March 30, 2011

kau.


                Kau bangun pagi tersnyum kambing selebar sekilo meter. Kalau kau ada lesung pipit konfem lesung pipit ko tengelam takala muscle muscle muka kau tengah berusaha keras mencoba untuk membuat senyuman ala ala badut maskot Mc Donald.
Dengan harapan tinggi melangit, kau mulakan pagi kau dengan moto
“mulakan harimu dengan senyuman”
Terus di benak otak kau, hari kau akan seindah dari pagi kau buka mata sehingga waktu kau pejamkan mata malam itu.
                Solat subuh, refresh otak pagi itu, mandi, siap siap untuk ke kuliah kau memakai pakaian yang konon konon buat kau nampak cool pagi itu, hadap cermin 15 minit dengan tempek bedak, cream dan conteng eye liner hitam sudah jadi habit kau before melangkah keluar dari rumah.
                Bila di kuliah, kau kena ketok oleh doktor arab yang mengajar subjek pathology. Gara gara dia menyangkakan kau tengah berbual dengan orang yang duduk sebelah kau, padahal kau sebenarnya tengah sibuk terangkan tentang benda yang berkaitan pasal benda yang dia tengah ajar di depan. Mungkin ini akibatnya bila belajar di negara orang, bila gunakkan bahasa ibunda sendiri untuk menerangkan benda ilmiah disangka berbual kosong.
                Bila tengah hari, kau ada test. Disebabkan kebijaksanaan kau mengatur masa belajar kau, kau berjaya dapat 3/10. Satu pencapaian yang paling BIJAK lah. Kau bakal jadi seorang doktor yang BERGUNA sebab terlampau RAJIN berusaha.
                Bila balik dari kuliah, kau pilih untuk berjalan kaki, konon konon kau nak tingkatkan stamina badan kau, yang orang kata badan kau tuh ada rupa rupa atlit, tapi realiti nya badan kau tuh lembik nak mampos, bila di suruh lari 50 meter kau akan semput macam baru balik dari larian jogathon.  Tengah kusyuk berjalan, kau terserempak dengan sekumpulan lelaki muda arab didalam kereta. Bila mereka dah kata negara mereka #NEWEGYPT, kau rasa konon jati diri diorang tuh dah SUPERBAIK lah dari biasa. Tiba tiba mereka lalu tepi kau mereka jerit “FCUK ME” . Memang siaran langsung kau rasa diri kau wanita paling “bertuah” di dunia.
                Kau balik rumah, nak call tanah air, untuk dengar suara wanita yang melahirkan kau untuk tenangkan jiwa kau yang makin kacau. Tapi line internet buat hal. Suara tenggelam timbul.
                Kau on skype, ada unknown id add, last last mengetek. Ko block. Tapi buat hari kau makin picang.
                Yang paling perit. Mau dekat sebulan rumah kau kena masuk pencuri, last last kau baru sedar yang dompet  kau yang lansung tiada duit tuh kena curi, kau asyik terpikir pasal kad kad pelajar dari zaman skolah menengah ko simpan kena curi, tapi kau tak teringat gambar lama ke soSIALan ko pon ada terselit dalam dompet tuh.
                Kalau dulu kau lepaskan kepicangan kau di facebook, makin ramai orang ada di facebook. Makin kau rasa rimas. Tak semua orang kenal jiwa kau.

Penggulungan hari ini?
Kau tarik selimut. Bungkus diri macam ulut bulu.

Kau harap biar semua benda lesap dalam mimpi.