March 03, 2011

#day 1

30 hari mencari cinta.
Haha.
Ok fine aku ikut si nini yang ikut game nie. J :
30 days challenge

HARI SATU.

 A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

1.       Aku tak suka balas sms. Aku jenis bercakap bkn menaip.
2.       Aku tak suka berkuku panjang, aku rasa rimas.
3.       Buah buahan kegemaran aku ialah mangga MUDA sahaja, mangga tua aku tak layan.
4.       Aku paling suka tengok bulan.
5.       Aku akan jadi garang/serius kalau aku tak cukup tido/mengantuk.
6.       Kalau aku marah dekat seseorang ataupun merajuk, aku takkan renung mata dia.
7.       Kalau aku makan, aku suka menghadap org. Aku tak suka makan sorang sorang.
8.       Aku suka jalan waktu malam, kalau siang aku tak suka berjalan jalan sebab aku takut susah nak cari tempat solat.
9.       Kalau di tawau aku tak suka jalan sorang sorang.
10.   Kalau di mesir aku lagi suka jalan sorang sorang.
11.   Kalau aku tak puas hati/ aku nak beri pendapat, aku akan direct cakap sebab kalau aku tak bgtaw apa yang aku rasa, aku akan kenang benda aku nak cakap sampai susah nak tido.
12.   Bila bercakap tentang sesuatu berkaitan lelaki aku akan cakap “typical lelaki.”
13.    Habit aku susah nak elak, ialah aku suka tenung orang lama lama.
14.   Aku suka bagi jawapan bodoh à loyar buruk dan sejenis dengan dia, bukan sebab aku bodoh semacam tak boleh bg jawapan bijak. Tapi aku suka tengok orang ketawa dan buat orang ketawa, aku rasa pleasure. Tapi kadang kadang aku terOver. Aku taw.
15.   aku amik masa dua jam nak pilih gambar apa nak letak kat atas tuh.