mana kau memandang layout terbaru blog aku hari nie.

simple? 
kosong?

berwajah betol betol sudah hilang dari rupa "kecomelan" blog lama aku.

kalau aku kata aku sudah berubah dari "aku" yang lama, 

berapa ramai yang kenal aku yang lama,
dan berapa ramai yang kenal aku yang baru?

theuglytruth : berapa ramai yang akan kenal kau inside & out yang dapat menilai kalau kau sudah berubah?

idealogy manusia typical dari rupa blog aku sekarang: ini blog sarkastik, blog serius.

hentam, yang aku tahu, aku sudah penat bermain.

mulut manusia selalu cakap,

"dun judge a book by its cover."

ya lah mulut selalu cakap.

tapi berapa ramai yang betol betol maksud kan kata kata mereka?

dua.
GAMBAR.
manusia selalu tertipu dengan senyuman itu.
14/03/2011
kau tengok gambar?
senyuman dia.
bahagia kan muka dia?

tiga.
DUNIA INI SEMAKIN KEJAM.

semalam aku meronda ke kota meterapolitan tawau buat terakhir kalinya.
untuk membeli keperluan yang mau dibawa ke mesir.

aku terserempak dengan orang paling famous gila orang gila paling famous Berbangsa sikh.
kalau kau orang tawau, dan kau tak kenal orang gila tuh.
memang konfem kau tak pernah keluar rumah.

rumors tawau : dia gila sebab parents dia tak approve dia bercinta dengan lelaki melayu.

apa yang buat aku rasa kejam?
wanita itu tengah mengandung.
memakai baju yang lusuh dan tak terurus.
berjalan jalan dengan kaki ayam.
sambil perut bebuncit ke depan.

pertamanya aku ingatkan aku yang tersalah pandang.
tapi tak lama kemudian suara mak aku pulak berkata
"siapalah yang rogol perempuan gila tuh sampai dia mengandung"

sumpah.
sekejam kejam perogol normal yang rogol manusia waras,
kejam lagi perogol orang gila.

cuba kamu pikir, kalau dia kesakitan nanti bila nak melahirkan anak?
 siapa yang nak tolong?
 atau tiba tiba dia keguguran tanpa dia sedari?
 siapa yang nak bantu? 

bila dia melahirkan anak dia tuh ke mana pulak arah tuju anak dalam kandungan dia tuh.

manusia kadang kadang fikir nafsu sendiri.

BEENCANA KAU BAGI ORANG TAK PIKIR!!


empat.
PENCURI

dua minggu lalu,
rumah aku di masuki pencuri.

jiwa aku sakit,
bukan sebab duit aku kena curi.

tapi aku kesian dekat insan yang mecari duit itu.

penat 
lelah 
tenaga 

dan semakin hari bukannya semakin muda,
tapi masih lagi bertungkus lumus.



lima
MANUSIA TAKKAN PERNAH BUAS PUAS.

ragam manusia,
bila aku balik dari mesir.
sebelum pelajar pelajar malaysia dapat tiket sponsor untuk pulang ke sana.
dan tarikh untuk balik mesir belum lagi kerajaan keluarkan lagi.

ada suara suara berkata,
"alah, kerajaan tuh sengaja bagi keluar tarikh lambat nak bagi pelajar mengundi"

dah kerajaan habiskan 50 juta, takkan lah sewenang wenangnya nak hantar pelajar malaysia balik semula kat mesir. mestilah lah pantau dulu keadaan sampai selamat.

bila kerajaan dah habiskan 50 juta plak, suara suara tuh berkata,
"duit rakyat jugak, kita kan bayar cukai"

lepas tuh bila dah dapat tiket sponsor dan duit wang saku dari pihak pihak tertentu keluar pulak suara berkata,
"alah, duit nie duit songgokkan. Biasalah kan nak dekat mengundi itulah nak bagi duit tuh"


tak dapat duit komplain,
dah dapat duit pon komplain.

manusia.
sampai bila takkan puas.

langkah pertama yang manusia akan amik : bersangka buruk dulu, baru bersangka baik.