March 11, 2011

ini kisah aku tentang BUTA


Yang aku taw ada 3 jenis BUTA.
BUTA 1.
Pada suatu ketika, tak lama dahulu, lebih kurang setahun lebih yang dahulu.

Aku dan seorang rakan rapat aku,
kami berpura pura menjadi ORANG BUTA.
jam 11 malam, winter break.
kalau waktu itu dinegara arab, orang arab masih lagi hyper lagi.
Bukan seperti orang malaysia, waktu waktu nak dekat tengah malam itu dah mula pasif,
mata diorang plak lagi besar berbanding di pagi hari.
Mungkin juga mereka itu seperti aku.
Ketegori manusia yang nocturnal. Yang amat cintakan waktu malam.
Aku dan kawan aku, YA hanya kami dua.

Biar aku namakkan dia joyah (konfem bukan nama sebenar kan?)

Joyah :
faz aku nak kau pegang tangan aku nie, pimpin tangan aku sampai kita sampai kat kapal sungai nill kita nak naik tuh.
Faz : ha? Buat apa?
Joyah : aku nak jadi orang buta.
Faz : oiii! Buang tebiat ka apa ko nie malam malam buta.
Joyah : aku nak cuba shades baru aku beli nie haa! Haha
Faz : sumpah takda kerja!! Haha
Joyah : kita amik pengajaran dari sini. Kau tengok je ape aku akan ajar.
Faz : apa yang kau nak ajar nie?
Joyah : tunggu dan lihat, pegang tangan aku.


(mesti korang tak sangka kan sebab selalunya idea pelik aku yang usulkan)

nie gambar medan tahrir aku amik gambar masa winter break tahun lepas. besar kan.
Lokasi scene ini : sungai nil medan tahrir
Sungai nil yang kamu lihat berlakunya rusuhan di Mesir yang penuh sesak dengan bangsa arab.
Waktu itu kami mulakan perjalanan dari pinggir jalan, perlu melintasi jalan dahulu sebelum berada tepat dilaluan walkway tepi sungai nil itu.

SUMPAH SEMUA KERETA BG LALUAN DOH!

Ok tipu, bukan kami berjalan berdua. Dramatic plak di negara arab nak dekat tgh tgh malam kami berdua, memang aku bakal kena sepak ngn kawan kawan rapat aku pergi buat kerja gila tetiba tgh tgh malam.

kawan kami yang lain toleh ke belakang sebab velocity jalan kaki kami nie lembab dari diorang, jauh tertinggal ke belakang dari diorang.

Mereka :  oii!! Korang buat apa tuh kat belakang
Faz :  cop cop, korang jalan dulu ke depan. Si joyah nie nak menyamar jd orang buta. Haha
Mereka : hahahaha

Mereka meneruskan perjalanan, meninggalkan kami di belakang.
menyusuri celah celah kesesakkan orang arab.

Pengajaran kami dapat bila jadi buta.
#1
ALERT.
cuba kamu try berjalan, tutup mata.
belum sampai 10 langkah mesti korang rasa tak tahan kan.?
mesti ada perasaan nak buka mata tuh
kalau time time buta tuh,
mata tak bleh guna,
telinga ngn tubuh badan kena lagi alert.
kita kena lebih PEKA dalam kehidupan. Jgn jadi PEKAK pulak.

#2
HARGAI.
bila kau kehilangan sesuatu, baru kau akan rasa bertapa indahnya segala organ kita tuh.
sekecik kecik cell memainkan peranan yang penting.
bila kau rasa diri kau malang, bayangkan orang jauh lagi malang. Bila menerokai sepanjang sg nill dengan berpura pura menjadi buta nie, perjalanan kami memakan masa double lagi panjang berbanding biasa.

#3
JANGAN HARAPKAN ORANG LAIN.
orang mampu tengok dengan mata simpati, tapi apa yang mereka boleh buat bantu kita melainkan memandang sambil geleng geleng kepala.
hidup nie, berapa ramai yang akan berada dengan kita bila kita susah dan senang?
paling paling pon mereka hanya mampu bersimpati.

Pengalaman dia memang 1 in a million,
selalunya aku nie memang kaki MENCAPAP, tapi kali tuh memang i tell u.
semua orang dok pandang!
sah memang menarik perhatian semua arab yang melintasi kami.
ada yang TER langgar terus kata

“maalish maalish.. SORRY SORRY”
Lepastuh orang arab lain memandang orang arab yang langgar kita orang tuh dengan muka paling kerek gilak.

Serius drama menjadi!
 

 BUTA 2
Dalam buta buta. Buta nie paling bahaya. Iaitu hati kau telah jadi buta.
Kau tak ada perasaan bersalah bila melalakukkan dosa.
Kau sedar, kau tahu kau buat itu salah. Tapi perasaan bersalah tuh telah hilang atau lesap.
Apa yang ada didepan mata tak kau pandang. Tapi apa yang ada jauh dari mata tuh kau terkejar kejar kan.
Sebab apa? Kau hanya ikutkan perasaan kau sendiri.

Apa yang sedih adalah orang yang berada di sekeliling kau, mereka sedih, ya memang mereka sedih, tapi tak guna mereka berkata kata apa apa. Sebab bila kau dah hati buta, perasaan mereka kau dah tak endah.

Pedih doh.

Buta 3.
Buta kerana cinta di dunia.
Terlampau cintakkan seseorang tuh.
Sumpah sakit bila terkena buta no 3 nie.

kadang kadang serius kau tak ingin pon jadi ketegori buta ke 3.
tapi dah terjadi.

Kau akan rasa diri kau lah yang tak cukup bagus untuk dia.
Kau akan rasa diri kau yang sentiasa bersalah walaupun tak buat apa apa.
Kau akan bergadoh kerana dia.
Nasihat orang lain suruh kau masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Contoh pergadohan gara gara buta ke 3 semalam :



ini contohnya cinta buta.
adegen nie adalah lakonan kami semata mata.


dramatic tak? haha

heroin dengan perlakon tambahan. haha
sorry wawan! terperangkap dalam drama! haha

kami dua orang kata ada muka sama.
btw kami dua sayang mr bond! haha

oh MR bond kami memang wujud.
aku sayang mr bond sebagai adik.
dan watak tambahan nie syg mr bond sebagai kawan.

sesungguhnya MR Bond kami adalah calon suami mithali.
kepada wanita wanita single di luar sana.
korang tak nyesal doh kalau buat MR. bond tuh sebagai suami. hehe

drama semalam, kalau orang tak kenal aku memang terpedaya.
HAHAHA
TAPI kawan kawan aku awal awal dah dapat tangkap kata tuh drama.
semua siap tergelak gelak lagi.

sebab bukan gaya aku main perang perang fb.
baik aku jumpa real life kalau tak puas hati.
dan aku mana pernah berCINTA. hahahahaha


konklusi dari kisah kami,
manusia akan gadoh sebab bercinta, percayalah.

dan SELALUnya perempuan lah yang akan gadoh nie.

amalan nak lupakkan cinta dunia.

"YA FATTAH"
pembuka
nama nama Allah,
amalkan selepas waktu solat subuh sebanyak 71 kali.





tengoklah video nie.

amik pengajaran :)

akhir kata
sekecik kecik perkara.
kalau kau nak amik negative, negative lah kau akan dapat.
kalau kau pandang positve, positive lah kau dapat